Dajjal: The King of the World Conspiracy

Blog Konspirasi Malaysia

Dajjal: The King of the World Conspiracy header image 2

Kuil Yahudi disewakan untuk Solat Taraweh

September 18th, 2009 · 42 Comments · General

oleh Ibnuyaacob

pray_at_synagogue

Setelah mendengar keluhan beberapa jawatankuasa Masjid Virginia tentang ruang yang semakin tidak mencukupi untuk bulan Ramadhan, Rabbi Robert Nosanchuk telah mengemukakan cadangan kepada jemaah Masjid Virginia agar menggunakan synagogue (kuil Yahudi) sebagai masjid.

Pertambahan umat Islam di Virginia, Amerika Syarikat dan ruang masjid yang amat terhad telah mendorong Imam Masjid Virginia iaitu Syeikh Mohamed Magid dan ahli jawatankuasanya bersetuju menerima pelawaan Rabbi Robert agar dapat bersolat jemaah di bangunan Northern Virginia Hebrew Congregation.

Rabbi Robert berpendapat Ramadhan adalah bulan yang mulia bagi umat Islam dan di dalam bulan ini jugalah jumlah pengunjung masjid yang datang beribadat meningkat dengan ketara. Ruang yang terhad di masjid asal mungkin sudah tidak selesa untuk beribadat, jadi mereka memberi inisiatif untuk membantu jemaah masjid Virginia di dalam bulan Ramadhan ini.

ibvisit02

(Gambar) Imam Mohamed Magid (kanan) menerima lawatan Syeikh Ibrahim Muhammad al-Batawy  dari Mesir untuk kuliah pembentangan kitab Ihya Ulumuddin pada Disember 2005.

Menurut Imam Mohamed Magid lagi, masyarakat sering melihat Yahudi-Islam sentiasa berkonflik khususnya di Amerika Syarikat. Mereka mengharapkan cadangan ini boleh mengubah persepsi tentang konflik tersebut khususnya golongan pemimpin-pemimpin politik yang bersifat rasisme.

Hubungan yang baik di antara masyarakat Yahudi-Islam kemungkinan akan menyukarkan pihak-pihak berfahaman rasis ini mengambil kesempatan untuk menabur jarum-jarum perpecahan.

Tahun 2009 ini adalah tahun pertama Masjid Virginia menyewa sebahagian ruang dari synagogue untuk melakukan solat tarawih. Para jemaah masjid mengumpul wang sendiri untuk membayar sewa ruang sembahyang tersebut yang dikenakan USD300 sehari. Solat terawih di Masjid Virginia itu berlangsung antara pukul 9.00 hingga 10.45 malam.

Kesefahaman antara komuniti Masjid Virginia dan synagogue-synagogue kemungkinan akan diperluaskan lagi apabila kedua-dua komuniti tersebut bersetuju untuk menubuhkan satu yayasan persefahaman yang akan membuat lawatan rasmi ke Timur Tengah tidak lama lagi.

Umar Al-Khattab bersolat di Gereja

Di dalam kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, terbitan Darul Ibnu Hazim, ada dijelaskan tentang kisah Saidina Umat Al-Khattab bersembahyang di gereja di Baitulmaqdis.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa umat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

(Kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’)

Persoalan persefahaman antara umat Yahudi-Islam juga bukanlah perkara baru. Di Palestin sendiri, sebelum kedatangan imigran Yahudi Eropah dan pengaruh Zionis, Arab Judais dan Arab Muslim hidup aman dan damai serta sering membantu di antara satu sama lain. Dasar Zionis yang mengamalkan pecah dan perintah (divide & conquer) telah mengubah situasi aman tersebut kepada suasana rasisme yang kronik.

Tambahan pula tahun ini, umat Yahudi beragama Judais akan menyambut sambutan Rosh Hashanah (Tahun baru) pada 21 September 2009 (Isnin). Manakala umat Islam pula akan menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September 2009 (Ahad).

Tempoh puasa yang tamat sebelum perayaan tahun baru Judais ini sudah pasti satu hikmah besar dari Allah dalam membantu perjuangan umat Islam di Virginia meneruskan ibadah solat tarawih walaupun terpaksa membayar wang untuk melakukan ibadat tersebut.

