Dajjal: The King of the World Conspiracy

Blog Konspirasi Malaysia

Dajjal: The King of the World Conspiracy header image 2

Wawasan 2020 dan Israel 2020

June 22nd, 2009 · 40 Comments · Illuminati Malaysia, Rancangan Rahsia Dajjal

oleh Ibnuyaacob

mahathir13211

Tiada perkara yang paling mengecewakan apabila mengetahui bahawa dasar yang dibentuk oleh kerajaan Malaysia kelihatan hampir sama dengan dasar yang dibentuk oleh Israel khususnya dalam kaedah meningkatkan kemajuan negara.

Artikel ini merujuk kepada dasar yang dibentuk kerajaan Israel pada 1990-an dahulu iaitu Israel 2020 dan melihat bagaimanakah ia boleh sama pula dengan dasar Wawasan 2020. Adakah ia secara kebetulan?

Wawasan 2020

Dasar ini mula Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdikari, progresif dan berdaya saing.

Dasar ini mempunyai rangka strategi yang kukuh dan amat kehadapan dalam perancangannya. Wawasan 2020 yang kita sentiasa sebut itu diperkenalkan melalui satu teks ucapan Tun Mahathir Mohamed yang bertajuk “Malaysia: The Way Forward”.

Ucapan pertama Wawasan 2020 ini telah didengarkan pada Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur.
Tun Mahathir memulakan ucapannya memperkenalkan wawasan 2020 dengan berkata …

“Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan kepada tuan-tuan beberapa pandangan tentang arah masa depan negara kita dan bagaimana kita patut berusaha mencapai matlamat membangunkan Malaysia menjadi Negara Perindustrian.”

Latar Belakang Israel 2020

Israel 2020 adalah suatu “master plan” yang telah pun dirangka sejak tahun 1948 oleh beberapa orang ahli politik dan ekonomi Israel. Namun begitu, perancangan yang rapi dan teratur hanya dilancarkan secara rasmi pada 1990 di mana 180 profesional telah terlibat dalam “master plan” tersebut.

Plan dasar “Israel 2020″ yang dirancang pada 1948-1951 diketuai oleh seorang jurutera bernama Arieh Sharon yang ketika itu populasi Israel hanya sekitar 800,000 orang. Pada 1990, mastermind bagi dasar “Israel 2020″ telah diganti dengan Prof. Adam Mazor yang bergerak bersama 150 orang profesional dari pelbagai latar belakang.

Kertas kerja pertama “Israel 2020″ yang disiapkan oleh Prof. Adam Mazor telah dihantar kepada 13 agensi dan jabatan kerajaan;

  1. Pejabat Perdana Menteri
  2. Kementerian Dalaman
  3. Kementerian Perumahan & Pembinaan
  4. Kementerian Pertahanan
  5. Kementerian Kewangan
  6. Kementerian Pertanian
  7. Kementerian Pendidikan
  8. Kementerian Persekitaran
  9. Kementerian Pengangkutan
  10. Kementerian Tenaga dan Infrastruktur
  11. Agensi-agensi pertubuhan Yahudi
  12. Suruhanjaya Air Israel
  13. Penguasa Tanah Israel

Kesemua kementerian dan agensi-agensi di atas telah menerima kertas kerja “Israel 2020″ untuk dilaksanakan. Ianya amat berbeza sekali dengan Malaysia, kertas kerja adalah dari Perdana Menteri Tun Mahathir, namun bagi negara Israel, institut penyelidikan bukan kerajaan kelihatan amat berperanan dalam menentukan dasar kerajaan Israel.

Matlamat Akhir Israel 2020

Berdasarkan penelitian kami, matlamat akhir Israel 2020 lebih bertumpu kepada penstrukturan semula masyarakat Yahudi melalui perpindahan ke penempatan-penempatan baru yang dirancang. Walaupun dalam kertas kerjanya lebih memberatkan ke arah pembangunan ekonomi Israel tetapi laporan akhir dari wartawan Arik Mirovisky menunjukkan matlamat mereka adalah sebaliknya.

Pada 12 Jun 2009, akbar Haaretz melaporkan target master plan yang dibina pada 1990 iaitu Israel 2020 masih tidak mencapai objektif. Hanya sebahagian fasa sahaja yang dapat disiapkan. Menurut laporan itu lagi, lanjutan tempoh kepada tahun 2050 seperti yang dicadangkan tahun 1990 pada kertas kerja yang sama harus diteliti semula.

