oleh Ibnuyaacob

Buku-buku karangan Muhammad Isa Dawud adalah antara yang terlaris di pasaran berbanding novel-novel cinta, internet bisnes atau genre-genre motivasi. Tetapi jika ia laris, mengapa pula kebanyakan orang khususnya golongan berpendidikan agama menganggap ia sesat.
Jawapannya mudah, buku Muhammad Isa Dawud tidak di letak pada tempat yang betul oleh pengusaha kedai buku. Itu adalah faktor utama yang amat ketara. Namun, masih ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi tanggapan negatif tersebut.
Buku karangan Muhammad Isa Dawud tidak sesat dan langsung tidak menyalahi aqidah umat Islam tetapi karna sebilangan kecil manusia yang membaca dengan emosi tanpa usul ilmu yang mampan telah mendorong penulis konspirasi ini menerima tohmahan dikalangan umat Islam sendiri.
Faktor 1 : Pengusaha kedai tidak tahu kategori sebenar buku MID
Semua tulisan Muhammad Isa Dawud bukanlah kategori buku agama, tetapi ia suatu kategori baru yang tidak diwujudkan (atau tidak diketahui) oleh pengusaha kedai. Semua buku beliau adalah jenis kategori “Konspirasi Antarabangsa” atau “Konspirasi” sahaja.
Buku beliau tidak boleh diletakkan pada bahagian rak agama kerana ia bukan menumpukkan kepada persoalan aqidah, ibadat dan perkara-perkara yang berkaitan. Buku beliau penuh dengan teori-teori dan fakta-fakta sejarah, politik, ekonomi yang cuba digabung jalin bersama fakta Al-Quran, hadith, riwayat sahabat dan pandangan ulama.
Walaupun terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadith di dalamnya, penonjolan perbahasan tersebut tidak boleh dianggap sebagai perbahasan “bercorak agama”. Kita harus bijak membezakan perbahasan “bercorak agama” dan perbahasan yang “dikaitkan dengan agama”.
Perbahasan di dalam buku MID adalah jenis yang “dikaitkan dengan agama” bukannya “bercorak agama”. Perbahasan bercorak agama adalah penulisan yang menghuraikan bab-bab hukum, fardhu ain, muamalat dan segala macam syariat di dalam Islam.
Perbahasan Muhammad Isa Dawud adalah sebaliknya serta berbentuk kajian impresif dan logik. Kita hanya boleh menolak sekiranya kajian logiknya menghampiri persoalan mempertikaikan aqidah (pegangan). Sehingga sekarang tiada satu pun tulisannya mempertikaikan bab aqidah. Jika ada, sudah pasti bukunya telah diharamkan di Mesir.
Apabila MID meletakkan cerita-cerita yang berbentuk lagenda, mitos Greek dan pelbagai lagi manuskrip-manuskrip kuno di dalam bukunya, pembaca yang kurang faham akan terus melabel buku tersebut sebagai ‘melampau’ atau ‘sesat’ atau ‘haram’. Kami percaya si pembaca yang melabel secara membuta-tuli sedemikian tidak membaca secara kritis dan kemungkinan hanya melangkau-langkau muka surat.
Namun begitu, sekali lagi ingin ditegaskan kategori yang sesuai untuk buku Muhammad Isa Dawud ialah Konspirasi.
Faktor 2 : Kebanyakan pengusaha tidak membaca buku
Semua pengusaha atau pekerja yang bekerja di kedai buku dijamin tidak membaca semua buku yang ada. Mereka hanya dilatih untuk memahami cara menyusun mengikut nama penerbit berdasarkan rak-rak yang sedia ada. Mana mungkin mereka hendak membaca keseluruhan isi semua buku. Itu adalah kerja bakal pembeli untuk menilai kateogri buku tersebut. Jika pembeli meletakkan penilaian negatif sebelum membaca, buku itu akan dianggap negatif faktanya dan begitulah sebaliknya.
Faktor 3 : Menyusun buku mengikut majoriti genre penerbit
Kami mendapati pihak pengusaha kedai buku kebanyakan menyusun buku-buku mengikut penerbit buku tersebut. Sekiranya penerbit buku itu mengeluarkan 90 peratus buku agama, maka kemungkinan buku-buku yang lainnya akan dianggap sebagai buku agama tambahan pula pengarangnya adalah berbangsa Arab.