Wallhu’alam …

virginia_taraweh01a

virginia_taraweh02a

virginia_taraweh03a

virginia_taraweh04a

virginia_taraweh05a

Tags: ···

42 responses so far ↓

  • 1 caca // Sep 18, 2009 at 8:10 am

    rasa ragu2 la..

  • 2 efairy // Sep 18, 2009 at 8:53 am

    Bukti kebangkitan Islam. Semakin ramai yang memeluk Islam.

  • 3 FFF // Sep 18, 2009 at 9:12 am

    menampakkan Islam sbg pelopor keamanan.

  • 4 muaz // Sep 18, 2009 at 12:08 pm

    ermmmm… sy rase ar… perkara ni x thn lame @ mungkin ade konspirasi tertentu…. mane mungkin yahudi akan berbaik ngan islam…. rabbi yahudi ni mesti ade perancangan tersembunyi di sebalik kebaikan yg ditunjukanya kpd umat islam virgina

  • 5 mann_bravo // Sep 18, 2009 at 12:57 pm

    sentiasa waspada tuh memang bagus …. tetapi jika author pun kata
    “Persoalan persefahaman antara umat Yahudi-Islam juga bukanlah perkara baru. Di Palestin sendiri, sebelum kedatangan imigran Yahudi Eropah dan pengaruh Zionis, Arab Judais dan Arab Muslim hidup aman dan damai serta sering membantu di antara satu sama lain. Dasar Zionis yang mengamalkan pecah dan perintah (divide & conquer) telah mengubah situasi aman tersebut kepada suasana rasisme yang kronik”

    mungkin ada makna yang tersendiri …

  • 6 hearthief // Sep 18, 2009 at 1:21 pm

    WALLAHUA’LAM

    ape-ape pun,yang paling penting,penyelesaian kepada masalah agama ni adalah “LAILAHAILLALLAH” (Tiada Ilah Melainkan ALLAH)

    kalau semua orang menyeru dan takut (taqwa) kepada Tuhan yang Satu,rasanya takde masalah……

    Daripada ALLAH kita datang,dan kepada ALLAH jualah kita dikembalikan

  • 7 shinchan // Sep 18, 2009 at 3:49 pm

    cuak ….hati yahudi tetap busuk …hati hati ada udang sebalik batu

  • 8 Muhd Ikhwan // Sep 18, 2009 at 10:23 pm

    Saudara/ Saudari

    Caca, Muaz, Shinchan

    jgn sempitkn pemikiran anda,

    bkn sume org Yahudi itu jahat dan x sume org Islam itu baik,

  • 9 mohdnizamhashim // Sep 19, 2009 at 12:06 am

    israelites nih memang dah diketahui sebagai pengikut nabi-nabi terdahulu tapi zionist dan bangsa yahudi khazars yang tak tau asal usul mereka nih lak yang mengaku tanah pelestine tuh milik mereka

  • 10 efairy // Sep 19, 2009 at 6:51 am

    sokong Muhd Ikhwan.

    Yang jahat sebenarnya adalah Zionis. Mereka ni la yg membunuh penduduk Islam Palestin. Ada juga Yahudi Ortodoks yang menentang mereka. Rujuk artikel Ibnu Yaacob sebelum ini tentang perbezaan Zionis dan Ortodoks.

  • 11 Muhd Ikhwan // Sep 19, 2009 at 2:35 pm

    zionis ni mmg da x ingat, sembah tuhan da,

    jgn jd cm diorang,

    kalu kau worang jd cm dia worang, aku x pgl zionis da, aku pgl biawak manis je,

  • 12 anis // Sep 20, 2009 at 2:22 am

    saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada ibnuyaacob dan semua peminat setia blog ini….

  • 13 efairy // Sep 21, 2009 at 3:56 am

    Saya mewakili Free Our Mind Crew ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada Moonmedia Crew dan semua pembaca blog Ibnu yaacon ini. Maaf Zahir dan batin. =)

  • 14 nabila // Sep 21, 2009 at 5:40 am

    saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada ibnuyaacob dan semua pembaca setia blog ini..kapada yg pulang ke kampung halaman masing2,di ucapkan selamat pergi dan pulang..drive carefully.

