oleh Ibnuyaacob

Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .
Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.
Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?
Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid.
Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;
“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”
(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)
Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan dikawal bai’ah yang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.
- Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Amir dan Amirah, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.
- Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT. Selain itu, jemaah juga perlu menghadiri tamrin-tamrin yang dijadualkan oleh para amir dan amirah.
- Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan baiah yang diucapkan.
Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan di dalam jemaahnya.
Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual
Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman.
Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.
Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”
(al-Mujadalah: 11)
Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;
“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”
Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam
Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka.
Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah.
Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.
Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati
Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.
Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.
Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti.
Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.
Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati
Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim.
Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya.

Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.
Kesimpulan
Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun. Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.
Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’.
Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.

18 responses so far ↓
1 Muhammad // Jan 14, 2010 at 6:36 am
Assalamu Alaikum.
Terima kasih. Ibnu Ya’kub.
Mudah-mudahan Islam akan semakin kukuh dan semakin mantap tidak lama lagi, Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang beriman.
Apa-apa pun Tuan dan pengunjung tuan dengan hormatnya dijemput melayari:
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/
dan
http://surah-al-kahfi.blogspot.com/
Semoga Allah swt menerima segala amalan kita dan memaafkan segala kesilapan dan kekurangan kita. Amin.
Wassalam.
2 nurjannah // Jan 14, 2010 at 11:36 pm
salam saudara.terima kasih atas artikel ni..saya mohon copt utk diletakkan di blog saya.moga ia dapat memberi manfaat untuk semua.insyaallah
3 born2shaheed // Jan 15, 2010 at 11:46 am
benar sekali.. saya stuju dgn pndapat sedara..sebenarnya bagi saya, kita ni sbg mahasiswa semestinya perlu cakna dgn dunia luar.. bukan terperap dlm bilik n kampus je.. lagi satu.. kita perlu tau tntg konspirasi illuminati ni.. tapi pape pun, bagi saya, tau2 jugak.. tp jgn tau saje.. do sumthing!! AYUH SYABAB DAN FATAYAT, KITA BANGKIT DEMI ISLAM TERCINTA!!
4 MencariYgHilang // Jan 16, 2010 at 12:23 am
Alhamdulillah…peringatan yg berguna buat semua penegak2 kalimah tauhid…mohon utk copy artikel ni ke blog ana…syukran jazilan…
5 khalisah // Jan 16, 2010 at 9:19 am
salam..kupasan yang menarik..ana dah letakkan dalam blog ana juga..apapun,moga entri ini akan lebih menambah semangat n keyakinan akh n saudara2 lain utk turut sama bkecimpung dlm arena tarbiyyah dan dakwah, krn utk mematahkan konspirasi ini, bukan sekadar kupasan yg mbuka mata ttg konspirasi shj yg diperlukan, bahkan tarbiyyah islamiyyah yg mantap..wallahua’lam
6 lady_cokelat // Jan 19, 2010 at 1:05 am
Salam,
Saya gemar melayari blog anda namun sebelum ini saya hanya membaca sahaja tanpa member sebarang komen..
Semalam, saya menemani anak saya (berumur 1 tahun 4 bulan) menonton rancangan animal planet (saluran Astro 556)..dan saya dapati terdapat Masonic signs perkataan ANI3AL PLANET itu sendiri..Cuba perhatikan perkataan A – yang kelihatan seperti unfinished pyramid, M = diterbalikkan menjadi no 3 dan secara tak langsung apabila digabungkan dengan I = 1 menjadi no 13.. Kita semua sedia maklum 13 mewakili 13 Illuminati bloodlines..
Kemudian, perhatikan pula dokumentari terbaru mereka yang bertajuk Human’s Prey..mmg terdapat symbol all seeing eye…Saya berharap agar anda dapat meyiasat perkara ini sama ada ianya kebetulan atau pon memang disengajakan..
Sungguh menggerunkan kerana kita terpaksa hidup dalam dunia permainan dajjal. Semoga kita semua sentiasa teguh bersama Islam. Amin.