Fakta konspirasi antara Israel 2020 dan Wawasan 2020

Untuk mengandaikan Wawasan 2020 sebagai dasar yang bersangkutan dengan dasar Israel 2020 adalah agak sukar kerana terdapat beberapa kekurangan fakta-fakta intuitif. Fakta intuitif adalah fakta-fakta yang bergerak di antara tingkah laku kepimpinan kerajaan Malaysia dan Israel di dalam lingkungan era 1985 hingga 1992.

Kekurangan fakta ini menyukarkan untuk membina teori khusus berkaitan konspirasi Wawasan 2020. Kemampuan yang ada hanyalah untuk membentuk teori-teori rambang yang belum tentu mempunyai keesahan (realibility) dalam ‘jangkaan’.

Setelah meneliti dan memahami serba sedikit tentang objektif bagi kedua-dua dasar, sekarang perlu bagi kita melihat apakah fakta-fakta yang relevan yang boleh dikeluarkan dari kedua-dua dasar bagi membuat suatu teori konspirasi.

#Fakta 1 : Angka 2020 yang digunakan Tun Mahathir Mohamed.

Persoalan kebetulan tidak boleh ditimbulkan di sini, Tun Mahathir bebas memilih angka lain dan terdapat berbilion-bilion kombinasi angka yang boleh digunakan. Oleh itu, mengapa Tun Mahathir memilih angka 2020 amatlah mencurigkan walaupun tiada bukti untuk mengatakan beliau telah berunding atau diarah atau digertak atau apa-apa sahaja.

Namun begitu, persoalan angka 2020 yang dipilih bertepatan dengan Israel 2020 teramat merungsingkan. Kami menyerahkan kebijaksanaan para pembaca untuk membuat konklusi, penyelidikan atau apa sahaja yang dirasakan perlu bagi merungkai “mengapa 2020?”

#Fakta 2 : Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020

Sesuatu yang mencurigakan ialah Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020 diperkenalkan. Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991 manakala Israel 2020 dilancarkan pada 1990. Walaupun tiada tanda-tanda orang Israel datang ke Malaysia untuk mendesak Tun Mahathir tetapi selang masa tahun itu sudah memadai untuk menimbulkan kecurigaan.

Selain Malaysia, negara-negara lain yang disyaki meniru Israel 2020 ialah Indonesia iaitu dengan memakai visi Indonesia Emas 2020. IE2020 dikatakan mampu membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Indonesia menjelang 2020.

#Fakta 3 : Pertemuan sulit Tun Mahathir dan Yitzak Rabin

Begitu juga dengan tindakan Dr.Mahathir pada 6 hingga 9 Julai 1994 telah mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Kemudian, Dr.mahathir mengesahkannya sendiri dalam satu wawancaranya dengan wartawan TV Israel, Channel 10, Guy Sharett pada 6 April 2004 di Kuala Lumpur

Walaupun pertemuan ini disahkan Tun Mahathir sendiri tetapi ia masih kabur dalam mencari keberkaitan konspirasi Wawasan ini.

#Fakta 4 : Perbincangan sulit Tun Mahathir dan Dr. Henry Kissenger

Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Allahyarham Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Walaupun fakta-fakta di atas kelihatan kukuh tetapi masih ada ruang-ruang lingkup yang tidak menguatkan fakta tersebut untuk dikaitkan dengan konspirasi Wawasan 2020.

Lanjutan Tempoh Wawasan 2020 Yang Mencurigakan

Sekarang terdapat ura-ura bahawa wawasan 2020 perlu dilanjutkan ke tempoh 2050. Jika tahun 2050 dipilih dan diisytihar sekali lagi sebagai pengganti Wawasan 2020, maka sahlah, dasar Wawasan 2020 meniru dasar Israel 2020.
Ini kerana, pada kertas kerja Prof Adam Mazor terbitan bersama Samuel Neamen Institute dan Israel Institute of Techonology telah tercatat suatu pernyataan iaitu;

“A corner stone within this context is the continuation of the Israel 2020, within the framework of the S.Neaman Institute, into its second phase, for the second jubilee of Israel, with an extended horizon to the year 2050.”

Sebagai penyelidik konspirasi, kami lebih cenderung untuk mengatakan dasar Wawasan 2020 adalah meniru dasar Israel 2020 kerana angka 2050 telah pun disebut pada tahun 2 Ogos 1991 di dalam sidang Dewan Negara. Apakah ia satu kebetulan?

