oleh Ibnuyaacob

Salah satu agenda terpenting pada awal penubuhan Illuminati ialah memastikan seluruh kerajaan-kerajaan dunia bersatu menjadi One World Government (Satu Kerajaan Dunia). Konsep ini adalah idea utama yang dicanang oleh Adam Weishaupt untuk menarik golongan elit menyertai Illuminati.
Semasa menghasut dan memujuk golongan elit untuk menyertai Illuminati, Weishaupt berhujah bahawa seluruh peperangan yang berlaku di dunia hanya boleh dihentikan jika semua kerajaan-kerajaan bersatu di bawah satu payung pentadbiran sahaja.
Payung itu pula hendaklah dikuasai oleh golongan cerdik pandai yang berlatar belakangkan akademik dan profesional atau ahli ekonomi.
Weishaupt juga berhujah bahawa peperangan yang berlaku di dunia adalah berpunca dari sikap tamak golongan pertengahan dan kerabat diraja yang tidak mementingkan rakyat. Hujah Weishaupt ketika itu memang tepat pada masanya kerana Eropah ketika waktu tersebut sedang berada di zaman kegelapan.
Golongan bawahan dan ahli akademik sememangnya ternanti-nantikan seorang hero yang akan membawa revolusi menghapuskan kekejaman golongan pertengahan dan diraja.
Fakta dan idea yang dibina Dajjal untuk digunakan Weishaupt amat tepat ketika itu, maka dalam masa yang singkat ramai golongan elit teruja dengan idea One World Government.
Perbezaan konsep New World Order dan One World Government
Konsep New World Order (NWO) dan One World Government (OWG) adalah bersumberkan dari pertubuhan yang sama iaitu Illuminati. Perbezaannya hanya dapat dilihat dari segi tarikh pengenalan dan fungsi konsep kedua-dua idea tersebut.
Konsep OWG diperkenalkan selaras dengan penubuhan Illuminati iaitu pada 1776 oleh Adam Weishaupt. Konsep ini diguna pakai oleh Weishaupt untuk dijadikan matlamat penubuhan Illuminati dan objektif kepada gerak kerja masyarakat Yahudi elit.
Konsep NWO pula mengikut teori konspirasi mula diperkenalkan pada 1782 pada cop mohor kerajaan Amerika iaitu The Great Seal of the United States.
The Great Seal yang mempunyai gambar piramid itu juga mempunyai suatu perkataan latin yang ditulis sebagai Novus Ordo Seclorum atau New World Order.
Pada tahun 1935, kedua-dua cop mohor di atas telah dicetak di bahagian belakang wang kertas 1 dollar Amerika. Kemudian pada 11 September 1991, Presiden George H.W. Bush telah mengumumkan perlaksanaan New World Order di persidangan kongres.
Ringkasnya, NWO adalah perlembagaan tersembunyi bagi pentadbiran One World Government.

PBB ialah One World Government
Adakah One World Government yang dicanangkan Illuminati sudah tercapai? YA, ia sudah tercapai sebanyak 70 peratus dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penubuhan amat unik dan sama konsep penubuhannya seperti mana yang dihujahkan oleh Adam Weishaupt apabila ingin menarik orang ramai memasuki Illuminati.
PBB yang ditubuhkan pada 1945 itu diasaskan selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2. Ianya ditubuh khusus untuk menghentikan peperangan antara negara dan memastikan setiap isu diselesaikan melalui dialog (walaupun Amerika sendiri tidak mempraktikkannya).
PBB sebenarnya adalah objek realisasi yang berasaskan konsep One World Government. Ciri-ciri asas sebuah kerajaan ialah ia mempunyai menteri-menteri yang membantunya di bawah setiap kementerian.
Kerajaan pula asasnya mempunyai peringkat Persekutuan dan Negeri. Di dalam PBB, ia berfungsi sebagai Federal Government dan negara-negara yang menganggotainya adalah State Government.

Manakala setiap kerajaan mempunyai tentera tersendiri dan PBB juga mempunyai tentera pengaman tersendiri. Begitulah PBB jika diperhatikan konsep penubuhannya satu persatu dan dibandingkan pula dengan kehendak One World Government.
Cuma yang terkurang di dalam PBB ialah ia tidak mempunyai Ketua Kerajaan sebagaimana sebuah kerajaan biasa yang diketuai oleh Presiden atau Perdana Menteri.
PBB hanya mempromosikan Setiausaha Agung sebagai orang terpenting di dalamnya, manakala soal dasar ekonomi, polisi luar adalah daripada keputusan majlis keselamatan yang dianggotai oleh negara-negara kuasa veto.
Kemungkinan kita perlu lihat nanti negara manakah yang akan mencadangkan bahawa PBB perlu seorang Presiden PBB (Ketua One World Government) dan siapa pula yang bakal dilantik untuk menduduki kerusi pertama Presdien PBB.
Wallahu’alam…

28 responses so far ↓
1 Zulkarman // May 29, 2009 at 7:36 am
Tahniah! x sangka blog ni dpt Google pagerank 1/10. Blh bg tips kat saya?
