oleh Ibnuyaacob

Walaupun Dajjal adalah Raja Konspirasi Dunia tetapi setiap perencanaannya tetap menghadapi masalah terutamanya di negaranya sendiri iaitu Israel. Masalah ini berkaitan sikap sesetengah kelompok Yahudi sendiri yang masih berdegil tidak mahu bersatu seperti 3000 ribu tahun dahulu.
Salah satu faktor untuk menyebabkan kejayaan penubuhan negara Israel ialah perlunya setiap orang Yahudi dari seluruh dunia menjalin hubungan sefahaman antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit. Persefahaman ini cuba diwujudkan melalui program Aliyah.
Program Aliyah ialah suatu usaha sistematik Israel untuk mengajak seluruh umat Yahudi dari serata dunia berpindah dan menetap di Israel. Perpindahan besar-besaran ini akan membuatkan negara Yahudi semakin kukuh dan menghimpit rakyat Palestin.
(Aliyah pertama pada era 1700 - 1800 ditaja perjalanan perpindahan tersebut oleh House of Rothschild)
Namun, bukanlah semua bersetuju dengan dasar kerajaan Israel ini (yakni Dajjal). Antara kelompok yang paling bermasalah dan sentiasa memberi masalah ialah Yahudi Orthodoks khususnya yang berkoloni di daerah Mea Sharim.
Baru-baru ini timbul masalah 150 pelajar berketurunan Yahudi Uthopia tidak dibenarkan bersekolah di kawasan Yahudi Orthodoks. Keengganan pihak pengurusan sekolah amat menekan kerajaan Israel kerana semua bantuan kewangan adalah 100 peratus dari kementerian Israel dan sentiasa disalurkan setiap tahun.
Sekolah yang terletak di daerah Petah Tikva pula melarang semua Yahudi berkulit hitam dari belajar di sekolah tersebut.
Larangan yang dibuat sendiri oleh pihak sekolah ini dilihat boleh menjejaskan program Dajjal untuk memperbesarkan saiz sempadan negara Israel. Pelbagai program telah dibuat untuk mengajak komuniti Yahudi dari pelbagai negara berpindah ke Israel.

(Gambar) Yahudi kulit hitam di Utophia berkumpul di synangogue.
Antaranya ialah program “Ten Lost Tribe”, “Taglit-Birthright Israel” dan “Twelve Lost Tribe”. Pelbagai sejarah silam direka-reka oleh para pensyarah universiti di Israel untuk berkempen, akhirnya yang membawa masalah ialah koloni Orthodoks anti-zionis sendiri.
Kedegilan Yahudi Orthodoks ini teramat tinggi sehingga menyebabkan pengarah Hakul Hinuch, Rabbi Shay Piron menulis surat amaran kepada pihak sekolah untuk mengambil tindakan undang-undang di atas sikap diskriminasi kaum pengurusan sekolah tersebut.
Menurut juru cakap Hakul Hinuch, Yigal Amity, setakat ini sekolah yang menerima pelajar dari Uthopia ialah Darchei Noam School yang menjalankan sistem Zionis Ultra-Orthodoks. Walaupun begitu, sekolah ini hanya mengambil 14 orang pelajar Yahudi Uthopia.
Kesan dari diskriminasi ini, Kementerian Kesihatan Israel melaporkan kes bunuh diri dikalangan belia Yahudi Uthopia yang menetap di Israel meningkat dua kali ganda.

(Gambar) Yahudi Utophia bersembahyang di tembok suci.
Perkara yang pelik dari isu diskriminasi ini ialah, komuniti Orthodoks yang tidak menerima imigran Yahudi dari Uthopia juga adalah dahulunya berasal dari negara luar. Golongan ekstremis Orthodoks yang berada di Mea Sharim dan daerah-daerah lain kebanyakannya berasal dari Poland, Russia, Ukraine, Austria dan Hungary.
Kesimpulannya, kita dapat melihat kepincangan ideologi dan konspirasi yang cuba dibawa Dajjal, bukanlah pihak Palestin yang menjadi masalah tetapi masalah tersebut timbul dari dalam Israel sendiri secara tidak disedari.