Angka 2050 telah pun disebut oleh Tuan Adam Bin Kadir (yang ketika itu mempengerusikan Dewan Negara).
Ketika itu, Tuan Adam bin Kadir memperbetulkan ayat Puan Ainon binti Ariffin;

Pn Ainon binti Ariffin : “Saya rasa dalam perkara ini, Tuan Yang Dipertua, ada sedikit silap faham dariapda rakyat kita ini. Apabila dulu Perdana Menteri (Mahathir Mohamed) mengisytiharkan kita inginkan 70 juta dalam masa tahun 2000 kalau saya tidak salah …..”

Tuan Adam Bin Kadir : “…70 juta. Saya rasa tahun 2050″ (Tuan Adam mencelah ucapan Pn Ainon)

Kesimpulan

Walaupun terdapat fakta-fakta yang kelihatan amat kukuh untuk mengaitkan Wawasan 2020 dan Israel 2020, namun beberapa kajian mendalam harus lagi dilakukan untuk mengesahkan konspirasi Wawasan 2020 ini.

Kita juga mungkin agak sukar melihat secara mendalam segala perancangan Yahudi Zionis terhadap seluruh negara Islam. Namun berdasarkan fakta yang hanya ’secebis’ ini, diharap dapat membantu peminat-peminat dunia konspirasi membuat kajian yang lebih menyeluruh.

Tiada siapa yang boleh mengatakan konspirasi Wawasan 2020 ini tepat kerana ia mengikut penilaian individu dan gaya interpretasi fakta masing-masing dalam membenarkan sesuatu perkara.

Sebagai rakyat Malaysia, kami berharap dasar Wawasan 2020 bukanlah dasar yang diadaptasi dari dasar Israel 2020 walaupun ianya kelihatan mencurigakan. Jika benarlah ia suatu dasar konspirasi atau dasar yang ditiru dari Israel, maka amatlah mendukacita lagi mengecewakan.

israel2020fer

israel2020ook

Tags: ···

40 responses so far ↓

  • 1 Sir Pok Deng // Jun 22, 2009 at 4:37 pm

    Assamualaikum,

    Izinkan saya mengemukakan sedikit fakta tentang Wawasan 2020 Tun Dr. Mahathir.

    Merujuk kepada artikel di atas, ternyata ia banyak berkisar tentang waktu, iatu, TAHUN 2020. Ia semestinya tepat dengan dasar Israel yang mahu TAHUN 2020 dijadikan target visi mereka.

    Namun, dalam Visi 2020 Malaysia, ia mempunyai maksud yang berlainan. Ramai yang tidak tahu dan tidak perasan.

    Tun Dr. M merupakan seorang doktor perubatan. Penggunaan angka 2020 merujuk kepada nilai (value) bagi mata yang sihat iatu ‘20′ di bahagian kiri dan ‘20′ di bahagian kanan. Vision 2020 jelas membawa maksud literal ‘Pengelihatan 20, 20′ iatu pengelihatan yang sihat.

    Diungkapkan maksud pengelihatan 2020 ini sebagai tahap kemajuan negara Malaysia dari semua segi (politik, ekonomi, sosial, dan sebagainya), BUKAN tahun 2020.

    Majoriti rakyat Malaysia beranggapan Wawasan 2020 merujuk kepada tahun. Tetapi sebenarnya ia mempunyai maksud yang tersembunyi.

    Oleh itu, Wawasan 2020 juga boleh dianjak waktunya kepada tahun yang lain.

    Sekadar mengeluarkan pendapat. Sekiranya masih ada yang saya tidak tahu, saya mohon pencerahan.

    Sekian,
    Sir Pok Deng,
    Blogger

  • 2 jebatsari // Jun 22, 2009 at 5:06 pm

    kupasan yang menakjubkan. komentar sir pok deng juga kelihatan menarik. mungkin ada huraian lebih lanjut?

  • 3 shah2906 // Jun 23, 2009 at 12:01 am

    bagaimana dengan konsep one malaysia dan one world government?