Walaupun buku-buku terbitan Pustaka Syuhada banyak berkaitan agama tetapi 5 peratus buku terbitannya adalah berkaitan masalah politik antarabangsa dan konspirasi. Buku di dalam lingkungan 5 peratus itu pula ditulis oleh pengarang berbangsa Arab. Mungkin disebabkan tidak menitik beratkan genre buku, maka pekedai buku menghimpun sekali gus semua buku terbitan Pustaka Syuhada untuk tujuan memudahkan pemeriksaan stok.
Kesannya, adalah kepada pembaca dan pencari buku. Pembaca tidak tahu semua susunan di kedai buku adalah untuk memudahkan pekedai buku membuat pemeriksaan stok dan audit. Tetapi bagi pembaca pula, semua susunan pekedai buku adalah ‘diyakini’ tepat lagi dipercayai.

Faktor 4 : Menyusun buku kerana pengarangnya Arab dan mempunyai ayat Al-Quran
Kesilapan teknikal yang berlaku di peringkat penerbitan, pengkategorian dan penyusunan pada sesuatu buku secara tidak langsung memberi impak pemikiran kepada golongan pembeli. Bagi yang tidak meneliti dan cepat melatah maka satu tanggapan negatif akan muncul kepada penulis buku tersebut.
Inilah yang berlaku kepada buku Muhammad Isa Dawud. Kesemua bukunya, diletakkan di bahagian rak kategori agama, maka pembeli akan mengandaikan ini buku berkaitan ilmu agama. Pembeli buku sendiri sebenarnya ada pelbagai kategori;
- Pelajar sekolah
- Pelajar universiti pelbagai jurusan
- Guru atau pensyarah pelbagai jurusan
- Orang awam biasa
Bagi pembeli yang berlatar belakang agama contohnya, guru agama. Mind-set mereka sudah menetapkan bahawa buku di rak agama adalah buku agama. Sedangkan, pengusaha buku pula menyusun buku mengikut tajuk, kemudian tajuk itu dibuat pertimbangan sendiri tanpa bertanya kepada penerbit.
Apabila pembeli melihat di rak-rak buku agama ada buku-buku yang membuat teori sendiri tentang akhir zaman, maka penulis buku akan dipersalahkan tetapi tidak pula pengusaha kedai buku. Sedangkan pengusaha kedai buku yang silap meletak buku.
Sesetengah pekerja kedai buku pula mengkateogrikan buku setelah membelek-belek secara sepintas lalu setiap helaian buku tersebut. Jika didapatinya ada ayat-ayat Al-Quran maka secara automatisnya buku itu dianggap buku agama. Tambahan pula jika pengarangnya berbangsa arab.
Pengarang Arab walaupun tidak berlatarbelakangkan pendidikan Islam formal, mereka gemar memasukkan ayat-ayat Al-Quran, hadith atau pandangan ulama di dalam tulisan mereka tidak kira dalam apa bidang sekali pun. Ini kebiasaan bagi mereka kerana bahasa Arab adalah bahasa mereka. Ayat-ayat Al-Quran sememangnya sudah dihafal dari kanak-kanak lagi dan tidak semestinya tukang sapu sampah di sana tidak boleh berhujah menggunakan ayat-ayat Al-Quran.
Orang Arab bila bercakap sememangnya suka menyebut-nyebut nama Allah seperti Alhamdulillah, masyaAllah, na’uzubillah dan sebagainya walaupun ada yang berperangai lebih teruk dari Botak Chin. Ini adalah budaya percakapan orang Arab yang perlu difahami.
Masyarakat tidak tahu bahawa di Universiti Kaherah, Mesir terdapat ramai pensyarah-pensyarah Arab Kristian yang mampu menghafal Al-Quran. Nama mereka sama dengan kebanyakan orang Islam, mereka juga menyebut Allah untuk panggilan tuhan mereka.
Mentaliti kebanyakan pengusaha kedai buku pula apabila terpandang nama Arab yang berjela-jela panjang akan terus menganggap buku itu buku kategori agama.
Semua buku keluaran Pustaka Syuhada adalah berkaitan Islam, tetapi tidak semua boleh dianggap kitab. Ada antaranya berbentuk perbincangan isu semasa.