  • 15 Muhd Ikhwan // Sep 21, 2009 at 5:37 pm

    Salam Aidlfitri,

  • 16 hearthief // Sep 22, 2009 at 8:03 am

    semoga ALLAH menerima amalan kami dan kamu

  • 17 al-Hakim // Sep 22, 2009 at 11:59 am

    tak kira di mana kamu berada
    dan di mana tempat kamu sembah
    jikalau hati tetap bertuhankan Allah S.W.T.
    dan tidak bertentangan dengan Al-Quran dan HAdith…

    BagiQu amalanmu tetap diterima Allah…
    Insya-Allah…

  • 18 mazrie // Sep 22, 2009 at 3:39 pm

    apa apa pun jgn lupa ayat quran ni.. bermaksud ” tidak sekali-kali akan redho kepada kamu orang-orang yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikut mereka” wallahu a’lam..

  • 19 mann_bravo // Sep 24, 2009 at 12:48 am

    Mungkin ini akan memberikan sedikit “info” kepada para pembaca . Saya ambil dari laman
    “http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=10870&Itemid=99999999″

    Bersama Dr Haron: Semua agama langit sahih mulanya
    Dato’ Dr Haron Din
    Fri | Nov 16, 07 | 2:54:18 pm MYT

    SOALAN: Sering disebut dan diulas dalam majlis ilmu tentang agama-agama langit, dikatakan ada tiga dan kekal hingga ke hari ini iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam. Soalannya mengapakah agama langit daripada Allah Yang Satu, berbeza-beza, berlainan antara satu sama lain manakala pengikutnya bermusuhan sesama sendiri. Mohon Dato’ perjelaskan? - MOHD DANIAL HARUN, Petaling Jaya

    JAWAPAN: Agama langit disebut dalam istilah Arabnya, al-adyan as-samawiyyah, yang bererti agama-agama langit.

    Ia adalah istilah keagamaan yang dirujukkan kepada Allah, yang diturunkan kepada manusia, berasaskan kepada wahyu yang sahih pada mulanya. Ia diturunkan kepada rasul-rasul yang dilantik Allah, untuk menerima dan menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia tanpa ditokok dan ditambah.

    Mengamal kitab-kitab Allah SWT memang ada perbezaan. Perbezaan dari segi istilah dan nama yang dimaksudkan kepada sesuatu kitab itu. Seperti Kitab Zabur, diturunkan kepada Nabi Allah Daud a.s. disebutkan Allah dalam Surah an-Nisa, ayat 163. Manakala Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Allah Musa a.s. dicatat dalam Surah al-Maaidah, ayat 44.

    Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Allah Isa a.s., dinyatakan dalam Surah al-Maaidah, ayat 46 dan al-Quranul Karim diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., disebut dalam Surah al-An’am ayat 19.

    Memang nama-nama kitab Allah tersebut berbeza, namun inti pati sebenar daripada kitab itu tidak berbeza. Kitab-kitab itu membawa mesej yang sama dan yang paling asas adalah semua kitab memperkenalkan Allah sebagai Tuhan Yang Sebenar, Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana yang menjadi pencipta alam ini.

    Dia (Allah) sahaja yang wajib disembah. Allah yang sama tidak pernah berubah, maka kerana itu wahyu-Nya pada umumnya tidak berubah pada perkara-perkara pokok. Wajiblah manusia seluruhnya beriman dengan Allah dengan melaksanakan tuntutan yang wujud dalam kitab-kitab tersebut tanpa dirubah dan dipinda.

    Seluruh Rasul-Rasul dari Adam a.s hingga kepada Muhammad s.a.w, mengajak manusia beriman kepada Allah Yang Esa, dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.

    Firman Allah (mafhumnya): “Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan (al-Quran) kepadanya, dari Allah, tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan Rasul-Rasul-Nya. (Mereka berkata) “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-Rasul-Nya. Mereka berkata lagi, “Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 285)

    Semua Rasul disebut Rasulullah. Ertinya mereka semua adalah pesuruh Allah yang menerima wahyu dan menyamoaikan kepada manusia supaya sama-sama beriman kepada Allah.

    Logiknya, jika semua Nabi dan Rasul dari Allah yang sama, bagaimana mungkin ajaran mereka beoleh berbeza khususnya pada perkara yang asas?