  • 4 Adli Abdul Aziz // Jun 23, 2009 at 3:09 am

    Israel 2020 dan Wawasan 2020 sudah tentu berlainan sama sekali. Israel 2020 dirangka berdasarkan protokol zionist manakala Wawasan 2020 adalah berdasarkan Perlembagaan Negara

    banyak lagi negara membangun yang mempunyai wawasan 2020 mereka sendiri. ini adalah cuma satu kebetulan

  • 5 yahyaabdqayum // Jun 23, 2009 at 6:45 am

    dan satu lagi betul ker idea menghasilkn tugu negara kita adalah dr tugu di Amerika Syarikat, dn Bendera Kita mcm mana bole sama dgn Amerika cuma beza Bulan Dn Bintang….Sekian

  • 6 tayadihmaysia // Jun 23, 2009 at 8:00 am

    saya pautkan blog saudara di http://www.duniacacamarba.blogspot.com

  • 7 kopi o teh tarik // Jun 23, 2009 at 5:04 pm

    maklumat ad mengatakan dalm lgu negaraku ad doktrin freemason??

  • 8 Ikhtilaf // Jun 23, 2009 at 7:37 pm

    selama ini saya hanya memandang ianya sebagai satu visi peng’kaya’an ‘kepala’ dan ‘kroni’..
    longgokan projek-projek kemajuan dan pembangunan yang terbengkalai..

  • 9 acai // Jun 23, 2009 at 11:32 pm

    kupasan yang menarik..tapi saya suka melihat kepada positif.wawasan 2o2o malaysia berbeza dengan israel 2020.

  • 10 Danial // Jun 24, 2009 at 8:48 am

    Jikalau ini rancangan terperinci mereka.Namun Allah lebih dan teramat terperinci dalam perancanganNya.Yang batil akan jatuh dan yang haqq akan bangun.bukan?Wallahua’alam

  • 11 pemudagombak // Jun 25, 2009 at 7:03 am

    Tun Dr M : Wawasan 2020 = Israel 2020
    Tun Pak Lah : Misi 2057 = Israel 2050?
    DS Najib : One Malaysia = One Israel

    Adakah ini kebetulan???

  • 12 kopi o teh tarik // Jun 26, 2009 at 6:31 pm

    lupakan sebentar soal tun mahathir, tun abdullah dan dato seri najib..sesungguhnya Allah yang memilih dari kalangan kita untuk menjadi pemimpin. Adakah Allah melakukan kesilapan?
    dalam kesibukan mencari persamaan di antara malaysia dan israel ini,sy bertemu dengan penemuan yg menegejut dan menyedarkan sy betapa dekat kita dengan peperangan besar..

    Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
    mungkin ada yg kurang percaya dengan apa yg akn sy katakan,nmun ia berpandukan al-quran dan hadis.

    Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
    surah al-Hajj,ayat 47

    jadi kiranya dihitung,
    1 hari = 1000/1= 1000 tahun
    1 hari =1000/12bulan=83.33 tahun
    1 hari=1000/52 minggu= 19.23 tahun

    kajian membuktikan,badan pertubuhan sulit dan rahsia mula ditubuhkan awal sekali di British pd sekitar 900thun lalu. Setelah 1000tahun, datanglah tahun 1900(berakhir 1 hari=1000tahun) badan-badan sulit yang didalangi oleh orang-orang yahudi ini mula berkembang ke United Stated pada 1917 sehingga 2000 iaitu bersamaan 83.33 tahun (sempurna 1 hari=sebulan) dan pada tahun 2000 ini bermulanya era pemerintahan Goerge Bush,di mana dia mula msuk opis. setahun slpas pmrintahan nya,terjadi tragedi 9/11. pada hari inilah,pusat perancangan perang dunia mula tertumpu ke Israel
    menurut perkiraan,1hri=1 mgu ini akan berakhir pada TAHUN 2020 (selesai 1hri=1mgu) dan selebihnya sebanyak 37 hari seperti hari kita di mana pada hari tersebut Dajjal memimpin 70ribu tentera yahudi dan berperang dengan nabi Isa.
    jadi bilakah pemerintahan Imam Mahadi??