Faktor 5 : Pengaruh Perkataan “Syeikh” dan Nama
Nama Muhammad Isa Dawud tidak mempunyai pangkal gelaran “Syeikh” di hadapannya. Oleh itu, ia sedikit sebanyak menyumbang kepada sikap berani orang-orang yang anti-konspirasi mempertikaikan semua penulisan dan kajian beliau.
Bukan itu sahaja, pangkal perkataan Muhammad, Isa dan Dawud juga adalah nama yang sinonim dengan orang Melayu. Ramai orang Melayu Islam yang mempunyai nama sedemikian. Masyarakat kita banyak mempunyai nama yang sedemikian.
Orang Melayu amat menghormati nama-nama bersifat Timur Tengah. Jika kitab tersebut dikarang oleh ulama’ Malaysia (khususnya yang kurang terkenal) mungkin penilaian positif adalah kurang tetapi jika diletakkan nama Syeikh itu Syeikh ini maka jualan akan meningkat. Ini adalah hakikat perniagaan.
Cuba kita bayangkan seketika nama Muhammad Isa Dawud diubahsuai seperti berikut;
“Syeikh Muhammad Isa Dawud” atau “Syeikh Muhamed Isa ad-Dawud al-Fayyum”
Kami yakin dengan hanya penambahan perkataan Syeikh sahaja pembaca akan mempercayai segala apa yang ditulis sebelum buku itu dibaca.
Nama memang memberi pengaruh besar kepada pembaca, sebab itulah apabila ada penulis-penulis baru ingin menceburi dunia penulisan maka kebanyakan penerbit akan cuba mencadangkan nama pena yang sesuai dengan genre penulisannya. Nama boleh mempengaruhi pembeli, dan penerbit tidak mahu menanggung kerugian kos penerbitan hanya disebabkan nama pena yang tidak sesuai.

Namun begitu, Muhammad Isa Dawud bernasib baik kerana penerbit Pustaka Syuhada meletakkan penerangan tentang tajuk asal buku nama penterjemah buku asal. Penerangan yang berada pada muka surat hadapan sedikit sebanyak menyelamatkan pasaran jualan buku Pustaka Syuhada.
Faktor 6 : Pengaruh kulit buku terhadap minda pengkritik
Kami secara ikhlas mengatakan kulit buku yang direka oleh penerbit Pustaka Syuhada terhadap buku Muhammad Isa Dawud langsung tidak sesuai dan tidak mencerminkan ketinggian nilai fakta yang terhimpun di dalamnya. Walaupun ia laku, tetapi ia laris kerana tajuknya bukan kerana kulitnya. Dalam amalan bisnes buku, tajuk buku Muhammad Isa Dawud telah menyelamatkan jualannya.
Kulit buku tulisan Muhammad Nurani Maarif adalah sesuai dan dikira selamat kerana tidak diletakkan gambar-gambar wajah hantu di hadapannya. Ini membuatkan bukunya cepat laris dan kemungkinan sudah sekarang akan masuk cetakan kedua.
Faktor 7 : Pembaca tidak membaca secara kritis
Maksud tidak membaca secara kritis ini ialah membaca secara langkau muka surat. Kami yakin tidak ramai pembaca yang mahu membaca tulisan Muhammad Isa Dawud satu persatu. Tulisan beliau memang meleret-leret sehingga pada satu ketika kita terlupa di mana tajuk yang kita berada.
Orang Arab memang gemar menulis begitu tambahan golongan berpendidikan tinggi. Lihat sahaja buku-buku politik mereka, pelbagai cerita dimasudkan hanya untuk menjadi dalil kepada sesuatu fakta yang tidak pun sampai 20 perkataan. Kadang kala dalil-dalil untuk melebihi 10 muka surat.
Pembaca yang bosan akan mudah melangkau muka surat. Apabila habit sebegini kerap dilakukan maka akan berlaku ketinggalan sebahagian fakta kukuh yang menghujahkan sesuatu teori. Akibatknya, pembaca akan bertanggapan kajian Muhammad Isa Dawud tidak logik, menyeleweng dan paling menyedihkan adalah tidak berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadith. Sedangkan dengan jelas setiap teori yang dikemukakan Muhammad Isa Dawud adalah berdasarkan hadith sahih dan ayat Al-Quran.
