Dajjal: The King of the World Conspiracy

Blog Konspirasi Malaysia

Dajjal: The King of the World Conspiracy header image 2

Tasawwur Islam Bukan Tasawuf

April 9th, 2010 · 56 Comments · Pengetahuan Am, Teknologi Tasawuf, Uncategorized

oleh Ibnuyaacob

0art_alalsacienne_542731857

Dewasa ini kita amat bersyukur semakin ramai golongan belia khususnya remaja tanpa mengira jantina sudah mula membuka minda mereka ke arah isu-isu konspirasi. Walaupun kebanyakan hujah adalah berasaskan teori dan tanggapan rawak tetapi kecenderungan mencari maklumat dan menyelitkan serba sedikit artikel konspirasi di dalam blog peribadi amat membanggakan.

Namun begitu, di dalam keterujaan mendalami isu-isu konspirasi ada juga yang terpengaruh dengan putar belit konspirasi barat yang sering memandang serong kepada syariat Islam khususnya golongan ulama.

Ianya adalah berkaitan ilmu tasawuf. Blog-blog konspirasi barat secara umumnya termasuk Texe Marrs, Alex Jones memerhatikan amalan golongan sufi sebagai salah satu persamaan dengan amalan mistik kelompok pengamal Kabbalah. Mereka mengkategorikan ilmu-ilmu kesufian (tasawuf) sama sebagai Islamic Mystic dan Islamic Kabbalah. Mereka menganggap tasawuf adalah kabbalah versi Islam.


Tanggapan Silap tentang Tasawuf

Permasalahan yang timbul ialah golongan remaja menulis di dalam blog-blog peribadi mereka bahawa mata pelajaran Tasawuf sudah dipelajari di peringkat sekolah. Oleh itu, ianya tidak perlu diperdebatkan lagi. Pada pandangan golongan remaja ini subjek Tasawwur Islam itu adalah Tasawuf. Kedua-duanya sama.

Tambahan pula mereka membaca di media-media tabloid ungkapan-ungkapan tasawuf sesat, ajaran tasawuf menyeleweng dan sebagainya, maka ia sedikit sebanyak menambahkan lagi kecurigaan mereka terhadap istilah tasawuf tanpa mengetahui maksud sebenar.

Apa yang dipelajari di sekolah berkaitan subjek Tasawwur Islam dilihat berbeza dengan ajaran Tasawuf. Mereka melihat di dalam amalan golongan Tasawuf seperti berzikir beramai-ramai, beruzlah di dalam hutan, berpakaian compang-camping amat berbeza dengan sukatan yang mereka pelajari di sekolah. Oleh itu, mereka secara langsung menyimpulkan ajaran Tasawuf sebegini sesat.

Hal ini amatlah mendukacitakan walaupun yang beranggapan demikian bukanlah menjangkau angka majoriti. Kami melihat, perkara kecil ini suatu yang membahayakan kerana ia boleh menimbulkan sedikit rasa buruk sangka kepada golongan-golongan pengamal tasawuf.

Perkara ini akan menjadi lebih bahaya kepada golongan belia muslim khususnya yang tidak mempunyai pengetahuan asas tentang agama dan bukan berpendidikan aliran agama. Kita bimbang mereka membesar dengan mempunyai tanggapan negatif terhadap tasawuf.

Kita juga amat bimbang apabila golongan belia ini lebih dahulu mengenali konspirasi dari mengenal ilmu tasawuf.

Ilmu Tasawuf dan Pendidikan Kebangsaan

Sesetengah remaja atau belia (mungkin juga golongan tua sekular) suka beranggapan bahawa ilmu tasawuf sudah pun dipelajari diperingkat sekolah. Mereka mengandaikan mata pelajaran Tasawwur Islam yang terdapat pada tinggkatan 4 dan 5 itu adalah ilmu Tasawuf.

Suka kami tegaskan di sini, Tasawwur Islam bukanlah Tasawuf. Ia seperti langit dan bumi.

