Dajjal: The King of the World Conspiracy

Blog Konspirasi Malaysia

Dajjal: The King of the World Conspiracy header image 2

Yahudi Orthodoks Dan HDTV

October 5th, 2008 · 8 Comments · Yahudi Orthodoks

oleh Ibnuyaacob

Yahudi Ultra-Orthodoks di Israel amat bersungguh-sungguh dalam menghalang komuniti mereka dari terpengaruh dengan sebarang elemen yang boleh menyebabkan gejala sosial.

Berikut ialah kempen iklan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Hassedic di Israel untuk mengelakkan komuniti mereka dari melanggan channel HD yang dikeluarkan oleh syarikat YES.

Di bawah ini adalah lirik yang dinyanyikan oleh mereka. Ia bercampuran bahasa Inggeris dan Hebrew.

(Rabbi speech)
Be warned holy land
of the hi definition
go out and erase this “toeivah”

Oy Vey, the “toeivah” is here
He said Oy Vey
now the detail’s so clear
YES brought HD
Groise Tate please help
It’s a “broch” this HD on YES

Gevald it’s Sedom and Gemorah
HDTV… it’s against the torah
HDTV… oy vey vey vey vey
Now the shikses look well
you will all go to hell
Or in Hebrew Yishmor HoKel

Cause the HD is now on YES

Maksud beberapa perkataan di atas

  1. Toeivah = dosa
  2. Oy Vey = Oh tidak!
  3. Groise Tate = Tuhan Syurga
  4. Broch = sejenis tembok besar yang tinggi yang diperbuat dari batu-batu. Ia adalah gelaran bagi dinding tembok bagi kota-kota lama zaman dahulu.
  5. YES = nama sebuah syarikat televisyen satelit di Israel
  6. Gevald = ia adalah perkataan seumpama doa yang disebutkan oleh penganut Judais untuk meminta diri dilindungi oleh Tuhan Yahweh mereka. Contohnya, penganut Islam apabila ingin memohon dijauhkan sesuatu bala kita akan menyebut satu kalimah sahaja iaitu Na’uzibillah. Bagi penganut Judais mereka menyebut Oy gvauld atau Gevald atau gvauld.
  7. Sedom and Gemorah = ianya nama bagi dua buah bandar zaman Nabi Lut. Disebut juga sebagai Sodom & Gemorra, merupakan kisah kaum Bani Israel di perkampungan Sodom & Gemorra yang menerima bala tuhan . Kisah ini disebut dalam Taurat, Injil dan Al-Quran.
  8. Torah = Taurat (Kitab Taurat)
  9. Shikses = adalah sejenis Kata Nama (noun) dan jamak kepada Shikse. Ia adalah gelaran kasar kepada perempuan Yahudi yang suka melanggar peraturan agama Judais. Perkataan shikses biasanya hanya digunakan dikalangan Yahudi Orthodoks sahaja untuk menghina perempuan jenis ini.
  10. Yishmor Hokel = Tuhan selamatkanlah kami!

Mengapa kempen ini timbul?

Bukan semua Yahudi bersetuju dan bersependapat dengan Zionist. Kelompok Zionist di Israel dikenali sebgaai kelompok Yahudi Sekular yang dikira sebagai perosak kepada agama Judais dan kesucian Taurat dan Talmud. Memandangkan kelompok Zionist adalah kelompok majoriti, maka pengamal sejati agama Judais menetap di daerah-daerahnya sendiri.

Kelompok pengamal tulen ini digelar sebagai Yahudi Orthodoks atau Ultra-Orthodoks. Mereka berpegang teguh dengan fatwa-fatwa Rabbi (Paderi) mereka. Golongan Orthodoks ini berpendapat kesucian agama dan budaya Yahudi hanya dapat dijaga jika kelompok orthodox tidak bergaul dengan Zionis.

Kempen ini bertujuan menentang penjualan HDTV di Israel khususnya daerah-daerah yang didiami oleh Yahudi Orthodoks. Bagi mereka, kualiti resolusi yang melampau daripada televisyen boleh memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak, remaja lelaki dan perempuan.

Yahudi Orthodoks juga menganggap membeli dan melihat HDTV adalah suatu dosa besar menentang kesucian kitab Taurat. Mereka bimbang kemudian hari kelak anak-anak muda komuniti Yahudi Orthodoks tidak lagi berminat belajar kitab taurat di Synagogue (kuil Yahudi).

Mengenai Syarikat YES

YES adalah sebuah syarikat perkhidmatan televisyen satelit di Israel seperti mana Astro jika di Malaysia. Ianya ditubuhkan pada 1998 dan biasanya lebih dikenali sebagai D.B.S Satellite Service. Namun begitu, siaran yang disediakan tidaklah sebanyak ASTRO.

Setakat ini, YES hanya menyediakan 5 siaran satelit iaitu YES Star HD, National Geographic, MGM HD dan Sport 5. Sebelum Oktober 2008, YES telah melancarkan 4 siaran baru iaitu

  • yesSTARS
  • yesWEEKEND
  • yesREAL
  • Summer Nights

Malangnya semua siaran ini terpaksa dibatalkan di Israel atas sebab-sebab dikatakan melanggar peraturan Taurat dan mengandungi hiburan yang melampau.