    Sudah tentu, semuanya menyeru manusia beriman kepada Allah Yang Esa, percaya dengan kitab Allah yang diperturunkan melalui perantaraan malaikat, iaitu dari Allah mereka datang dan kepada-Nya mereka akan kembali.

    Perbezaan yang ketara dan pertelingkahan antara satu sama lain, yang akhirnya nampak bertentangan antara agama lain, disebabkan, utamanya kerana Yahudi menyalahkan Nasrani, Nasrani menyalahkan Yahudi dan kedua-duanya pula menyalahkan Islam.

    Islam pula menolak kefahaman yang dianuti oleh Yahudi dan Nasrani kerana tidak berpegang teguh dengan keaslian kitab-kitab Allah. Islam menolak kerana mereka mengubah ayat-ayat suci yang asal dalam kitab mereka.

    Apabila agama Allah, khususnya wahyu Ilahi, diubah dan dipinda atau ditukar dan ditokok atas kehendak manusia, khususnya orang beragama di antara mereka, maka rosaklah agama Allah. Ia telah mewujudkan percanggahan antara satu sama lain.

    Perihal berlakunya ubah pinda, tokok tambah terhadap agama yang dibawa oleh Rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w., dikhabarkan Allah dalam firmannya (mafhumnya): “Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah (Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata kepada,”kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati), “kami tidak akan menurut.” (Mereka berkata) “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk, serta (mereka mengatakan) ‘raa’ina’; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutarbelitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata, “kami dengan dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali dengan iman yang amat tipis.” (Surah an-Nisa, ayat 46)

    Perihal tokok tambah dan perubahan yang dilakukan dalam kitab-kitab (agama) terdahulu disebutkan Allah di dalam al-Quran antaranya Surah Maaidah (13 dan 41), al-Baqarah (75) dan banyak ayat-ayat lain.

    Oleh kerana itu, maka agama-agama sebelum Muhammad dan kitab-kitab mereka dimansuhkan Allah semuanya dan digantikan dengan al-Quran.

    Jika semua sudah kembali kepada al-Quran pastikan kesemuanya akan bersatu pada prinsip yang benar. Pertentangan yang berlaku antara sesama agama Allah, sebenarnya pertentangan bukan pada asas yang benar, tetapi kerana berlaku penyelewengan akibat tidak taat kepada perintah Allah.

    Nabi Isa a.s. memberitahu kepada pengikutnya bahawa sebelum beliau, Allah telah menurunkan Taurah dan Zabur. Jika penganut agama samawi boleh menerima Taurat, Zabur dan Injil sebagai kitab Allah, mengapa mereka tidak boleh menerima al-Quran?

    Begitu juga mengapa orang Yahudi percaya dan boleh menerima Ibrahim, Musa, Ayub, Ismail dan Yaakub sebagai Nabi, mengapa mereka tidak boleh percaya Isa sebagai Rasul? Begitu juga mereka harus menerima Muhammad sebagai Rasul yang diutuskan Allah.

    Inilah pokok yang mustahak untuk saudara fahami, bahawasanya perbezaan yang wujud adalah kerana sifat manusia yang mengingkari Allah. Waalhua’lam. - lanh

  • 20 Y // Sep 24, 2009 at 3:46 am

    Di akhir zaman yang penuh fitnah ini, memang kita seharusnya berwaspada. Tetapi, jika diambil dari sudut positif, ini boleh menjadi cara untuk umat Islam menyebarkan keindahan Islam itu sendiri. Kita tak perlu tunggu untuk orang buat baik dengan kita, tetapi kitalah yang seharusnya mendahului dalam berbuat baik dengan ikhlas.

    Salam Aidilfitri 1430H.