Tassawur Islam adalah nama mata pelajaran Elektif yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Kebangsaan. Pelajar bukan Islam juga boleh menduduki peperiksaan untuk mata pelajaran ini. Manakala Tasawuf pula adalah nama salah satu dari tiga cabang agama Islam.

Islam terdiri daripada tiga tiang agama iaitu Tauhid, Fekah dan Tasawuf. Seseorang Muslim hendaklah mempelajari agama Islam mengikut turutan ketiga-tiga ini. Pertama memahami dan mengenal Tuhan melalui kitab-kitab Tauhid, kedua, mempelajari Fekah dan ketiganya menyempurnakan dan melindungi kedua-dua ilmu Tauhid dan Fekah tadi dengan ilmu Tasawuf.

Perbezaan Takrifan Tasawwur Islam dan Tasawuf

Di dalam hal pentakrifan, kedua-duanya mempunyai maksud yang sangat berbeza. Tasawwur berasal di dalam istilah Melayunya bermaksud Gambaran (jika huruf shod disabdukan). Tetapi di dalam kamus Dewan edisi Arab-Melayu, tasawwur diistilahkan dengan maksud yang berbeza iaitu lebih kepada suatu aspek psikologi.

Bagi perkataan Tasawuf pula, ia berasal dari tiga huruf utama shod, waw dan faa. Ketiga-tiga ini membentuk perkataan yang berbunyi shofa (bersih) atau sufi (suci). Maka istilah Tasawuf adalah kalimah yang telah menerima imbuhan yang membawa kepada istilah khusus untuk ilmu-ilmu kejiwaan.

Ilmu tasawuf juga dikenali dengan pelbagai istilah seperti ilmu ma’rifah, ilmu batiniah, ilmu al-qulub, ilmu al-hal, ilmu al-yaqin dan sebagainya.

Perbezaan ilmu Tasawwur Islam dan Tasawuf

Di bawah ini adalah ringkasan sukatan mata pelajaran Tasawuf

  1. Asas Pemikiran Islam
  2. Pandangan Hidup Islam
  3. Institusi Islam
  4. Ekonomi Islam
  5. Falsafah Perundangan Islam
  6. Penyelesaian Masalah

Lihat sukatan penuh di sini.

Intisari perbezaan ilmu Tasawwur Islam dengan Tasawuf

  • Sukatan pelajaran Tasawwur Islam boleh berubah-ubah mengikut masa dan ia dibina oleh guru-guru agama berpengalaman dan bukan bertaraf Ulama dan wali.
  • Berbeza dengan ilmu Tasawuf, ia menekankan praktikal kejiwaan, amalan zikir berjemaah, pengijazahan tarekat dan pelbagai lagi amalan hati yang sangat-sangat jarang diketemukan.
  • Ilmu tasawuf dibina intisarinya oleh ulama-ulama yang mursyid, mujahid, wali dan majoritinya adalah golongan yang sangat makbul doa mereka dan dilimpah kurnia karamah yang banyak tidak sebagai mana orang-orang awam. Misalnya Ibnu Arabi, Ibnu ‘Atiullah, Imam Al-Ghazali, Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi, Syeikh Qadir Al-Jailani, Syeikh Abdullah Daud Al-Fatani.
  • Sebahagian besarnya juga pernah berjumpa Rasulullah SAW, Nabi Khidir secara sedar dan mimpi mengikut tahap kewalian masing-masing.
  • Pengamal ilmu tasawuf secara intensif seringkali dihadiahkan Allah keramat-keramat yang tidak dipunyai oleh orang awam manakala pelajar yang mempelajari subjek Tasawwur Islam adlaah bagi tujuan pemahaman dan peperiksaan sahaja.

Silap Faham Terhadap Ahli Tasawuf

Sesetengah orang menganggap golongan tasawuf sangat bahaya dan suka mengintai isi hati orang. Sebenarnya bukanlah tujuan pengamal tersebut untuk membaca isi hati orang tetapi ia adalah anugerah Allah kepada si pengamal di atas kesungguhannya beribadah dalam mendekati Allah.

