oleh Ibnuyaacob, Abd Aziz Atiqullah & Arman

Berdasarkan bilangan kes-kes yang semakin meningkat saban hari, tidak termasuk lagi jumlah institusi-institusi yang terlibat dalam proses kuarantin, pemimpin Malaysia masih lagi leka dan seronok membilang jumlah kes yang bertambah setiap hari.
Utusan Meloya dan Berita Hairan tidak ada berita lain yang dipaparkan selain daripada membuat kira-kira bilangan rakyat yang semakin dijangkiti. Kita tidak pasti sehingga angka kematian yang ke berapakah yang boleh menyebabkan kerajaan Malaysia mewajibkan pemakian topeng muka.
Sehingga hari ini, tiada lagi tindakan kerajaan untuk mengambil langkah mewajibkan pemakaian topeng muka seperti di Thailand. Sepatutnya, walaupun terdapat satu kes, tindakan segera hendaklah di ambil.
Iklan berkaitan mengelakkan Swine Flu di televisyen daripada kementerian kesihatan tidak bermaya, lembap dan kurang agresif. Iklan hanya seperti iklan mencegah denggi. Sepatutnya iklan tersebut memaparkan bahawa H1N1 boleh berjangkit melalui udara terutamanya kawasan-kawasan pasaraya.
Kelembapan tindakan kerajaan Malaysia ini mungkin disebabkan tiada anak isteri atau saudara mara menteri-menteri yang dikuarantin atau terkena H1N1. Kami yakin tindakan sepantas kelajuan cahaya akan diambil sekiranya anak bini menteri terkena Swine Flu.
Setiap hari, ada sahaja berita tentang tempat yang dikuarantin tetapi setiap hari juga jabatan-jabatan kerajaan masih menganjurkan pelbagai majlis keramaian termasuklah mesyuarat-mesyuarat rasmi skala besar di hotel-hotel dan golf resort.
Artikel ringkas ini, ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar perubatan agar mendesak pensyarah-pensyarah perubatan mereka mendesak golongan pakar perubatan di Malaysia agar menasihati pemimpin yang lembab.
Setakat ini, kami masih menunggu laporan desakan daripada Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia terhadap kementerian kesihatan. Apakah mereka tidak tahu betapa bahayanya Swine Flu dan vaksin palsu yang bakal ditempah oleh Ismail Merican?

17 responses so far ↓
1 hearthief // Aug 2, 2009 at 8:58 am
“……Wahai Adam,sesungguhnya dia adalah nabi yang terakhir dari zuriat engkau dan kalaulah tidak kerananya,tidaklah Aku jadikan engkau.”
2 efairy // Aug 2, 2009 at 6:42 pm
hari ini sudah 6 orang yang meninggal akibat virus ciptaan konco dajal al-masih ini. sepatutnya kerajaan sudah mengambil langkah2 yang lebih agresif untuk sekurang2 nya mengurangkan jumlah jangkitan.
“Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya
Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya
Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar”
(At-Thaariq, 86:15-17)
http://holywar-efairy.blogspot.com/
3 tukang kayu // Aug 4, 2009 at 6:11 am
dah 8 orang meninggal kenapa macam tak de tindakan je…nak tunggu berapa orang mati..takut nak hebah kot sebab takut borang tak lawat malaysia.ekonomi Thailand bergantung kepada pelancongan tapi boleh je diorang ambil langkah-langkah pencegahan
4 NT K0n5p1ra51 // Aug 6, 2009 at 5:05 pm
Masalahnya cara kuarantin tak betul…contoh paling dekat, pelatih2 PLKN. Kenapa dilepaskan mereka ke rumah dan tidak dibuat pengasingan di kem masing2? Katalah masa mereka ni pulang ke rumah, sepanjang perjalanan mereka balik, berapa ramai daripada mereka yang sebarkan virus ni? Berapa ramai yang terkena jangkitan sedangkan kita tahu virus ni disebarkan melalui udara. Dah tu masa di rumah pula, mereka dikuarantin sedangkan ahli2 keluarga mereka bebas bergerak pergi ke tempat kerja, sekolah…IPT pun macam tu juga…tak hairanla masa saya menaip komen ni dah 14 orang meninggal…Puncanya pun akibat lambat dapat rawatan…pasal pesakit pun dah saat2 akhir baru nak ke hospital…
5 che an // Aug 9, 2009 at 2:19 pm
saya setuju dgn NT K0n5p1ra51,,,cara kuarantin tu pun x betol,,bkn nk doakan ni tapi nampak gayenye akan ramai lg la y akan terkorban akibat selsema ni…bru2 ni,ad kwn sya g klinik,demam..suhu dy 40.2 kot,,,tp ad sorg staff kat klinik tu kte ‘org skrg ni,demam skit dtg klinik,demam skit dtg klinik,,kesian org kat klinik ni’…ad ke patut dy ckp cam tu??
6 jauh // Aug 14, 2009 at 8:46 am
aku skunk makin pelik ngan kerajaan kite…nape penyakit yang merbahaya kn skunk ni di biarkan macam tu je..macam tak serius..padahal makin ramai yang mati..tapi pihak kementerian kesihatan wat rilek je..masih kata penyakit ni belum di tahap yang serius. agak nye pihak kementerian menunggu orang kenamaan mati dulu..barulah agaknye nk bertindak.. bukan menyalah kn pihak lain tapi realiti…maafkan saya kalo menguris hati sesetegah pihak yg baca.