(disusun semula dari laporan Or Kashti & Ayanawo Farada Sanbetu, Haaretz : or.kashti@gmail.com)

25 responses so far ↓
1 politiqus // Aug 18, 2009 at 3:27 pm
Dajjal sememangnya sedang mengatur dunia sebelum dia benar benar muncul. Susah atau senang, dia tetap akan muncul dengan fitnah yang terhebat. Semoga kita sama sama dapat menyedarkan manusia tentang bahaya yang teramat ini.
2 Harimau // Aug 19, 2009 at 3:38 am
Salam,
selagi anda memihak apabila berada dalam situasi politik Malaysia, maka penyelidikan anda dalam kospirasi dajal ini belum lagi sempurna..
Maaf ini sekadar luahan kata2 hehehee..
3 hambaAllah // Aug 19, 2009 at 9:02 am
Salam,
bagus website saudara…banyak bercerita tentang Dajjal…sememangnya kita pasti akan berhadapan dengan Dajjal…cuma lambat atau cepat sahaja lagi….keadaan dunia sekarang agak kelam kabut….sedikit saja lagi untuk masuk “zaman kelam”….umat Islam sekarang sudah terlalu jauh dari landasan asal……penyakit wahan terus menerus menyerang…tidak heran jika Dajjal keluar dan musnahkan akidah kita dalam sekelip mata sahaja…yang tinggal hanyalah kecintaan pada dunia yang pasti kita tinggalkan…….
Teruskan perjuangan saudara dalam menyiasat dan terus memberi ilmu kepada yang diluar….hanya Allah sahaja berhak menilai….
teringat zaman kegemilangan Nada Murni…nasyid yang simple tanpa perlu adanya not dan melodi yang jelas menyimpang dari “kostum nasyid” sendiri….
4 hearthief // Aug 19, 2009 at 2:00 pm
Berpegang teguhlah kamu dengan ucapan ‘LAILAHAILLALLAH’ dan ‘ISTIGHFAR’……..
5 VoY@ge // Aug 19, 2009 at 2:30 pm
Masyarakat hari ini, sibuk fikir dan risau pasal macam mane nak imun dari macam-macam virus, seperti cholera, H1V, SARS dan yang terkini influeza A (H1N1).
Tapi pernah tak kita fikir dan risau tentang sistem ketahanan kita kepada penyakit wahan (cinta dunia)? Penyakit ini kalau kita tak cegah boleh merebak dengan mudah, termasuk keluarga kita yang terdekat.
Kalau diri tak imun kepada virus H1N1 takpe.
Tapi kalau iman tak imun dari virus sosial macam mane? Mati masuk kubur dalam keadaan azab…
6 VoY@ge // Aug 19, 2009 at 2:31 pm
Nabi bersabda:
“Iman akan lusuh sepertimana pakaian menjadi lusuh, oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu.”
7 VoY@ge // Aug 19, 2009 at 2:34 pm
Abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:
“Sentiasalah memperbahrui Iman kamu”
Para sahabat bertanya:
“Bagaimana kami membaharui iman kami ya Rasulullah?”
Baginda bersabda:
“Perbanyakkanllah ucapan La Ilah Illa Allah.”
8 WOOPHUCITAU.. // Aug 20, 2009 at 9:58 am
Menurut Hadits, tanda Dajjal yang paling besar adalah bahwa ia akan membawa sorga dan neraka. Apa yang pertama kali harus diingat sehubungan dengan ini ialah, apabila dalam suatu Hadits, kata-kata jannah dan nar dipakai untuk menunjukkan sorga dan neraka Dajjal, maka di lain Hadits, sorga dan neraka Dajjal itu dinyatakan dengan kata-kata lain. Misalnya, sebagai pengganti kata-kata sorga dan neraka Dajjal, digunakanlah kata-kata ma’ (air) dan nar (api); dan di lain Hadits digunakan kata-kata nahar (sungai) dan nar (api). Lalu di lain Hadits digunakan kata-kata dua sungai, sungai air dan sungai api.