  • 21 Murabitun // Sep 24, 2009 at 1:23 pm

    emm…tenang…dalam hal2 ini…kita usah bertegang leher smpai nak putus mikirkan ragu2 lah, was2 lah, itu ini…tak dapat apa pun…selagi mana islam tak tertegak dalm diri kita… msalah yg lagi besar daripada konspirasi yahudi yang kononnya “grand” tuh adalah datang dari dlm kelompok muslim sendiri…brape ramai org ngaku Islam…tp lawan Islam…lagi teruk dari rabbi yahudi…same fasik cam DOLAH UBAY…brape ramai? bersepah2 pemimpin2 yang tolak Islam, lawan Islam hatta ada yang sanggup PERANGI ISLAM…lagi teruk perangi dari YAHUDI…yahudi semestinya ancaman kpd kita….tetapi, tidak lah sampai mengancam seperti musuh dalam selimut….cube kita imbas balek lipatan sejarah…kita tgk betul2…di mana silap…adakah semuanya datang dari Musuh ? atau byknya datang dari diri pemimpin2 kita?

  • 22 Jentayu // Sep 26, 2009 at 3:06 pm

    Ada apa-apa berita pasal suntikan pelali / vaksin yang akan di wajib pada setiap palajar sekolah perempuan bagi menggelak barah pangkal rahim. Kerajaan dah belanja RM150 juta untuk order vaksin import tu…

  • 23 Noor Muzamil Mohamad // Sep 28, 2009 at 7:19 am

    Kepadda efairy dan Mohd Ikhwan

    Saya tetap berpegang kepada firman Allah Al-Baqarah 120, Tidak akan redha yahudi dan nasrani kepada kita selagi kita tidak tunduk kepadanya.

    Zionist atau Orthodox mana2 Yahudi pon kalau dia tidak beriman dgn nabi Muhammad saw dan Allah tetap Yahudi dan memang jahat….semuanya pembohongan dan lakonan Yahudi sahaja. Lihatlah pembelotan yahudi di madinah semasa zaman Nabi, bani quraizah, bani nadhir, bani qainuqa, adakah mereka itu dah menganut zionisme, tentu tidak dan mereka menganut orthodox, tetapi tetap memerangi nabi di madinah.

    Temtang sewa ruang synagogue ni, hanyalah tipu daya yahudi laknat sahaja untuk mengalihkan perhatian kita dari apa yang berlaku di Palestine dan Israel

  • 24 Noor Muzamil Mohamad // Sep 28, 2009 at 7:25 am

    Selamat menyambut Hari Yom Kippur pada hari ini, 28 September 2009, maaf zahir dan Batin.

    pada minggu Yom kuippur ini, maka bersedialah kita menghaddapi apa2 perancangan besar puak yahudi.

    Kronologi Yom Kippur

    1967-Peranfg Yom Kippur (perang 6 hari)
    2001-Serangan 11 september
    2003-Serangan terhadap Iraq
    2007-serangan terhadap Lubnan
    2008-Serangan terhadap ekonomi

    Selamat hari Yom Kippur, maaf zahir dan batin

  • 25 mann_bravo // Sep 28, 2009 at 9:04 am

    maaf reader … aku memang sengaja post link nih …. hanya untuk berkongsi maklumat sesama kita ..

    http://wikimapia.org/12428724/house-of-jewish-israel-malaysia-branch

    sekadar “link” yang aku jumpa di internet .. tetapi telah di “delete” kan … aku pun tara sure betul atau tidak …

  • 26 papan selaju // Oct 10, 2009 at 9:08 am

    yang korang perlu tau, syariat yang paling tinggi di sisi Allah adalah solat di awal waktu (dgn takbiratul-ula) . mahfum hadith nabi SAW bsabda lebih kurang, barangsiapa yang mengerjakan solah sesesungguhnya telah mendirikan tiang agama. barangsiapa yg meninggal solah sungguh dia telah meruntuhkan agamanya. yahudi israel bagitau kat satu jemaah dakwah, kalo org islam seluruhnya solah subuh penuh mcm solah jumaat, Allah akan turun nusrah ghoibiah. 50% je org islam seluruh alam nih solah jmah spt solah nabi saw n sahabat ra, Allah akan jatuhkan kekuatan negara2 kafir..dah terbukti zaman saidina umar alkhattab ra, 2/3 dunia bawah tapak kaki dia..tapi dia takguna mejanik, pedang samurai, bom, zaman tu umat islam paham kejayaan,
    bantuan Allah hanya ada dlm amalkan agama yg sempurna cara nabi karim saw. bukan dok fikir takut dajjal mai, yahudi ini yahudi tu. yg patut dtakutkan n diyakini hanya qudrat Allah..dunia nih aman ke tidak bgantung dgn amalan org islam. baguih amal, baguih dunia berkah nusrah Allah jalankan dgn nizam ghaibiah kpd org islam..kalo amal buruk, banyak la azab Allah bagi cash mcm gempa bumi taufan dan bantuan Allah takkan turun hatta tecknology tinggi boleh letup satu hindustan pon bro. sedang dunia berlumba2 tingkatkan kekuatan dgn teknology, dlm masa sama manusia dah tinggalkan amal, yg sedihnya umat islam sendiri kecewa dgn amal guna asbab org kafir utk selesaikan masalah…sedangkan dlm hadith soheh, dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa AS bukan dgn pistol lezer mesingan ak47 , racun virus bro…dajjal mati di tangan Nabi Isa AS dgn satu lembingan tombak yg menembusi badan Dajjal itu sendiri.. dok fikir siang malam korek pasal dajjal tapi kalo kat masjid kipas angin lebih banyak dpd jemaah bsolah fardhu, org islam tak pi mana2…