Perkara ini juga berlaku kepada artikel-artikel kami yang terdahulu. Antara artikel yang menerima kritikan ialah “Konspirasi Selsema Babi terbongkar”. Pada suatu ruangan forum kami dapati pembaca mengkritik artikel tersebut tidak berasaskan fakta. Sedangkan dengan jelas lagi terang bahawa di dalam artikel itu terdapat tarikh-tarikh akhbar, nama individu dan organisasi yang terlibat.
Kami simpulkan bahawa pengkritik-pengkritik tersebut tidak membaca keseluruhan artikel, kemungkinan hanya membaca tajuk.
Cadangan
Buku-buku konspirasi perlu di letak di bahagian hujung rak buku-buku agama dan diletakkan tajuk ‘Konspirasi”. Atau persatuan penerbit-penerbit buku perlu mewujudkan satu genre baru untuk buku-buku ini kerana perbincangan buku konspirasi sangat luas dan meliputi seluruh bidang ilmu.
Buku kategori agama harus dipecahkan kepada 3 kategori lagi, kitab, politik Islam, ekonomi Islam, isu semasa dan novel Islami. Walaupun tidak mungkin para pekedai buku berbuat demikian tetapi itulah hakikatnya yang perlu diterima oleh masyarakat dan penulis buku konspirasi.
P/S : Artikel ini dibina untuk peminat-peminat tulisan Muhammad Isa Dawud berhujah dengan golongan pembaca yang menganggap buku karangan MID adalah sesat. Jika ada yang mahu berhujah dengan anda, cetaklah artikel ini untuk diperdebatkan. InsyaAllah, diharap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu menjernihkan keadaan tegang di dalam mempersoalkan pemikiran orang lain. Ingatlah, berhujah bukanlah untuk menjatuhkan maruah seseorang, berhujah bermakna menegakkan kebenaran dan menolak fitnah.
(sumber gambar : universitipts.com)

32 responses so far ↓
1 muaz // Sep 13, 2009 at 9:33 am
masalahnya skrng…. apakah penyelsaian kpd isu ini???
2 Jentayu // Sep 13, 2009 at 8:39 pm
Kitab-kitab karangan HARUN YAHYA juga harus di beri perhatian.
3 mann_bravo // Sep 14, 2009 at 12:33 am
aku dah baca buku MID nih .. pasal “dajjal akan muncul di segitiga bermuda” …
basically … byk maklumat diperolehi … sekarang adalah masa untuk mecari lagi maklumat maklumat tambahan … kerana ia menyedarkan kita tentang bahayanya dajjal di muka bumi ini …. tak rugi membelinya, seperti kata author … buku ini menimbulkan persepsi kepada para masyarakat, mungkin buku ini akan dianggap sains fiksyen atau mengarut .. tetapi mungkin tidak kepada mereka mereka yang ingin mencari ilmu, seperti bagaimana peristiwa 9/11, ramai orang mula mencari kebenaran.
dan alhamdulillah .. kerana jiwa & perasaan aku jarang terarah kepada majalah hiburan …
4 anonym // Sep 14, 2009 at 2:03 am
penyelesaiannya cukup mudah…klo minat teruskan membaca dan tanamkan sifat inkuiri ilmu yg objektif. barulah tpapar kewibawaan ilmu dan ikhtilaf pun jadi rahmat.
klo tak suka jangan baca, klo diteruskan membaca jg maka hanya menambah hura hara akhir zaman dan hanya menjadikan ikhtilaf itu suatu fitnah..sbb org2 sebegini “rata-rata” taksub dgn hujah sdiri dan bpemikiran jumud. main pukul sekali harung tanpa usul periksa yg kritis.
tkasih kpd MID dan Ibnyaacb sbb hurai2 hal ehwal konspirasi apatah lg yg bkaitan dgn ancaman thdp umat islam. dah namanya konspirasi, klo minda jumud mmg tak bleh masuk jg dan tak kan faham apa yg d bincangkn.
5 Israel's Enemy // Sep 14, 2009 at 12:53 pm
Masalahnya sekatang. Kat mana aq nak dapatkan buku-buku tuh.
Ade sesape yang leh bagi tau kat mana aq boleh beli secara online???