2 Jentayu // May 29, 2009 at 7:50 am
Pad hemat saya, pada peringkat awal sesiapa saja dari mana-mana negara boleh memegang jawatan Presiden tersebut untuk beberapa penggal tertentu hinggalah akhirnya si laknat Dajjal merajainya.
3 Voy@Ge // May 29, 2009 at 9:33 am
Presiden siapa lagi kalau bukan Dajjal… Kalau tak dajjal orang yang berperangai macam Dajjal
4 Voy@Ge // May 29, 2009 at 10:06 am
Betulkah tentera dajjal memakai topi perang Parsi berwarna biru sebagaimana yang disabdakan Nabi saw.?
Jika dilihat topi yang dipakai tentera PBB bagaikan benar hadis tersebut, berwarna biru.Atau mungkin satu kebetulan…
5 hazwin // May 29, 2009 at 4:24 pm
salam… saya harap ustaz dapat mengulas dengan detail mengenai pandangan tun mahathir tentang new world order yang telah beliau ucapkan di Forum Digital Seoul, korea selatan, semalam. Ini adalah link ucapan beliau. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20090529175005/Article/index_html
6 Abd Aziz Atiqullah // May 30, 2009 at 3:42 am
Hazwin,
Maaf! Sbrg berita tentang pemimpin2 politik UMNO di Malaysia terpaksa ditangguhkan utk mengelakkan blog ini di bann oleh KDN.
Artikel begitu hanya akan dikeluarkan slps Pakatan Rakyat mengambil-alih Malaysia. InsyaAllah.
-blog admin
7 Hazwin // May 30, 2009 at 12:54 pm
Salam,
Kalau begitu, saya akan menunggu dengan sabar ulasan dari pihak ibnuyaacob.com kerana pada pandangan saya, ucapan yang dibuat oleh Tun seakan-akan mahu Malaysia menerima konsep NWO atau One World Government.
Wallahu a’lam..
8 assyaibah79 // Jun 1, 2009 at 1:58 am
Mohon penulis (Ibnyaacob) mengulas perihal sebuah filem hollywood yang sedang rancak ditayangkan diseluuh dunia iaitu Angels and Demons. Sebuah filem yang besambung dari filem pertama The da Vinci Code. Ana percaya filem ini ada kaitan secara langsung dengan Dajjal laknatullah.
9 yahyaabdqayum // Jun 1, 2009 at 2:48 am
assalamualaikum….
nk tanya, sekarang nie pimpinan kita sedang usahakn 1 Malaysia, adakah itu hasil idea dr pihak kafir sendiri “One World”
10 ded // Jun 1, 2009 at 6:20 am
Filem Angel & Demon seolah2 menunjukkan yang Illuminati tu dah tak lagi wujud sekarang ni. Hanya wujud 400 tahun lepas. Mungkin filem ni bertujuan untuk memesongkan pengetahuan umum mengenai pertubuha illuminati sebenar.
11 Azizan Anwar // Jun 1, 2009 at 7:19 am
salam. syukran atas pendedahan ini
12 Lod // Jun 6, 2009 at 6:48 am
Your blog alwayzz talk bout Dajjal,Jew and all their conspiracy…but I don’t think you have approved anything yet..and please,dont make your own statement,cause you can make a lot of people keep frightening and confuse!
13 Lod // Jun 6, 2009 at 7:05 am
If you were really an anti-Jew person so don’t use this blogger tips to spread your knowledge causev this is a JEWs technology! Blogging! They create this and now you use it,it seems like you also support the Jews…Think about it..
14 kopi o teh tarik // Jun 7, 2009 at 7:09 am
to lod..
aku igt hang omputih td.. pelik gak aku tgok comment hang bersepah omputih tp hang paham gak pe yg bloggers nk smpaikan no..
aku rasa hang ni manusia pling bodo dlm dunia ni kot..
use enemy strengthness as ur weapons to make them down.. n believe me,4 almost a thousand years, jews has used muslim strngthness and then them to weakness..
kem salam to ur mo tha fu cka
15 momok // Jun 7, 2009 at 10:40 am
Aku xsbar tgu Dajjal ni kuar..aku nk cincang cam cincau yg aku cincang ari 2 hahaha..Go to hell Yahudi!!!!
16 aisyah yusoff // Jun 7, 2009 at 11:01 am
salam.
sabor2.
normal la,
stiap kebenaran pasti ada yg tak berpuas hti.
apa yg pntg,
sumber asli ttg penyelewengan yahudi dh sdia trmaktub dlm al-quran dan as-sunnah.
blog ini menmbhkn dan mguatkn lg info n fakta ttg konspirasi yahudi.
keep up ur good work.
may ALLAH will always bless u.
sirru ala barokatillah
17 VoY@ge // Jun 14, 2009 at 1:46 pm
To Lod,
We as a Muslim don’t hate Jews. Our Prophet, didn’t taught us to hate Jews, but to hate their attitude, their manner are consider to be rightful. Yes, not all Jews are bad, but we inveighing the Zionist. From what I get from this blog, there is still a good Jews (Orthodox Jews) who practically practice what the Torah/ Old Testament said (e.g: Pig are consider to be forbidden to eat, even touch).