Kemudian ada Hadits lagi yang menerangkan, bahwa Dajjal akan membawa “Gunung roti dan sungai air”. Bahkan ada Hadits lagi yang sebagai pengganti kata-kata sorga dan neraka Dajjal, digunakan kata-kata “dua gunung; yang satu penuh dengan tumbuhtumbuhan dan buah-buahan dan air, sedang yang lain, penuh dengan api dan asap.
Dari uraian tersebut, terang sekali bahwa kata jannah dan nar tidaklah berarti Sorga dan Neraka yang sesungguhnya; demikian pula kata-kata sungai, api , asap, gunung roti, dll, janganlah diartikan secara harfiyah. Semuanya itu adalah kata ibarat; misalnya kata jannah, ini mengibaratkan melimpahnya persediaan bahan-makanan, kesenangan dan kemewahan, sedang kata nar mengibaratkan kurangnya bahan makanan dan kesenangan hidup. Adapun maksud sebenarnya ialah, barangsiapa mengikuti Dajjal, ia akan hidup mewah, dan barang siapa menentangnya, ia tak akan mempunyai persediaan bahan-makanan.
Bandingkanlah keadaan kehidupan dua bangsa, yaitu bangsa-bangsa Islam yang hidup serba kekurangan, dan bangsa-bangsa Nasrani yang hidup serba mewah; dan inilah yang dimaksud dengan sorga dan neraka Dajjal. Kata-kata sorga dan neraka tidaklah berarti bahwa Dajjal benar-benar membawa sorga dan neraka seperti pedagang membawa barang dagangannya. Namun yang sebenarnya dimaksud ialah bahwa Dajjal akan
menguasai sorga dan neraka sebagaimana diterangkan dalam Hadits berikut ini:
“Sungai dan buah-buahan dunia akan tunduk kepadanya”.
Inilah arti yang sebenarnya dari kata-kata itu, yakni bahwa segala macam persediaan yang mendatangkan kesenangan, kemewahan dan kenikmatan hidup di dunia, semuanya dikuasai oleh Dajjal. Dan inilah yang disebut sorga Dajjal bagi orang yang picik pandangannya; akan tetapi sebenarnya, ini semua disebut neraka, karena siapa saja yang tenggelam dalam kesenangan hidup seperti berdansa, bersenang-senang, bersukaria, melihat theater, bioskop, pergaulan bebas antara pria dan wanita, minum, berjudi, melacur, pasti tidak ingat kepada Allah.
Akibatnya jiwanya menjadi rusak; dan inilah neraka yang sebenarnya; dan sekalipun tidak terlihat oleh mata jasmani, tetapi di Akhirat akan nampak dengan terang. Sebaliknya apa yang disebut neraka Dajjal yang berupa kehidupan yang tidak diliputi oleh kesenangan duniawi, adalah Sorga yang sebenarnya, karena semakin orang tidak tenggelam dalam kesenangan duniawi, semakin besar pulalah keuntungan rohaninya, sehingga ia dapat terus meningkat sampai mencapai hubungan dengan Allah. Jadi sorga Dajjal itu terdiri dari kesenangan jasmani, yang diperoleh dengan mengorbankan kehidupan rohani. Barang siapa tenggelam dalam hidup senang, ia akan kehilangan kesenangan di zaman yang akan datang.
9 VoY@ge // Aug 23, 2009 at 6:52 am
Benar, benar!
10 Blog Goblog // Aug 23, 2009 at 7:44 am
WOOPHUCITAU, dalam sungguh andaian anda. Boleh mungkin ya benar seperti yang diandaikan.
Siapa nak senang silakan ikut dajal harkptuih.
Seperti biasa, siapa-siapa yang kuat iman dan banyak beramal ibadat tu berjihadlah kamu sebelum kamu atau orang-orang tersayang kamu disesatkan. Mahukah kamu lihat anak-anak kamu semua jadi sundal bolong serta tidak bermoral kerana terpengaruh dengan pujuk rayu dajal??
Jangan beramal ibadat untuk diri sendiri saja. Itu tamak haloba dan mementingkan diri namanya tu. Tolong saudara seagama kamu yang sememangnya dalam kesusahan. Kesian saudara2 kita di palestin hari-hari ditimpa musibah.
Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama iman diambil dajal~~ lol lagu ni. Inilah masanya kita berjihad. Jangan beli loteri dan pegi kelab malam saja kamu hari-hari~~ katakan NO pada dajal. Sekian trima kasi
11 nuri sahin // Aug 24, 2009 at 3:06 am
salam ramadan.
saya merasakan sebutan yg betul bukan yahudi Uthopia tetapi Ethiopia kerana ia merujuk kpd yahudi yg datang dari Habshah..
sekadar pandangan
12 DIKA LENNON // Aug 24, 2009 at 11:19 am
Artikel yang sangat menarik,
selamat menunaikan ibadah puasa untuk semuanya
13 Sagar // Aug 24, 2009 at 7:28 pm
salam, bukan semua yahudi itu berniat jahat, malah mereka juga menentang pendudukan Palestin secara haram itu…
14 poyoputrajaya // Aug 28, 2009 at 1:54 am
Salam…
Saya berpendapat bahawa kita perlu banyak membaca sarta mempelajari sejarah seumpama ini baharu kita memahami secara mendalam sesuatu perkara yang sedang berlaku…kerana yang berlaku adalah natijah apa yang berlaku dari masa lalu…seperti Yahudi Dan Kristian mereka hendak merancang sesuatu untuk melemahkan Islam dengan mempelajari Al-Quran serta sejarah sejak Islam bersama kaum Yahudi dahulu…mereka taksub dengan kaum sendiri…wasallam
15 Amuk // Aug 29, 2009 at 6:14 pm
Salam semua,
Pendapat saya, sedar sejarah silam, jangan berhenti mencari ilmu, gunakan ilmu untuk melindungi, memimpin, menguna pakai dan fikir untuk menjadi insan yg lebih bersedia dgn fitnah2 mendatang.Berbincang, cari kata sepakat dan bergerak sebagai umat yang kuat…’Apa yg dapat kita lakukan/buat untuk semua tu? tepuk dada tanya akal/guru/..Selamat berpuasa semua…
16 dodi // Aug 30, 2009 at 8:55 am
Ramadhan bulan Belenggu untuk Syaitan, Kenapa manusia justru berbuat Dholim di Bulan Suci Ramadhan? Ar Rahmaan Ar Rahiim Al Ghofar Al Hadi Al Fath. Al Mahdi akan datang lebih dulu sebelum Dajjal berbuat kerusakan dengan nyata.
17 The Racun // Sep 28, 2009 at 9:36 pm
ada jugak yahudi yg kaler gelap ek??
kita org melayu ni
bkn dari keturunan yahudi ke??
mcm UMNO racism nk mmpus
18 deensword // Oct 18, 2009 at 5:24 pm
it good for me to find any information in this website.. thank you..
19 AMNM // Nov 1, 2009 at 4:08 pm
Jangan pelik dan hairan jika Sayyidina Mahdi dan Sayyidina Isa alaihi salam, kedua2 mereka mempunyai complexion agak gelap….
Ada hadith mengatakan Sayyidina Mahdi akan dilihat serupa seperti Bani Israel….
Persoalan sekarang, ramai masih lagi keliru bahawasa nya Yahudi Bani Israel kini adalah 90% Yahudi (tiruan / celup) atau tak tulen….
Kita lihat kerajaan Zionis sekarang adalah dikuasai oleh Yahudi Eropah….sejarah mereka membuktikan mereka berasal dari negara Khazaria (kini Selatan Rusia di Utara pergunungan Kaukasus) yang dahulunya animis atau pagan….akan tetapi pada kurun ke8, raja mereka atau Kagan memeluk agama Yahudi….
Aik! kan pelik, selama ni mereka (Yahudi) asyik dok kata mereka adalah The Chosen Race (conversion tiada dalam kamus mereka)? Sekarang kita lihat, puak Zionis yang rata2 tiada pertalian darah dengan 12 tribe asal Bani Israel tidak semena2 mengaku hak ke atas Al-Aqsa!
PELIK bin AJAIB bukan?