    fikirkan ini..
    mengikut sabda nabi muhammad s.a.w yg bermaksud,” imam mahdi akan memerintah selama 7 tahun”
    ad juga yang mengatakan hadis ini menyebut 9 tahun..
    dalam hadis yang lain ada menyebut
    “pd 15 ramadan,malam jumaat,akan terdengar suara(letupan) yg akan mengejutkan sesiapa yg sedang tidur,yg akan membingitkan yg sedang sedar,dan wanita yang mulia akan keluar dari pengasingannya. Hari itu akan terjadi terlalu banyak gempa bumi. Dengan itu akan terjadi tiga tanah runtuh. Satu di timur, satu di barat dan satu lagi Panisula Arab. Bumi akan menelan segala yang di atasnya sebagai kesan tersebut,ramai manusia yg akn mati.”
    (ruj hadis:bukhari dan muslim)
    Ini sekadar pengiraan rambang,bukan tilikan atau suatu yg harus dipegang teguh..
    kebangkitan mahdi itu sendiri kalau mengikut hadis adalah sebelum kebangkitan dajal.
    (bangkit bermakna sudah bangun,di tahap kegemilangan mereka)
    2020-7=2013
    pd thun 2012 dijangkakan planet-X merempuh bumi dan menyebabkan berlaku banyak tanah runtuh.
    kita ambil mudah perkara ini,tetapi mengapa negara kuat Dajjal sudah mulah bersedia menghadapi Planet X dengan menyiapkan ribuan terowong sulit??
    Sesungguhnya Allah tidak buta.
    jadi adakah planet X merupakan letupan yang disebut dalam hadis dan 2013 bermula pemerintahan imam mahadi yg sewaktu bangkitnya dia dikatakan dunia dalam keadaan huru hara?
    wallahualam..

  • 13 Andy Rwandy // Jul 3, 2009 at 10:22 am

    Tak sangka, ada org blh kaji sampai tahap camni. Hebat…hebat…

  • 14 hamiras77 // Jul 4, 2009 at 10:45 am

    the conclusion is:
    it is part of ‘new world order’… matlamatnya ‘mengajak’ semua negara mengikut cara ‘mereka’… tak mustahil ‘mereka’ ada pengaruh kuat utk membentuk dasar asas negara2 lain di dunia termasuk Malaysia… wAllahua’lam

  • 15 musykill // Jul 6, 2009 at 4:19 pm

    da sah le semua ni pnyokong New World Order….aku trbaca Najib tu Ahli Kehormat Freemason…..kalau betul hancus@#$%*

  • 16 zieraq // Jul 12, 2009 at 3:14 pm

    ada x sapa2 baca buku confession of economic hitman tulisan John Perkins tahun 2004? banyak maklumat yg menggemparkan dlm tu…

  • 17 Commentor // Jul 19, 2009 at 7:44 am

    Terdapat pelbagai halaman mengatakan Mahathir adalah Freemason, dan begitu juga Najib yang didakwa sebagai ahli kehormat Freemason. Ini adalah kebiasaan sepertimana sultan-sultan juga menjadi ahli Freemason.

    Dakwaan lain ialah Anwar juga adalah Freemason. Ini kerana terdapat pelbagai fakta dirinya sangat berkait rapat dengan amalan Freemason dan hubungan rapat beliau dengan orang-orang kuat persatuan tersebut, cth Paul Dundes Wolfowitz. Fakta lain yang dikaitkan ialah lambang “mata satu” dalam Parti Keadilan. Semua menampakkan perancangan bermula dari dalam penjara untuk menumbuk mata, yang mana kebetulan dengan “mata satu” dalam Freemason.

    Oleh itu saya mempunyai satu persoalan yang bermain-main difikiran, iaitu andainya dakwaan betul, kenapakah dua orang yang berada di dalam satu persatuan yang mengamalkan “absolute loyalty” boleh berbeza agenda? Adakah ianya atas dasar strategi, sepertimana George Bush dan John Kerry? Adakah ianya strategi Freemason menjatuhkan PAS?

    Terdapat satu strategi dipanggil “Lure the tiger down from the mountain”; i.e. “..the tiger which is indegenous to the mountain is difficult to hunt in her natural terrain. By luring her out of the mountain onto the open field where you each have an equal chance of winning, you remove the adavantage and put her stronghold at risk…”.

    Kekuatan PAS adalah perjuangan agama, dan kekuatan Anwar juga adalah dari latar belakang perjuangan agama. Ini adalah persamaan yang memungkinkan PAS bersatu dengan Anwar. Oleh itu mungkinkah ini perancangan Freemason untuk menarik PAS turun dari bukit pertahanannya, sepertimana perubahan polisi yang berubah 180 darjah pada hari ini?

    Anda fikirkan sendiri kemunasabahannya arena politik hari ini, sebelum harimau terkubur menjadi permaidani…

  • 18 Projek RED-DEAD: Pelan Israel 2020 (Bahagian 1) : HALUAN Palestin // Aug 12, 2009 at 6:04 pm

    [...] RED-DEAD adalah salah satu intipati utama di dalam pelan Israel 2020 yang mula dilancarkan pada 1990 ketika zaman pemerintahan Yitzak Shamir dari parti Likud. Projek [...]