The study about Dajjal (Anti-Christ/Savior), Illuminati, Freemason’ conspiracy is for awareness and arrangement before the final event coming. It is not to frightening and confusing people. Have you heard one of Malay adage that said “Sediakan payung sebelum hujan”?
So, don’t make a stupid conclusion when you are not understand well about Islam. I’m sorry if I’m not sure either you are a Muslim or not. Please, do more research about Islam.
18 VoY@ge // Jun 14, 2009 at 1:59 pm
Setiap blogger idea, konsep ada pro dan kontranya. Jadi normallah kalau ada orang macam ni dalam blog. Diorang tak study jadi tak faham konsep apa yang cuba diterangkan oleh admin.
Lagi satu kita pun tak payahlah nak cepat melenting bila terbaca komen macam Lod tu. Biarlah mereka dengan fahaman mereka. Kalau kita cukup ilmu kita terangkan kepada mereka apa Islam itu sebenar, kalau tak cukup baik diam dan sabar. Bukankah Allah bersama orang2 yang sabar?
19 Muhd Ikhwan // Jun 29, 2009 at 8:38 pm
kan ado 1 hadis, Yahudi, Kristian ado gak yang masuk syurga.
maksud den, tak sume umat Yahudi, Kristian ni jahat. Yang jahat skang ni, Yahudi,Kristian yang sekular ni. Umat Islam pun camtu gak.
Cumo kito umat Islam jgn sompitkan pemikiran kito. Pikir positif.
Tak semuo Yahudi, Kristian dll itu jahat.
Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Maha Mengetahui
20 aliman // Jun 30, 2009 at 3:16 pm
http://www.youtube.com/watch?v=TQzXVuTdnIk
jd bersamlah kita menghasilkan video dan pge2 yg menyebarkan islam dan menentang kuat yahudi…..
21 hearthief // Jul 19, 2009 at 7:05 am
AU’ZUBILLAH
haha aku mcm trtarik r lak kn ngan ko ni kopi o teh tarik…kopi beng ado x…den nok mencekik nie…ble thn gk depa nie yek muhd ikhwan
22 ladyct // Jul 28, 2009 at 6:14 am
Allah berfirman ertinya…
“Jika kamu berselisih pendapat maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul-Nya (Sunnah-nya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian, yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (Surat An-Nisa’: Ayat 59)
Mudahkan…?
23 Muhd Ikhwan // Jul 28, 2009 at 3:30 pm
nk mencokik mkn la nasik, ado lak minam air,
hahahahah,
( membaca amalan mulia )
24 hearthief // Jul 29, 2009 at 1:14 pm
Aku berlindung dengan ALLAH
wahawahhahaahahahahahahh…sory muhd ikhwan,klu aku selok mmg gini ckit…betul,meBACA mmg amalan mulia,ble thn gk depa ni yek…ahaks!(den tersedu sedan)
25 H1N1 : Microcip Dalam Vaksin H1N1 » Selangkah Ke Alam Misteri // Sep 5, 2009 at 1:34 am
[...] elemen tersebut ialah H1N1 manakala tempahan berjuta-juta dos dari seluruh kerajaan dunia dinamakan global panic situation. Ini adalah seni perancangan Illuminati yang sentiasa diamalkan sejak era [...]
26 malam ku.. // Jan 18, 2010 at 9:10 am
yeah.. that’s right ladyct.. i love it! apa laa gaduh2.. islam perlu bersatu.. amin..
27 AMNM // Jan 18, 2010 at 2:46 pm
Master Checklist Dajjal:
One World Government - United Nations
One World Commerce - World Trade Organization
One World Bank - IMF/World Bank
One World Health - World Health Organization
One World Army - Security Council / NATO
One World Food - Food & Agricultural Organization
One World RELIGION!!! - Dalam Proses!!
Hati2 ye, nak bersatu tuh biar betul2 sahih atas dasar Al-Quran dan Sunnah Nabi….betapa dekat nya misi Dajjal laknatullah ni tercapai….ramai akan pasti terpinga2 malahan ditipu bulat2 oleh laknatullah ni.
Oh ya, jika diperhatikan pd logo UN, ada sedara/sedari nampak sawang labah2 seperti yg diberitakan di dalam Al-Quran?!?
?????? ???????? ????????? ??? ???? ??????? ????????? ???????? ??????????? ????????? ?????? ? ??????? ??????? ???????? ??????? ??????????? ? ??? ????? ????????? ???? (41)
Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui.
[29:41]
Brapa banyak negara Islam bersatu dgn kuffar atas dasar yg amat rapuh sekali?
Wallahu A’lam///
28 Sobery Basri // Apr 7, 2010 at 9:58 am
Assalamualaikum,
Saya amat tertarik dengan info - info yang di berikan . Saya harap ibnuyaacob.com terus kan lagi usaha murni anda.
Saya berminat tentang ini semua selepas saya menerima video daripada rakan . The Arrivals.
Leave a Comment