7 Faiz // Aug 15, 2009 at 1:50 am
salam’alaik…
saya juge berasa agak kesal dgn ketidak perihatinan kerajaan dlm menangani masalah H1N1.
tindakan kerajaan hari ini membuatkan masyarakat berasa masalah atau kes H1N1 adalah perkara biasa, ramai yg tidak ambil serius. Bila kene batang hidung sendiri, baru la terhegeh-hegeh…
apa? terhegeh-hegeh… skali lagi, terhegeh-hegeh… erm… terhegeh-hegeh…
8 mex // Aug 15, 2009 at 1:17 pm
salam
nak mencelah jugak la. isu H1N1 nih memang dah menular ke setiap negeri, apabila sekolah2 diisytiharkan tutup saya terase mcm keadaan itu sgt darurat, tp apa tindakan kerajaan?
tadi ada taklimat dr Guru Besar sekolah sy, dia menyatakan ada pihak Pendidikan Daerah yang marah kerana ada banyak sekolah yang tutup sedangkan tiada pun murid yang menghidap H1N1 cuma setakat demam, selsema dan batuk.
saya terfikir, takkan ada murid yang mati, baru lah sekolah boleh dicutikan. sedangkan pada masa itu, murid yang demam n yang hadir ke sekolah 50/50.namun ada juga yang ke sekolah walaupun demam, dengan alasan..ibubapa tak percaya anaknya demam. nampak,kesedaran dikalangan orang ramai juga sgt kurang.
nak dijadikan cerita, saya selsema dan batuk kemudian ke hospital yang berdekatan, saya minta ubat antibidotik..dia kata..bukan sebarangan boleh bagi ubat tu. esoknya…saya demam yang teramat suhu dah 39.5…betapa saya teringat kejadian di hospital tu, dan saya samakan kes H1N1 dan penutupan sekolah. betul la, jika ada yang mati…baru la tindakan lanjut dibuat.
9 penggoncang tombak // Aug 16, 2009 at 4:34 am
pedas,tapi padu.
terima kasih daun keladi penulis.
10 aisyah yusoff // Aug 16, 2009 at 10:07 am
betul2. saya sgt stuju dgn kelembapan tindakan masyrkt dan sifat menyembunyikn kebenaran oleh pihak kementerian!!!
11 dejavu // Aug 16, 2009 at 5:18 pm
benar..kaedah kuarantin sgt tidak efektif,malah kaedah atau langkah2 pihak berwajib mencegah H1N1 sgt lemah dan setakat melpskan batuk ditangga.kalo suruh pakcik kat kg handle kementerian kesihatan,sure dia dh bagi setiap sorg rakyat m’sia 1 mask pada awl2 wabak ni diumumkan.sekarang kerajaan b’blanja lg besar b’banding kalo mereka bagi mask ms awal2.kalo betul laporan WHO baru2 ni terhadap tahap wabak ni,maka 70,000 adalah bilangan sebenar rakyat m’sia dijangkiti H1N1.
12 Y // Aug 20, 2009 at 9:44 am
Semasa komen ini ditulis, Malaysia mencatat jumlah jangkitan paling tinggi dalam sehari, iaitu 569 kes. Manakala jumlah kematian adalah sebanyak 68 orang [Sumber: The Star Online]. Namun darurat masih tidak diumumkan kerana jumlah kematian masih di bawah 0.1%. Saya pun tak tau apa nak dikata.
13 YA! // Aug 21, 2009 at 8:55 am
paling terbaru malaysia sudah 68 org meninggal…
belum dikira yg positif..menteri nie semua masih macam tu..mereka tgu ahli keluarga atau mereka sendiri yg kena barulah mereka nak istiharkan darurat..owh MALAYSIA…kenapa la pentingkan menteri2 yg langsung x ambil peduli pasal keadaan rakyat..langsung x menjaga keselamatan rakyat..apa yang mereka tahu adalah pasal macam mana nak menambah duit2 mereka di bank2 mereka..macam mana nak selamatkan diri sendiri..bukan untuk rakyat..OH malaysiaku..31 ogos nanti kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan..tapi malaysia masih penuh dengan pelbagai masaalah..
14 JUN // Aug 21, 2009 at 9:09 am
sepatut nye dalam kegawatan kesihatan skrg tak perlu ar diadakan sambutan merdeka… kalo tak buat bukan maksud kita tak hargai kemerdekaan.. tp tgk ar situasi sekarang bagaimana… comfirm lebih byk org akan kena H1N1 lepas smbut merdeka…. bih baik sambut kat rumah dengan keluarga..
15 MOHD KAMIL // Aug 21, 2009 at 12:36 pm
Nasib baik la aku dah cabut dan InsyaAllah tak akan kembali ke Malaysia tanah tumpahnya darahku. Aku kerja kat Korea ni OK jer, takde la nampak serius. Takde org pakai topeng pun kat sini. Entah la….apa nak jadi dgn nasib rakyat Malaysia. Dah la kena rompak dgn kerajaan, mati pun kerajaan tak kisah. Nasib korang ler.
16 achoy // Aug 26, 2009 at 7:06 am
Aku pun sama tak paham… dah le kerajaan lembab, masyarakat plak cam tak endah je pasal penyakit ni…. sekurang2nya ambil le tau sket camne virus tu merebak…
pergi hospital pun boleh dapat…
kita bersalam ngan org pun boleh dapat….
tekan butang lif pun boleh dapat…
pastu usik2 lak kat muka..kawasan sensitif tu…
jadi, selalu lah basuh tangan dan pakai mask
17 Editor MajalahSains.Com // Aug 26, 2009 at 1:40 pm
Salam
Dapatkan rencana menarik tentang H1N1 di laman MajalahSains.Com
http://majalahsains.com/2009/07/selsema-khinzir-info-dan-pencegahan/
Leave a Comment