  • 19 teropah kayu // Aug 13, 2009 at 1:32 am

    sepertimana yang dikatakan Sir Pok Deng, saya pernah mendengar jawapan yang sama dari Tun Mahathir sendiri apabila ditanya oleh salah seorang peserta persidangan terhadap wawasan 2020. Tun Mahathir menerangkan lebih kurang Sir Pok Deng juga. “Vision 20 20″ persoalan ini ditimbulkan oleh peserta sewaktu persidangan di luar negara terhadap keupayaan kerajaan Tun Abdullah menjayakan Vision 20 20.

  • 20 Araslut // Aug 13, 2009 at 3:08 am

    this is not a coincidence - hidden agenda-yes. They (illuminati) will take on us either by war or consensus.

  • 21 shinchan // Aug 16, 2009 at 4:20 pm

    yg mnjadi prsoalan skrg - knp Mahathir pilih Vision 2020 brdasarkan pnglihatan deria MATA. bukanke mata tu lambang ILLUMINATI..kebetulan jugak ke..renung renungkan

  • 22 mann_bravo // Aug 17, 2009 at 5:24 am

    kalau smua tarikh berkaitan antara satu sama lain .. payah aaa ….. tp entah aaa … konspirasi tahap tertinggi nih …..

    berwaspadalah selalu …..

  • 23 rakyat malaysia // Aug 23, 2009 at 12:16 am

    usahlah terlalu obses dlm mncari silap seseorang mahupun kaum lain..lihatlah diri kita dulu..betulkan..kini Islam sudah tidak bersatu kerana terlalu mncari silap pihak lain..berdoalah slalu pada Allah Yang MAha Esa..kerana Islam melarang kita anaiya,menjatuhkan saudara sendiri mahupun menzalimi sesiapa dri pelbagai aspek..
    muhasabah diri dah menujat tu mampu menyedarkan kita yang lalai ini..jgnlah politikan semua perkara..lagi2 hal agama~~

  • 24 beforesick // Aug 28, 2009 at 5:07 pm

    muslim di tanah melayu!!!….ayuh bersatu menentang kezaliman yang diwujudkan oleh pemerintah yang tidak bermaruah….ayuh bangun!!!…

  • 25 jijie // Aug 28, 2009 at 7:22 pm

    bagi aku tahun 2 tak penting sangat pun,tak yah nak kecoh2…janji jangan copy o ikut kaedah yang digunakan oleh israel laknatullah 2 jer…

  • 26 cool // Oct 12, 2009 at 4:01 am

    adakah anda sedar tentang bencana yang berlaku di padang, filifina dan samoa sekarang ini. mungkin ada hikmah disebaliknya. hujahkan pendapat anda ?

  • 27 antimata // Oct 12, 2009 at 5:12 pm

    sy tk terkejut mahathir,najib dan pemimpin negara yg lain adalah ahli illuminati/freemason….ada pengakuan bahawa najib dan rosmah ada menjalankan upacara syirik dirumahnyer…..harap bende nie tk betul la….

  • 28 sharp_arrow // Nov 25, 2009 at 9:09 pm

    illuminati…
    new world order…
    freemason…
    knight templar…
    lady in red…
    checkered floor…
    two tower and a gate…
    unfinished pyramid…
    all seeing eye…