Wallahu’alam…

P/S : Di Malaysia rancangan hiburan dari Subuh hinggalah ke tengah Malam. Bicara Mufti yang penting itu diletakkan pula di tengah malam. Walaupun ada rancangan agama tetapi 80% siaran setiap hari dipenuhi hiburan maksiat percampuran lelaki dan wanita. Tidak cukup dengan itu, dimasukkan lagi dalam akhbar harian setiap hari. Paling menyedihkan isu hiburan dan artis diberi pula edisi khas bersaiz kecil pada hari tertentu lebih dari 12 muka surat walaupun majalah-majalah hiburan telah bertimbun-timbun di pasaran.

Tags:

8 responses so far ↓

  • 1 castro // Jun 22, 2009 at 8:25 am

    Jika di kaji mmg betul, media seperti Televisyen adalah perkara yang berbahaya selepas Bom Atom. Pengaruh psikologinya amat kuat, dan ini sudah di ketahui barat sejak awal lagi, sebab itu produk2 mereka, ideologi2 mereka laris seluruh dunia. Kaedah penjajahan ini tidak di sedari, dan masyarakat kita terima dengan tangan terbuka, sehingga tidak boleh hidup tanpa TV. Untuk menakluk dunia, barat mesti lah berkomunikasi, dan ‘mencapai’ orang2 di serata dunia, oleh itu Televisyen menjadi medium mereka. lihat gejala2 yang berlaku di malaysia skrg apa yang di tonton di TV, internet, Telefon bimbit sudah biasa berlaku di luar…. dan sebab itulah Televisyen menjadi salah satu alat ciptaan terawal barat……… Fikirkan….

  • 2 admin jalansufi.com // Jul 25, 2009 at 8:05 pm

    Malaysia lagi teruk dari negara Yahudi…

    Hiburan dimana2……

    Negara mana yang lagi Yahudi? Malaysia atau Israel?

  • 3 hearthief // Jul 26, 2009 at 9:28 am

    Salam…jika sesiapa yg ikut yahudi laknat,jadi r die yahudi laknat,2 je…akhir zmn nie sedikit2 org ramai dh ikut yahudi laknat sampai kt lubang cacing…ckit2 lme2 jd bukit tau…….aku menyeru kamu semua dengan kalimah LAILAHAILLALLAH!
    Bentengi diri kamu semua dengan kalimah tertinggi ini.Dengan kalimah ini juga ALLAH menjanjikan syurga untuk Muhammad s.a.w.,
    sesungguhnya janji ALLAH hampir-hampir tiba,
    Mereka menunggu dan katakanlah,”Aku juga menunggu.”

  • 4 perjuangan // Jul 28, 2009 at 5:00 pm

    umat islam harus kembali kpd ajaran dan cara Islam.

  • 5 Hafiz // Aug 20, 2009 at 4:15 pm

    Umat Islam harus contohi Yahudi Orthodox ini dengan mepraktikan ajaran Islam dengan taat sebagaimana Yahudi orthodox ini mempraktikan agama mereka.

  • 6 mohammad // Dec 9, 2009 at 4:07 am

    nk tanya la…
    yahudi orthodox yg mgamalkan taurat skarang ni adakah mereka tergolong dalam ahli kitab???

    yer la kn…skarang ni kan kitab2 sblum al-Quran spt taurat ni da byk ditukar2 n sesat sama skali spt bible….

    kalo btl yahudi orthodox ni ahli kitab, mknanya kta bole percyakan mreka la kan…????

  • 7 ashaari // Jan 4, 2010 at 6:04 am

    yahudi orthodok ni pun cukup benci dengan agama islam dan nabi muhammad. walaupun mereka bersungguh-sunggh menjaga agama mereka dan mahu hidup aman damai tapi mereka bukan lah ahli kitab. mengikut para ulama yang sah, belum lagi dapat ditemui orang yang boleh dipanggil ahli kitab di zaman ini. kitab pun dah berubah total macammana nak ada ahlinya betul tak?

  • 8 luvIslam // Jun 14, 2010 at 4:20 pm

    lihatlah..yahudi ortodoks sendiri menolak mentah2 hiburan dari israel di tempat mereka.sedang kan di m’sia???mulut sahaja yang mengutuk,mencela zionis.tetapi,dalam diam kita tetap menyokong mereka dengan mengganda-ganda kan hiburan di negara kita ini!
    bkn nak mengata negara sendiri,tetapi sebagai peringatan juga kepada diri ini.hiburan biar berpada-pada..biar lah ia seimbang dgn ibadah kita.malu rasa nya bila mendengar org2 kita di kutuk,,
    kita ini x perlu kan propaganda dari israel untuk memeluk agama mereka,menyokong mereka,jadi seperti mereka..
    tetapi,dgn hiburan yang melata2..
    sudah cukup menjadikan kita sama seperti mereka,,!
    saudara2 ku sekalian,,
    jika diadakan forum agama dan konsert penyanyi terkenal di satu tempat yang sama,cuma dewannya bersebelahan,,
    tentukan mana satu dewan yang akan lebih ramai para manusia berkumpul???
    lu piker r sendiri,,assalamualaikum
    bersamalah kita kembali ke jalan yang benar,,
    kpd rakan senegaraku,
    marilah kita bersama-sama bangkit menentang
    100% pengaruh yahudi di negara yang berdaulat ini..dgn izin-Nya,,

Leave a Comment

Wallhualam

© 2007–2008 Dajjal: The King of the World Conspiracy — SitemapCutline by Chris Pearson