Ahli Tasawuf juga martabatnya lebih tinggi dari Ahli Fekah kerana seluruh kehidupannya berfokus pada menumpu pengabdian diri kepada Allah semata.

Hatta Imam Syafie r.a. sekali pun ada ketikanya bila menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah-masalah fiqh, beliau akan mencari ulama-ulama sufi untuk menenangkan jiwa.

Malah menurut Syeikh Abu Talib Makki dalam kitab masyurnya, Qutul-Qulub, para ulama zahir apabila menghadapi masalah dalam menentukan hukum (masalah fiqh) maka  mereka akan merujuk  masalah tersebut kepada ulama tasawuf, sebab golongan ini dianggap lebih hampir  kepada hidayah, jauh dari maksiat dan tidak dikuasai nafsu.

Tidak Semua Guru Agama Belajar Tasawuf Secara Praktikal

Seperti pada artikel terdahulu, hal-hal tasawuf janganlah ditanya di dalam internet walaupun ada ustaz-ustaz yang membuka blog untuk ruangan bertanya. Kita bimbang ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi jawapan yang boleh mengelirukan pemahaman belia tentang tasawuf.

Pada pandangan kami, jika seseorang ahli agama itu benar-benar mendalami ilmu tasawuf maka ia tidak akan sesekali membuka ruang soal jawab di internet.

Semua orang menganggap apabila seseorang itu bergelar ustaz atau ustazah maka semua ilmu agama akan dipelajarinya. Hendaklah kalian berhati-hati dalam hal ini kerana hal yang demikian bisa mendatangkan ketaksuban yang tidak terperi kesannya pada kehidupan si penanya.

Kami tidak nafikan ada sesetengah guru agama menjadi penyebab utama kepada ketidakfahaman belia kepada ilmu tasawuf. Kami berani katakan hanya 0.01 peratus guru berpendidikan agama di Malaysia termasuk lepasan Timur Tengah yang belajar ilmu tarekat secara intensif.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Tasawwur Islam amat jauh bezanya dengan ilmu Tasawuf walaupun subjek Tasawwur Islam itu juga dinisbahkan ia dalam bab ilmu-ilmu pengetahuan. Namun begitu, tingkatan ilmu dan taraf kemuktabaran ilmu itu haruslah difahami terlebih dahulu.

Wallahu’alam…

P/S : Diharap artikel yang sangat kecil ini dapat menjernihkan tanggapan silap tentang ilmu Tasawuf dikalangan remaja.





Your Ad Here

Tags: ··

56 responses so far ↓

  • 1 Ahmad bin Abdullah // Apr 9, 2010 at 4:13 am

    Hikam…

  • 2 bedul // Apr 9, 2010 at 7:47 am

    satu kupasan yang baik.. tidak dinafikan bahawa ramai daripada org skrg menafikan kepentingan ilmu tasawuf sedangkan ia adalah salah satu cabang fardu ain yang wajib dipelajari

  • 3 Humaira // Apr 9, 2010 at 8:28 am

    Ada kemusykilan tentang ilmu Tasawuf bolehlah bertanya kepada Atuk Zamany di blog beliau http://kubranewszamany.blogspot.com/

    Atuk Zamany telah dilengkapi dengan Ilmu dan pengetahuan di dalam bab-bab Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat serta semua juzuk-juzuk akidah dan akhlak serta juga mengikuti pengajian Ilmu Haq Perimbun dari Perguruan Tarikat Nasabandiah & Kadiriah Banten Jawa Tengah, serta Perguruan Tarikat Ahmadiah di Banyu Mas Jawa Barat iaitu Pensentren peninggalan Kanjeng Sunan Wali Songo dari keponakan keturunan Sunan Ampil, Sunan Bonang, Sunan Darajat dan Sunan Kalijaga.

  • 4 cia // Apr 9, 2010 at 4:31 pm

    humaira……mcmana ahmad dhani….menyanyi bersama isteri2nya tanpa tutup aurat …tarikat dlm konsert di inonesia…..???????tolong jelaskan, sy tertanya2 dlm diri ini…..