    lau ak nk cite kt sni pun xcukup ruang rsanya…
    ni info yg ak dapat dri kajian ak sndri la…
    1)sejarah knight templar:
    dri movie National treasure ada menerangkan ttg penemuan harta karundi sebuah makam yg mana dikatakan ianya terlalu bernilai utk seorang manusia sekalipun seorang raja… harta disini bukannya emas permata tp spekulasi mengatakan ianya sbnrnya buku mengenai amalan sihir dan pemujaan syaitan. dgn penemuan ini mereka menubuhkan penjaga kepada harta ni sebagai knight templar. freemason pula merjuk kepada nama mason yg dikatakan pemilik makam.
    2)propaganda media
    mereka ini ada memberi mesej yg jelas dalam kebanyakkan box office movie dan melalui artis2 terkenal jika anda perasan…
    National treasure: Permulaan cerita dimana datuk dia hendak bercerita ttg sejarah freemason. pertukaran scene dri attic kt pyramid.. dapat dilihat yg mana pertukaran itu dibuat secara fade in dan akhirnya yg tinggal sebelum scene bertukar sepenuhnya adalah unfinished pyramid dan eyes on the top of the pyramid.
    The Matrix: sewaktu neo hendak berjumpa morpheus. ia menaiki tangga yg mana lantainya adalah checkered(berselang hitam putih) floor. tangga berbentuk vortex.pintu at the end of it.
    ini bertepatan dgn ajaran mereka.
    consert madonna,britney spears,dan cristina.
    madonna turun dri tangga yg mana terdapat 13 ank tangga(dipercayai oleh pemuja syaitan sbgi demonic number selain 666).menari diatas checkered floor. motif dri consert ini adalah untuk melepaskan britney dri mereka dan promote cristina. ini dapat dilihat oleh perubahan kepada imej cristina dan britney.
    3)lady in red
    annual award. kebanyakan movie. terdapat lady in red termasuk episode pertama cerita kartun alladin yg dipertontonkan kepada kanak. apa itu lady in red? ia dikatakan merujuk kepada ppuan penggoda, yg menarik llki kejalan salah.
    4)building
    i)kebanyakkan rumah ibadat agama jew,islam, dam kristian. mempunyai beberapa persamaan tetapi mempunyai perbezaan yg ketara dgn design rumah ibadat “mereka”. tetapi rumah ibadat “mereka” mempunyai benyak persamaan dgn binaan hari ini. ini kerana bentuk senibina agama islam,kristian dan jew adalah utntuk channeling a positive energy manakala rumah ibadat “mereka” adalah untuk channeling negative energy.
    two tower and a gate-KLCC, Lord of The Ring
    stripped tower design-buruj dubai

    3)perbalahan agama (isu sensitif)
    jika dilihat agama kristian,islam, dan jew berbalah dan menghadapi tentangan crist-phobia, islamic-phobia, jew-phobia. pernahkan kita dengar Buddha-phobia, hindu-phobia???
    knp? menurut sejarah agama islam, kristian, jew, datang dri satu sumber yg sama. makala agama yg lain adalah merupakan dri pemikiran yg sama. mengapa begini???
    ini kerana. jika “mereka” percaya akan kewujudan syaitan yg disembah “mereka”.”mereka” pasti percaya with the opposite one. The One And Only Lord of Almighty. jd mereka cuba utk memecah belahkan agama tadi.

    4)new world order
    world is but one country.cubaan untuk menyatukan dunia dibawah satu pemerintahan.

    for more info sila rujuk kepada The Arrival di http://www.youtube.com...
    terdapat 49 episode terhasil dri kajian bertahun tahun tetapi kebanyakan dri episod ini terpaksa diupload berulang kali kerana dipadam oleh pihak youtube sndri. trima kasih

  • 29 Black Nazi(Nusantara againt zionis illuminiti // Jan 26, 2010 at 4:51 pm

    wahai saudaraku sekelian janganlah terlalu taksub dengan kajian teori konpirasi ni tak semua kajian yang dijalankan oleh anda2 sekelian tak semestinya tepat.Jikalau lah kesemua manusia yang hebat,kaya,bijak dan berpengaruh termasuklah Dr Mahathir dan Najib dikatakan ahli freemanson & illuminiti mereka takkan lepas masuk dan keluar dari mekkah & madinah dengan selamat kerana segala perbuatan jahat termasuk menjadi talibarut mahupun pelaksana tugasan yang menghancurkan umat islam ini akan dibalas oleh Allah dalam masa terdekat dan disitu juga..Malah saya tidak hairan ada sesetengah blogger teori konspirasi menuduh sesetengah ulama dan umara’ yang tak terlibat sebagai ahli freemanson.Perlu diingat usaha pembangunan secara terperinci kearah dakwah dan kebajikan untuk umat islam jauh lebih penting berbanding menuduh tanpa bukti keatas orang lain sebagai freemanson & illuminiti dan seangkatan dengannya yang menjurus diri anda membuat fitnah(fitnah dosanya lebih besar dari membunuh).Kita sepatutnya berfikir dan membuat perancangan bagaimana mahu memajukan umat islam khususnya orang melayu di nusantara ini dalam ilmu pendidikan,ekonomi,politik,pemerintahan,sosial dan kebudayaan,ketenteraan dan perisikan, serta mengubah umat melayu menjadi umat yang paling soleh dan warak kepada Allah.Kalau mahu lawan yahudi kita harus merancang perancangan yang hebat seperti mereka dalam pelbagai bidang dan hidup sebagai ummat Islam yang zuhud.Itu lebih penting sebenarnya.