6 huRAIRAH // Sep 14, 2009 at 3:50 pm
aku pun bukannye banyak ilmu2 agama, tapi bila baca buku karangan MID, sebanyak 3 buku karangan dia aku da baca mcm dialog dgn jin isla, or dajjal muncul dari segitiga bermuda.
lepas aku baca, aku rasa mcm aku baru bangkit dari tido.
aku mula cari lebih banyak fakta pasal strategi dajjal dan ejen2nya. da terbukti benar, selama ni mereka telah ‘menidurkan’ umat islam dgn cara brainwash pemikiran umat manusia terumanya umat islam sejak dari kecil lagi.
dari rancangan hiburan mereka seperti kartun, movie dan sebagainya telah membuatkan kita sukar membezakan yg mana benar dan yg mana salah, yg mana halal dan yg mana haram.
mereka membuatkan pemikiran kita bercelaru!
7 sesat // Sep 15, 2009 at 9:27 am
ente memang jenis suka sesatkan orang dan suka kata orang lain yang suka menyesatkan orang.
ente aje yang betul….
ngong.
8 zam // Sep 16, 2009 at 4:55 am
pada mulanya bila melihat buku MID ni,saya rasa kurang brminat dan xingin ambil tahu lngsung tntang dajjal ni..
kebetulan ketika tu sy brkerja diKedaibuku,apabila sy cube membelek utk kali yg ke 2 dn ke 3..sy mula trtarik dan terus berminat.
sy bagaikan tersedar dari “lena” apabila membaca buku ini,dgn kajian2 dn huraian2nya..
cuba baca dn renungkan dlm2 segala isi kndungan serta kajian yg dibuat oleh Muhammad Isa Dawud..
9 aku // Sep 16, 2009 at 5:22 am
apakata..kalu disetiap muka belakang kulit buku semacam tulisan MID ini terus je diletakkan ktegori nya….contoh:tuliskan (buku ini berkaitan kospirasi)tulis la besar2….klau mcm ni mungkin memudahkan kerja pekerja kedai buku dalam mengkategorikan buku2 malahan pembeli(pembaca) juga tidak keliru……..mustahil lah pembeli buku x baca perkataan pertama dibelakang kulit depan buku……
10 mazlanmd // Sep 16, 2009 at 5:30 am
lebih 10 thn dulu aku dh baca buku2 dia.. Berdialog dgn jin islam dan Dajjal akan muncul dari kerajaan Segitiga bermuda…. kesannya sampai sekarang terasa.. sbg contoh dlm salah satu buku tu ada menceritakan pasal teknologi Jin/Dajjal pada masa tu… iaitu pasal screen tv yang senipis cermin.. rupa2nya skg muncul tv LCD, PLasma dan terbaru OLED..
11 nabila // Sep 16, 2009 at 5:43 am
to israel’s enemy,
buku tu byk kat mph (mid valley)..
mmg tak rugi beli..
12 mazlanmd // Sep 16, 2009 at 6:29 am
Cuba carik kat Jln TAR.. sana byk kedai buku… Dulu beli dkt pasar malam jer.. :D..
13 mann_bravo // Sep 16, 2009 at 7:08 am
masa solat jumaat tuh .. kekadang ada juga gerai jual buku agama ….. elok aaa cari kat situ …
kalau beli kat jalan tar .. ok juga, tetapi bila terjeling ke majalah “lain” kang …. hahaha …. cmana ya ?? ….. banyak godaan tuh …
cool aaa bro … saja bergurau, apapun .. beli bro ….
14 neo // Sep 17, 2009 at 6:13 am
aku antara pembaca setia buku2 isa dawud (MID)..
yg latest aku beli ketiga2 siri pasal imam mahdi tu..
yg aku rasa macam agak sinis, bila MID mengagung2kan bangsa mesir (arab) sebagai bangsa utama di akhir zaman..
semua tahu yg Israel pandang sebelah mata dgn org2 Arab. Mesir pun penah kalah perang dgn Israel. Bangsa Arab tiada kredibiliti di mata org2 pro zionis. Org palestine bagai di rogol di depan mata, tapi bangsa arab tiada maruah n buat tak kisah, siap bersekutu dgn Israel menzalimi palestine..