  • 27 papan selaju // Oct 10, 2009 at 9:14 am

    pasal yahudi buat kebajikan bagi pinjam sinagog dgn org islam virginia utk buat solah tarawih, hak sepatutnya kita kene doa hidayah utk diorg agar dpt masok islam bukan bsangka buruk bro. kalo sangka buruk makin tegang la hubungan antara islam n bukan islam. kalo kita mohon Allah agar diorg dpt hidayah asbab diorg buat ehsan ngn org islam, automatik jadi satu saudara sekalimah iman dgn kita. kan elok gitu?

  • 28 Muhd Ikhwan // Oct 10, 2009 at 11:42 am

    x slh kite mengkaji,

  • 29 aisya iasya // Oct 17, 2009 at 2:15 pm

    Jew tak semestinya Zionist.
    Zionist tuh yang ganas, matlamat menghalalkan cara, membolehkan membunuh etc…

    Banyak Jew, Rabbi Yahudi yang menentang keganasan Zionist itu sebenarnya…

  • 30 senduk_nasi // Oct 21, 2009 at 9:14 am

    dpd ape y sy belajar, sirah y disertakan bersama entri ini membawa maksud, saidina umar menolak ajakan Patriach tersebut untuk mengerjakan solat di dalam gereja kerna x sesuai untuk seorang umat islam mengerjakan solat didalam gereja.maka saidina umar menolak ajakn Patriach tersebut dengan lembut supaya tidak menyinggung perasaan penganut Yahudi. Sirah ini menjelaskan tauladan agung y ditunjukkan oleh saidina umar yang menjaga hati & perasaan org bkn islam.

  • 31 senduk_nasi // Oct 21, 2009 at 9:17 am

    alasan y diberi cukup halus untuk menutup sebab sebenar saidina umar untuk menolak ajakan patriach tersebut.wallahualam

  • 32 anis // Oct 21, 2009 at 10:55 am

    kalau dilihat pada gambar gambar di dinding didalam kuil yahudi tu seperti gambar matahari dan star david je…….macam freemason punya lambang……kalau dah freemason punya lambang tu lambang setan kan….tah lah…..kurang yakin

  • 33 panda mengantuk // Oct 21, 2009 at 10:57 am

    drpd pe yg sy nampak, sy rse xde msalh klau umat islam di Virginia sembhyg di kuil yahudi..sbb Islam tu flexible.Ape yg pnting khusyu’ solat kite bknnye tmpt kite smbhyg sbb yg dihitung nnti phala ibdh bkn tmpt mne kite solat.
    Lgpun klau kt luar ngre org smbhyang tepi jln pown ader sbb xde msjid.