Terima kasih.
lady_cokelat
7 abuuwais // Jan 19, 2010 at 3:09 am
Salam
Inilah yg telah dibongkarkan oleh Uni Al-Azhar kepada para penuntut Kuliah Usuluddin dan Dakwah Khususnya mereka yg membuat Pengkhususan Aqidah dan Falsafah.
Thanks Bro…sama2lah kita menentang golongan Yahudi ni dgn apa cara sekali pun.
Takbirrrrr!!!
8 anamuslimah // Jan 20, 2010 at 5:45 am
harap semoga para penuntut ipt juga berhati2 menyertai kumpulan2 tertentu kerna dunia sekarang semangnya sarat dengan pelbagai tipu daya dan ujian…..pastikan kumpulan yg disertai tidak lari dari landasan islam sebenar…yakni alQuran dan hadis …..
Ana sendiri pernah terjurumus ke dalam satu kumpulan yang agak lari dari landasan sebenar….Alhamdulillah berjaya lepaskan diri…
so berhati2 lah..semoga Allah sentiasa merahmati perjuangan kita…
9 mridzuan // Jan 23, 2010 at 1:22 pm
Al-Salam,
Dah tengok filem terbaru dari hollywood - Sherlock Holmes. Cerita ni secara terang-terangan membuka rahsia illuminati, sama mcm cerita angel and demon baru2 ni. apakah tujuan mereka? mungkin boleh di analisa. Pengarah filem ni guy ritchie adalah bekas suami Madonna. Sila rujuk analisis “the Arrival”, madonna adalah proxy illuminati.
10 hamba_allah // Jan 25, 2010 at 3:45 pm
rahsia anwar ibrahim mungkin bermula sewaktu dia masih belajar?
11 m.ikram // Mar 7, 2010 at 6:03 am
mintak cop utk berkongsi artikel ni..smoga dpt beri manfaat pd semua org…
12 RBK // Mar 27, 2010 at 9:57 am
DOWN ISRAEL MOTHER ALL EVIL
13 07J // Apr 5, 2010 at 5:12 pm
http://worldmartialartsbro.ning.com/profiles/profile/show?id=KEATFMAMALAYSIA
CHECK THIS OUT“`!!!!!
14 Zihan // Apr 14, 2010 at 6:08 am
MACAM MANA NAK TERUSKAN HIDUP TANPA ILLUMINATI
Kita sering didorong untuk memboikot Cola-Cola, Colgate, KFC tapi sedarkah kita bahawa dari mula lahir kita diberi suntikan Cacar/Polio masuk dalam Incubator, Telefon Nokia, kereta BMW, Mercedes, Tayar Dunlop, Kasut Adidas, Nike, Komputer Dell, HP, Baju Orlando, Seluar Levi’s, Texan, Sabun Lux, Lampu Philips, Osram, TV Sonny, beli barang kat Giant, Tesco… Kat Mesjid pun guna Amplifire Sonny Oleh itu wahai kawan-kawan marilah kita boikot semua …. marilah kita naik kereta lembu guna roda kayu.. rumah atap dinding Buloh.. ikat dengan rotan… guna air perigi.. bajak sawah guna kerbau.. Marilah Marilah
15 anis // Apr 14, 2010 at 6:19 am
tinggggggggg tongggggggggggg….