MID terlepas pandang untuk mengulas satu2 nya pengkalan tentera di luar bumi Israel di dunia ni, iaitu di Singapore ! Apa tujuannya pangkalan tentera yahudi di Nusantara ni? ker MID tahu, tapi buat2 tak tahu utk sama2 menyimpan rahsia besar kebangkitan Islam akhir zaman?
mungkin otai2 boleh komen sket..
15 zwan // Sep 21, 2009 at 12:44 am
neo // Sep 17, 2009 at 6:13 am
aku antara pembaca setia buku2 isa dawud (MID)..
yg latest aku beli ketiga2 siri pasal imam mahdi tu..
yg aku rasa macam agak sinis, bila MID mengagung2kan bangsa mesir (arab) sebagai bangsa utama di akhir zaman..
semua tahu yg Israel pandang sebelah mata dgn org2 Arab. Mesir pun penah kalah perang dgn Israel. Bangsa Arab tiada kredibiliti di mata org2 pro zionis. Org palestine bagai di rogol di depan mata, tapi bangsa arab tiada maruah n buat tak kisah, siap bersekutu dgn Israel menzalimi palestine..
MID terlepas pandang untuk mengulas satu2 nya pengkalan tentera di luar bumi Israel di dunia ni, iaitu di Singapore ! Apa tujuannya pangkalan tentera yahudi di Nusantara ni? ker MID tahu, tapi buat2 tak tahu utk sama2 menyimpan rahsia besar kebangkitan Islam akhir zaman?
mungkin otai2 boleh komen sket..
reply:
rasanya…utk pengkalan tentera israel di singapore tu…mybe untuk persediaan zionis menghadapi kebangkitan pejuang2 dari nusantara satu masa nanti*
*sekadar teori
16 cia // Sep 25, 2009 at 2:45 pm
MOGA ALLAH SWT MERAHMATI KAMU DAN KELUARGA KAMU………………………
17 ahmad // Sep 30, 2009 at 5:15 am
dalam teori konspirasi kemungkinan juga MID antara org yg terlibat dgn kemunculan Dajjal…coz byk filim2 barat berkaitan konspirasi dimana org yg disangka kawan rupa2 musuh?!! org yg tak disangka2 mcmna?!!
18 AHMADI54 // Sep 30, 2009 at 3:13 pm
OCLC, LCC, LCSH, MARC21
19 ahmad_jaiz // Oct 6, 2009 at 4:41 am
ahmad,
Ko ni asyik2 tak disangka2, tak disangka2, tak disangka2.
Camna klu aku buat teori ko ni tak disangka2 rupanya agen Illuminati.
Camna?.berteori tu boleh tp jgnlah plak sampai tak logik dan merapu. Itu namanya berleter bukannya teori.
20 didi // Oct 15, 2009 at 3:28 pm
skrg ni memg byk buku2 mengenai kemunculan dajjal.yg terbaru keluaran penerbitan hijjjaz records production.agak menarik tp belum berkesempatan utk membacanya..erm,geram betul aku tgk buku2 ni sume..apatah lg bila ada pameran n jualan buku,Ya Allah,terujanya!tgk la bila aku de duit byk nnt..aku borong satu kedai!!
21 didi // Oct 15, 2009 at 3:29 pm
oo..lupe.tjuk buku tu kalau xsilap;membongkar misteri dajjal..cuba korg tgk kt kedai..
22 aisya iasya // Oct 17, 2009 at 2:22 pm
Hmmm Setuju, saya baca Buku2 Muhammad ISa dawud & Harun Yahya… buka minda & celikkan apa yang tertidur, gerakkan minda kritis…
23 AMNM // Nov 1, 2009 at 3:37 pm
Hmm, bersangkutan dengan pengkalan di Singapura, apa komen tuan2 pada pendapat seorang brother di wakeupproject forum yang menggunakan karangan MID berkenaan Dajjal dan berpendapat bahawa pulau dimana Dajjal pernah digari itu adalah sebuah pulau bernama Diego Garcia di Lautan Hindi….
http://www.wakeupproject.com/forum/viewtopic.php?f=12&t=9637
rujuk pada post yg terakhir…..
Diego Garcia adalah sebuah pengakalan milik British yang menempatkan markas tentera udara Amerika terbesar di luar negara Amerika. Kat sini kita boleh jumpa semua pesawat pengebom strategik Amerika…termasuklah pesawat B2 Stealth Bomber….