  • 30 JIWA KACAU » Wawasan 2020 vs Israel 2020 // Mar 8, 2010 at 5:18 pm

    [...] ibnuyaacob.net Tags: wawasan 2020 « One Malaysia, One Israel: Satu [...]

  • 31 biasa // Mar 31, 2010 at 5:35 pm

    aku rase kita xpayah sibuk2 mencari konsipirasi, kmdian konklusi kerana yang yahudi sebenarnya ade dalam diri kita
    yang hendak dibersihkan ialah dalam diri kita, yahudi memfitnah, mengupat, hasad dengki n sebagai dan ini semua adalah yahudi yang wujud dalam diri kita…jd, bersihkan diri kita shingga mendapat kddukan di tahap nafsu yang tinggi, kmudian brulah berjuang menegakkkan agama..klau kita sibuk berpegang dengan akal, ilmu, kita sebenarnya yang akan lalai…jd, renungkan lah..n jangn kita sama saje seperti mereka, tambah lg hanya islam pada nama, hanya sekadar(orang awam) saje k..jumpe lg

  • 32 Kimizo // Apr 21, 2010 at 2:30 pm

    banyakkan mengingati Allah Yang Maha Esa

  • 33 saY No to AlL leADerS // May 9, 2010 at 3:53 pm

    hah sah najib meneruskan misi new world order iaitu mengurangkan populasi dunia. itulah yang terjadi skrg ..semua anak gadis 13 tahun wajip diberi suntikan hpv di semua sekolah yang ternyata terdpt kesan sampingan mrbahaya..bgitu juga suntikan h1N1 yg diberi percuma kpd rakyat ..kesan smpingan semua suntikan ini sangat merbahaya..semua ini adalah misi utama Illuminati/Freemason untk misi New World Order..To Reduce Population

  • 34 Daniel Iqram // May 15, 2010 at 11:20 am

    Salam perkenalan semua. Dalam satu hadith, Rasulullah saw berdoa kepada Allah agar Islam dipelihara daripada 3 perkara, yakni bencana alam, orang-orang luar, dan orang Islam sendiri. Allah mengurniakannya 2 doa yang pertama, tetapi tidak yang ke-3. Ini menunjukkan bahawa jati diri Islam itu bergantung kepada diri kita sendiri; jika Muslim mengikuti perintah Allah (bukan seperti hari ini), nescaya selamatlah Islam, walau macam mana pun pihak luar cuba meruntuhkannya. Wallahu’alam.

  • 35 Zihan // Jun 14, 2010 at 4:56 am

    Susu lemak manis santan kelapa muda.. Adik jangan menangis mak nak MEMBUTA

  • 36 BroDakoji // Jun 25, 2010 at 5:13 pm

    btw, byk sgt kebetulan dlm dunia ni. smoga Allah S.W.T mmberi kekuatan kpd kita utk berjuang menghadapi fitnah dajjal kelak..

  • 37 xxPrankSterxx // Jul 6, 2010 at 11:17 am

    kalau kerajaan mengamalkan pemerintahan islam..mesti x jadi kes2 macam skang..buang anak, seks bebas, disko, dan macam2 lagi,..

    peliknya, kenapa kerajaan sendiri dan orang melayu xnk ikut pemerintahan islam..kenapa masih ikut cara pemerintahan demokrasi??
    ….

  • 38 AntiJewantiDemokrasi // Jul 6, 2010 at 11:20 am

    alhamdulillah, dalam zaman macam ni..ade lagi orang2 yg bijak pandai menggunakan akal seperti saudara2 sekalian dalam mengupas isu sebegini..

    anda semua sedar akan helah orang kafir..

    alhamdulillah…

  • 39 7th scream // Jul 6, 2010 at 2:07 pm

    jgn mlihat dgn mata ksar,ia sntiasa mnipu..lihatlah mlalui mata hati…

  • 40 screaming free // Jul 13, 2010 at 6:52 am

    pening btol bce artikel nih. . .semua saling bkaitan. . .

Leave a Comment

Wallhualam

© 2007–2008 Dajjal: The King of the World Conspiracy — SitemapCutline by Chris Pearson