16 mandore 100 // Apr 16, 2010 at 9:22 am
Aku mohon perlindungan ALLAH dari syaitan laknatullah yang direjam. ‘ Bukankah aku tetapkan kepadamu hai anak adam yaitu jangan kamu menyembah syaitan sebab ia bagimu musuh yang nyata’…..hasil dari hasutannyalah maka terhasillah illuminati berserta dengan spesis2nya. kemampuan kita ialah teguhkan istiqamah dan SEBARKAN SALAM, SEBARKANLAH SALAM, TOLONGLAH SEBARKANLAH SALAM bermula sesama ahli2 keluarga sendiri dulu hatta suami isteri anak2 ibubapa adik beradik makcikpakcik iparduai menantumenakan besanbesun terutamanya kepada yang kurang mesra dan panjangkanlah juga untuk sahabathandai rakantaulan dengan niat yang tulus ikhlas serta memahami dan sungguh2 mengharapkan maksuderti makna AS SALAM MU ALAI KUM WA RAHMA TULLAH…..( SELAMAT SEJAHTERALAH KEATAS KAMU WAHAI ( derajat usia & nama si polan) DENGAN RAHMAT ALLAH…..,.Setibanya RASULULLAH setelah berdiri dibumi Madinah( HIJRAH) selepas mengucapkan salam lantas beliau bersabda. ‘ SEBARKAN SALAM’. InsyaALLAH kekuatan & kemampuan SALAM telah dan akan melemahkan syaitan laknatullah yang senantiasa menghasutkan manusia supaya berhasrat untuk ‘PLAYING GOD’= Ana rab buka aqla khususnya kepada spesis2 illuminati & juak2nya. WASSALAM.
17 mohd afif // Jun 3, 2010 at 8:33 pm
assalamualaikum warahmatullah wabarakatu…
ana ingin memberi sedikit idea mengenai cara membentuk satu usaha dalam memerangi dajjal.
1) tubuhkan 1 organisasi dunia yg mana diwakili oleh golongan islam yg berpendidikan tinggi dan mahir dalam bidang masing2….kita juga harus mempunyai kumpulan daya pemikir yg lebih telus dlm menentukan hala tuju umat islam yg akan datang. kita hendaklah mengajak negara2 islam yg lain utk menyertai pertubuhan ini atas dasar menjaga hak orang islam!
2) kita juga harus mencipta dasar one world goverment bgi menyatupaudkan dunia. bukankah lebih elok kalau orang islam yg menguasai dunia.
3) kita harus memboikot kesemua barangan tajaan israel serta sekutunya yg lain seperti us, kanada dan lain2 lgi….usaha ini hendaklah dimulakan oleh kerajaan dengan menghentikan segala kemasukan barangan mereka ke dalam negara!
ana ada byk lgi idea yg hendak dikongsi…
insyaallah dimasa yg akan dtng akan lebih byk idea yg dpt ana sumbangkan!
semoga usaha dakwah saudara diberkati oleh Allah swt.amin……
18 fajr // Jun 6, 2010 at 9:29 am
alhamdulillah…selama 4 bulan ana bertafakur…..memerangi nafsu…dan alhamdulillah…
ALLAH swt telah memberi buah akal fikiran .
untuk merialisasikan semua posting blog diatas,
ini bukan sahaja idea…malah ana telah berbincang dgn beberapa ahli ulama malaysia dan jordan,insyaalah ini adalah satu idea yg paling hebat selama beberapa ratus tahun ini…
konsep integrasi baitulmaqdis,ana sedang dalam menyiapkan kertas kerja bersama beberapa para mursyid2x dan ilmiah2x islam yg lain….dalam membentuk organisasi ini…sehebat mungkin, juga disokong oleh mohor2x sultan dan raja2x malaysia…insyallah….doakanlah usaha kami!
dalam membantu dan menyokong askar panji2x/bendera hitam…insyallah…
ana ingin menceritakan disini,apakah yg dinyatakan oleh kami…namun….bagi tujuan keselamatan dan sebab2x tertentu…diharap sahabat2x sekalian bersabar….jika ada yg ingin membantu,boleh emailkan resume dan apakah kemahiran2x kamu kepada email ana…
shahzackry@hotmail.com
INILAH MASANYA UNTUK KITA BANGKIT!
BERJEMAAHLAH KITA,SEBARKANLAH SALAM PADA SEMUA MUSLIMIN/MUSLIMAH!
KINI SUDAH TIBA UNTUK KITA BERJUANG!!
Leave a Comment