Jika kita lihat kedudukan pulau, ianya sangat strategik dan memberi kedudukan untuk mengawasi sebahagian besar dunia Ummat Islam dari Nusantara, Timur Tengah hinggalah ke Afrika!
24 delic // Dec 2, 2009 at 9:37 am
buku dr hijjaz record tu..well…well…dia mcam bg ulasan buku MID jer
25 buteng // Dec 2, 2009 at 3:38 pm
pada pandangan korang semua la kan, memang lak tak terjangkau dek fikiran kita..tapi bila tibanya dajjal nnti, bila dia sebarkan fitnah tu semua kan, bahasa apa eh dia guna, dan kenapa bangsa2 penymebah dajjal ni suruh kita guna english sbgi bahasa pengantara?? nak kasi kita tinggalkan bahasa al-quran ke??
sory la menunjukan kebodohan ak kat soalan ni, tiba2 terpikir plak..
Allah lebih mengetahui
26 lina // Dec 11, 2009 at 9:02 am
ye lah.. bwu terfikir.. bahase pe die gune..
hurm.. wallahualam..
27 mamat // Dec 27, 2009 at 9:30 am
sebenarnya aku dah beli ketiga2 buku tulisan MID lebih kurang 10 tahun yang dulu dan masih tersimpan baik di rak buku.
Antara buku yang paling menarik minat aku pasal berdialog dengan jin islam.. honestly aku bukan ambil patah demi patah tulisan yang dikarang ..apa yang aku ambil tentang konsep iblis, jin dan syaitan tu sendiri..lepas membaca buku pasal jin ni..baru aku nampak perkara sebenar kenapa islam melarang manusia berhubung atau menjadikan jin sebagai sahabat…kedua buku ini menjadikan aku lebih dekat dengan Allah sebab dalam buku ni mereangkan perbezaan antara manusia dan jin tu sendiri……macam mana kita mengelakkan dari pada pengaruh jin ..
aku tak pasti dengan pendapat orang lain tapi..buku dari MID ni..mmang memberi kesan positif kepada aku dan keluarga aku…
28 ashaari // Jan 4, 2010 at 6:50 am
pada pandangan kami, MID boleh diragukan. selidik penggunaan nama Muhammad= islam. Isa= Islam/kristian. Daud= Islam/yahudi/sebahagian kristian. ditakuti telah diselitkan unsur2 islam liberal didalam penulisannya spt Harun Yahya. sperti mana lagu-lagu ada pengaruh bawah sedar. pembacaan juga past iada pengaruh bawah sedar
29 nippon // Jan 22, 2010 at 6:21 pm
mid 2 kajian seorg islamlah..
dia mgembara dan btanya dlm dia mcari teks..
bkn sahaja dr bangsanya sdiri ttpi bangsa2 eropah cntohnya dr sweden dmn dia mgatakan muka bumi yg terindah sx ddunia..dsana jg dia mcari maklumat dr masyarakt dsana..apa yg diungkapkn dr pcantuman hadis akal alquran dlm ssua2 pyelesaian masalh adalah tepat..
jk x difikrkn mksdnya adakah kita kan jmpa apa ertinya..
kdng2 jawapannya tdapat pd playaran atau pgembaraan…bkn dlm benak fikir kita di sekeliling kita tp dsa2 tmpat..disi2 mngkn ada jawapannya..
smuanya dlm bnyk gabungan..bknkah Allah bfirman mgatakan bahasa urusan dunia ni manusia lbh tahu..khidupan tdapat playaran dan pgembaraan ddlmnya..
apa yg u all commet kat atas ni pun tepat..
ada btlnyer…mgenai kbangkitan dr timur mngkn dkalangan masyarakt nusantara..
pkara ni pastikn tjadi..sbb kita jer bangsa yg majoritinya umat islam dibenua ini sbb 2 dah standby pangkalan udara disingapore.
tp apa pun karangan isa dawud ni rasanya dah diterbitkan bnyk x.dulu bukunya kuning kini dah hitam..tolong kaji kot ada yg ciplak dan cuba mgaut kuntungan..