Akan tetapi jawapannya amat jelas sekali di dalam Al-Quran Al-Karim di dalam surah Anbiya’ ayat 95 - 96:
(95) Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri/kota yang Kami binasakan (Jerusalem), bahawa mereka tidak akan kembali (Jew Diaspora)
(96) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Bukankah Yahudi sudah kembali? Maka, amat jelas sekali di sini bahawa bangsa Yahudi Zionis dari Eropah ini, hakikat sebenar mereka adalah Ya’juj dan Ma’juj!!!
Dalil tambahan yang kita boleh lihat menurut perkembangan terkini….adalah paras laut Tasik Tabariyyah (Sea of Galilee)….ia merupakan sumber minuman air utama bagi Israel, dan terkini, paras air nya surut dan mencatatkan rekod paling rendah di dalam sejarah…keadaan ini tidak mungkin pulih kerana kemarau yang dialami oleh Israel (sejak 4 tahun!)….dianggarkan situsai air akan terus runcing dan bekalan kecemasan air Israel akan habis menjelang 2010!
hint: Hadith Nabi banyak menyebut Tasik Tabariyyah dan hubung kait nya dengan Dajjal dan Ya’juj Ma’juj….
Apabila surut dan kontangnya tasik itu, maka ingat lah pada Hadith Nabi, akan berkata batu batan pada waktu itu, “Hai Muslim! Ada Yahudi dibelakangku, datanglah dan bunuh lah ia!”.
20 anis // Nov 2, 2009 at 12:36 am
seperti kata maulana imran hossein pabila keringnya tasik tabariyyah(sea of galilea) ini , maka itu adalah salah satu tanda yg nabi isa akan turun……
dari nawas bin sam’an r.a.(dalam hadis yg panjang)berkata, bahawa rasullullah s.a.w. bersabda;maka dikirim oleh allah, yajuj dan majuj; mereka turun dari tempat tempat yg tinggi. barisan depan mereka melalui danau tibris , lalu mereka minum air danau itu sampai habis. kemudian barisan terakhir lewat pula disitu , lalu mereka berkata: ‘’sesungguhnya disini dahulunya pernah ada air…….
yahudi zionis yg bermastautin di israel sekarang ni sememangnye adalah keturunan yajuj dan majuj . seperti berhubung kait dengan hadis rasullullah saw tentang keringnya tasik itu diminum oleh kaum yajuj dan majuj , sehinggakan tasik itu mengering….
allahuallam
21 SKYBOYZZZ // Nov 19, 2009 at 5:35 pm
TOLONG JLAS KAN APA YG UMAT ISLAM D SLURUH DUNIA PRLU BUAT UNTUK MNENTANG YAHUDI DAN SKUTUNYA
22 kisho.a.k.a.serizawa tamao // Nov 20, 2009 at 12:43 am
“Berpegang teguhlah kamu dengan ucapan “LAAILAAHAILLALLAAH” dan “ISTIGHFAR”.”
23 AMNM // Nov 30, 2009 at 2:30 pm
Betul tuh….pertama sekali kita harus melakukan pemulihan kerohanian, banyakkan zikrullah, solawat dan bersedekah…..
Seterusnya kita harus bersedia untuk melakukan “full disconnect” daripada sistem Matrix Dajjal ini….Sheikh Imran Hosein kerapkali mencadangkan konsep self sustaining Muslim Village di serata dunia….
Islam bermula dalam keadaan Ghareeb - pelik, dan ia akan kembali menjadi pelik di mata kebanyakan orang….
24 lokman // Dec 12, 2009 at 9:36 am
dajjal=merlin the shaman=tamadun maya=shi huang di=nostradamus=2012????ape kaitan ni sume….????
25 kucingmiaw // Jun 29, 2010 at 11:04 am
betol kate lokman…
aku pon tak paham ape maksud di sebalik apa yg dia ckp tu..
yg aku tau cume merlin ahli sihir tu je psl kdg2 aku pun tengok cite merlin kat tv3 tu..hehe..ayah aku pun join.. tapi tu sblum aku tau yg sbnarnye merlin tu ahli sihir jelmaan DAJJAL!
aku bace kat WorldofIslam.ning.com
mmg banyak giler lah cite sal Dajjal nih..
Leave a Comment