  • 34 sapa aku... // Dec 5, 2009 at 10:54 am

    bkn nak besangka buruk…
    tp ingtlah
    org yahudi n nasrani xkan baek ngn kaum muslimin selagi x ikot dorang..
    renung2 kan……………

  • 35 papanselaju // Dec 5, 2009 at 3:21 pm

    benar, tapi dlm konteks hal2 diatas nih, kita kene kembali rujuk dgn ulama2 akan hukum hakam esp dlm bab tempat bersolah

    dulu di england sekitar taun 1970an, hanya ada kurang 5 buah masjid je wujud…padahal jumlah umat islam di sana yg mana majoriti dpd org2 india/bangla/pakistan berjumlah 2-3juta lebih…hidupan mereka jauh dlm amalkan agama.
    pastu satu jemaah dakwah “jalan kaki” yg keluar di england sekitar tahun 70an, bersolah di dlm gereja, dan bersolah dlm dlm bangunan yg mana dibawahnya penuh dgn disco n pub sekitar kwsn bradford, birmingham, brick lane london.

    sekrang asbab usaha agama dijalankan, digerak2kan, pengorbanan dilakukan oleh jemaah2 tersebut, maka hasilnya setiap tempat yg mereka singgah, Allah dah ubah jadi masjid…bukan sedikit disco, gereja, bapak kathedral yg telah bertukar jadi masjid. beribu masjid2 kat sini. skarang bradford dah di gelar bradfordistan, bristolistan, kat bricklane pon tak segan wanita2 berpurdah. solah subuh ramai macam solah FARDHU JUMAAT kita bro…

    yg terbaru nih, mega mosque yg tgh dibina dan nak siap location sekitar tapak olympic taun 2010, bakal masjid yg paling besar di europe dan merupakan pusat markaz tabligh terbesar di eropah. org2 putih esp org kafir kristian dah fobia. kalo korang ada peluang pegi england korang tengok lah org2 islam makin berpengaruh dsana pasal diorg dah balik amalkan agama.

    aku cakap nih pasal aku dudok sana dulu…kat manchester sekitar dewsbury…ramai jugak bebudak pakistan/india/arab kelahiran sini yg mana kat uni aku dulu tu, dah jadi peguam, engineer, doktor tapi berlatarbelakangkan sorg hafiz dan alim. mereka nih dididik jadi sorg hafiz sekitar umur 6 tahun lagi kat masjid dewsbury tu, merupakan juga markaz tabligh eropah terbesar buat masa ini. korang nak tau aku ada sorang member yg mana dia nih nama JOHN BIRT srang nama YAHYA BIRT, CUCU kpd WINSTON CHURCILL. alhamdulillah, anak2 dia semua org alim/hafiz quran, bekas pelajar darul ulum dewsbury, dan jugak org biznisman..dapat hidayah atas dakwah satu saudara dari malaysia sekitar awal 80an. utk pengetahuan korang semua,masjid dewbury tu dulu merupakan “bapak cathedral” di manchester nih. skrang asbab usaha agama digerakkan, kita boleh tengok bukan je masjid hidup amalan agama, kawasan dewsbury nih boleh tengok org islam tak segan silu pakai serban n jubah hari2. aku stat bandingkan amalan agama islam kat britain dgn kat msia nih…kat situ la Allah bagi aku hidayah..akal aku start fikir tentang keadaan agama aku dgn keadaan agama kat situ..kita kata kita islam tapi hidupan hedonism melebihi org kafir british tu sendiri…jauh…dari situ aku berubah dan alhamdulillah skang bagi aku takde yg lebih mulia dpd kehidupan amalkan agama berlandaskan sunnah. org2 kafir kat sini nak tau islam sbnrnnya, diorg pon tertarik sbgnnya dgn islam cuma tak tau nak start mcm mana…kita nih? malu2 kucing… bende2 mcm nih la buat dajjal takut…
    skrang bila lagi giliran kita? nak jadi pengikut imam mahdi ke tak?
    sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat bro2 n sis2 semua.

  • 36 papanselaju // Dec 5, 2009 at 3:25 pm

    sini ulama ramai gak geng. satu ulamak yg berpengaruh kat bradford, namanya sheikh ahmad ali…kat internet kalo tak silap aku ada org simpan ceramah dia pasal dajjal..kalo rajin cari la…kat youtube mungkin ade kot?..