haha..apapun bila sampai wak2nya nusantara akn bngn jg bsama mmerangi musuh Allah dr timur dr arah ini.insyallah.teguran pd krajaan jgla bangsa nusantara ni dgn baik jgn abaikn mrk..mrk pnolong Allah sua2 hari nanti..jgn asik bg pd org jer..ni tanah air kita.siapa tuan kita tuan ke diaorg tuan..?
haha ketuanan mlayu…hak mlayu trus layu,yg xde hak pula mdapat harta warisan..jgla bngsa dgn baik..rakyat bgaikn akar mmng ia x klihatan,tp jk ia rosak maka rosakla kseluruhan pokok umpama 1badan tiada kaki..kuatkan mlayu pkuatkan bangsa..ntuk agama dan ngara..
plmbagaan ngara bkn rakyat yg bt tp krajaan..xkn rakyat nk junjung plmbagaan nie sdangkan org yg buat pun xikut low..hehe…
mulai hari ini cubalah berubah..
kita perlukn sgala klengkapan bkn bt bising jer…mgata tp tiada tndakn,krn apa..krn kita lemah..xde apapun cm sebuah kmarahan yg brapi2 tp xtau mana nk tuju..bkn kita xtau musuh kita..tp 2la musuh yg kita nk lawan 2 duitnya banyk…silap2 kite lik ikut tljk dia..
ni bkn pasal duit kkuatan mrk lbh dr 2..slain pgaruh diatas muka bumi nie..blh ke pmimpin dngara ni sayangkn bangsanyer sperti dibrunei lht bangsanya hebatkn..bkn sbb rajanya kaya ttpi dia bkongsi bsama dgn rakyatnyer..sapa mnolak ddunia ni tntng status rakyat brunei yg bprofile tingi.
cuba kita adakan demontrasi mwujudkan yayasan imam mahdi adakah kita akn dterima?ttpi apa kesnya dgn hindraf..
hindraf bngn ntuk agama dan bangsanya ttpi krajaan berikan hak ntuk pmimpinnya
mjd menteri dngara ini..ttpi kwn2ku sangkaan anda skalian adakah kita akn dterima..?
kita jg ingnkan sbuah hak istemewa sprti golongan hindraf..
skrng ni fikirlah kita mngkn gagal dn akn mmerangi kita lbh dr kes hindraf..lhatla musuh dlm diri kita sdiri..tubuhkan yayasan imam mahadi kami nk hak kami.cuba bangun pasti cpt tidonya..nak kata kerajaan malysia ni hindu ka islam..hehe…
30 nippon // Jan 22, 2010 at 6:42 pm
kepala polis dah pecah…
psatuan tdk bdaftar,kmudian mrosakn harta bnda ngara..
dan mburukkn imej dlm ngara pd pandangan luar….ni ke rakyat yg setia mbuat onar..kami xnk pecahkn kpala polis atau mbuat demontrasi scara haram tp kami minta scara baik sbagai sbuah ngara islam dan pmimpinnya yg jg islam.
bkn nk bangkitkn smngat anti pkauman,kami tahu krajaan takut hadapi porak pranda tp kami org yg dbawah sdh biasa hidup susah,rasa terabai jd isu ni sdkt pun x mgentarkan kami..
malah kami nanti2kan hal i2 blaku.
tolongla kami kami brani kami kecil tp bsamngat kental.bila tekanan mlanda dan lbh kuat dan tiada apa2 lg pnolong 2la pybbnya sampai ada yg mgambil jalan singkat dgn mjd pgebom brani mati..mrk jd bgi2 krn tekanan yg dhadapi..jgn tunjk jari myalahkn mrk..
kamikaze kami xtakut mati.dan untuk i2 kami dah lama bsedia.
nak lawan yahudi bknla senang kalahkn dulu musuh dlm selimut.
ada bran bro..
31 sempron // Feb 23, 2010 at 2:39 am
kelab mlm di kl, ” the angels are watching”
http://www.maison.com.my/
32 wolm // Jun 15, 2010 at 4:14 am
Neo
MID terlepas pandang untuk mengulas satu2 nya pengkalan tentera di luar bumi Israel di dunia ni, iaitu di Singapore ! Apa tujuannya pangkalan tentera yahudi di Nusantara ni? ker MID tahu, tapi buat2 tak tahu utk sama2 menyimpan rahsia besar kebangkitan Islam akhir zaman?
Israel takut dengan kebangkitan Bani Jawi
Leave a Comment