  • 37 papanselaju // Dec 5, 2009 at 3:34 pm

    btw. kalo ade bebudak tabligh kat sekitar perumahan korang tu, aku nasihatkan,

    cuba2 la ikut diorg tu…niat ikut diaorg utk ubah diri n nak cari kekuatan nak amalkan agama.

    skrang nih musim cuti..aku nasihat bagi yg bersekolah tu, ini time cuti…ikut2 la diorg mengimarahkan masjid..ikut keluar dakwah 3 hari..insya Allah, niat yg betul, Allah akan buka jalan.

    nak tau pusat markaz terbesar di msia nih, tempat nye kat sri petaling, masjid jamek sri petaling/darul ulum sri petaling…time paling baik utk pegi situ adalah hari sabtu, sekitar maghrib- isya. azam utk pegi sana insya Allah.

  • 38 sunan // Feb 4, 2010 at 3:50 am

    salam intifadhah,
    saya bukanlah orang yang banyak ilmu pengetahuannya dalam membicarakan isu-isu seperti ini..tapi jika isu yang melibatkan islam dan yahudi ini kadang-kadang tak senang duduk saya dibuatnya…
    mengenai isu yahudi sewa gereja untuk umat islam untuk solat terawih memang tak boleh diterima langsung…persoalannya disini mengapa ulama disana boleh terima perlawaan orang yahudi secara bulat-bulat sedangkan telah disebut dalam quran di suran al-baqarah ayat 120 mafhumnya ” Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka”….maka jelaslah disini wujud propaganda serta dakyah mereka disebalik kebaikan yang diberikan kepada umat islam disana….sedangkan Saidina Umar Al-Khattab sendiri tidak menunaikan solat didalamnya apatah lagi kita….fikir-fiirkanlah
    tidak ada salahnya jika penduduk disana menyediakan khemah dan solat berjemaah di ruangan lapang…kita boleh fikirkan cara yang lain untuk menyelesaikan masalah ini, tidak semestinya kita memerlukan kawasan yang selesa untuk menunaikan solat… rasulullah dan sahabat sendiri dahulu tidak mempunyai kawasan solat yang baik, tidak seperti kita yang begitu manja…tidak boleh susah sikit…sebab itulah biah dan tarbiyah umat islam zaman sekarang amat ketara bezanya dengan umat islam zaman Rasulullah…
    FIKIRKANLAH WAHAI SINGA-SINGA ALLAH…kdg2 kiter perlu lembut dalam sesuatu perkara tetapi jikayang boleh melibatkan aqidah kiter sebagai umat islam, WAJIB atas kita untuk bangkit bersama2 untuk peranginya…
    wALLAH ua’lam…

  • 39 Mardiah // Apr 15, 2010 at 8:48 am

    assalamualaikum…
    maaf, nk tanya. sy x faham knapa ya Sheikh Mohamed Magid menerima pelawaan Rabbo Robert sedangkan Saidina Umar al-Khattab menolak pelawaan Patriach Kanisah untuk solat di dalam gereja?

    Adakah disebabkan oleh perbezaan quantiti penganut islam yang memerlukan tampungan rumah ibadah?

    Atau dasar diplomasi pemimpin agama untuk mendapatkan keamanan?

    dan apa tindakan kita sebagai penganut islam lainnya harus lakukan, menyokong tindakan Sheikh Mohamed Magid atau menentangnya?

    terima kasih jika ada yang sudi memimpin…

  • 40 lolo86 // Jul 7, 2010 at 10:27 pm

    dimana kita bersolat adlh tidak penting..

    kite kna ingat yg hagia sofia asalnya adlh greja dan sultan abdul fateh sndri bersolat

    nabi pernah berkata,apabila tiba waktu solat,solat lah dimana saja krana ssunguhnya bumi ini adlh tmpat solat..

    asalkan tmpt itu bersih suda memadai,,

    spatutnya tidak timbul isu ini,nabi tidak pernah melarang dan nabi juga memelihara rumah2 ibadah agma lain..krana islam itu adlh bertolak ansur ..

  • 41 Zihan // Jul 8, 2010 at 3:33 am

    Jangan Percaya…..

    Sebut Je Pasal keturunan Bani Israel memang tidak boleh dipercaya… Bahkan Batu dan Pokok pun tidak suka kepada kerunan Ini

  • 42 komen atas komen // Aug 22, 2010 at 8:00 pm

    papan selaju…aku suka baca komen ko

    apa ko ada blog sendiri ke?

Leave a Comment

Wallhualam

© 2007–2008 Dajjal: The King of the World Conspiracy — SitemapCutline by Chris Pearson