  • 5 Azam Harun // Apr 9, 2010 at 10:57 pm

    Terima kasih atas artikel yang cukup pendek dan bagus ….

    (Sejarah Yahudi dan Judaisme )
    zamanyahudi(dot)blogspot(dot)com

  • 6 Azam Harun // Apr 9, 2010 at 10:59 pm

    Syukur kepada Allah …

    ( Sejarah Yahudi dan Judaisme )
    zamanyahudi(dot)blogspot(dot)com

  • 7 aima // Apr 10, 2010 at 1:07 am

    betul tu.bukan semua ustaz tahu tentang ilmu tasawuf.lebih2 lagi ustaz zaman sekarang yang kurang ilmu agama.tasawuf lebih kepada amalan bukan teori spt yg diajar di sekolah n universiti hatta di timur tengah sekalipun.ilmu tasawuf hanya boleh diperolehi di pondok2 agama sahaja.klu ada ustaz yang buka blog ckp dia tau tentang tasawuf n boleh tanya ape2 saja soalan tentang tasawuf memang dia PENIPU BESAR
    Ko biar betul Humaira,mane ada org buka blog utk tnye tentang tasawuf.klu nak tnye kite sendiri yg kena jumpa guru2 tasawu n tanye secara bersemuka.mane bleh tanye dlm blog.poyo je ko ni

  • 8 Ahmad bin Abdullah // Apr 10, 2010 at 11:26 pm

    ilmu tasawwuf bukan leh blajar kat pondok aja…saya belajar pon dekat masjid… :) and guru2 pondok bukan mengajar kat pondok je, dorng kuar gak berdakwah n kembangkan ilmu kat tempat lain… :)

    tapi apa2 hal pon, pd pendapat saya yg jahil ni (berdasarkan pengalaman), blaja kat pondok lg best, boleh kawal diri dari terpengaruh dgn dunia luar, sbb kat pondok tu semua org nak cari ilmu mcm kita gak, n suasana dia suasana agama…insya-Allah…

    erm..lagi satu..Rasulullah saw pernah antar 2 org sahabat , Urwah bin Masud dan Ghailan bin Salamah ke Jarashy , Damshik ( di bawah kuasa Rom ) bagi mempelajari cara membuat Manjanik dan Dabbabah ( kereta perisai )…apa yg boleh kita pelajari daripada ni? :)

  • 9 cia // Apr 10, 2010 at 11:29 pm

    tasawuf adalah utk pakaian hati shj….jangan gunakan utk mulut dan tangan……..

  • 10 Ahmad bin Abdullah // Apr 11, 2010 at 12:13 am

    cia, mcm mana nak contact? nak bincang2 sket…email?

  • 11 anis // Apr 11, 2010 at 1:37 am

    eh eh ada dua anis kat sini….kepada anis diatas walaupun sekarang zaman teknology serba canggih dan unlimited tapi tetap tidak akan lari dari penipuan atau batil , jadi tetap nak kena berjaga jaga ye…so kita semua kena belajar dari segi bau kebatilan didalam internet pabila membaca blog blog semua , pasti instinct kita dapat sense sesuatu yg sekiranya ianya batil….wallahualam….

  • 12 Ahmad bin Abdullah // Apr 11, 2010 at 4:51 am

    ada sesiapa dah tgk blog yg humaira bagi tu?

  • 13 sarymah // Apr 11, 2010 at 7:00 am

    salam, tulisan yang baik dan membuka fikiran, alhamdulillah.

  • 14 Man // Apr 11, 2010 at 7:45 am

    lmu Tassawuf adlh teori manakala ilmu Tarekat adlh amali/praktikal kpd Tassawuf itu sndri. Utk belajar kita mesti berguru kpd guru Mursyid secara talaqi kerana boleh ia blh menyesatkan jika disalahfahami. Pastikan pengajian sah sanadnya smpai kpd Rasulullah. Kalaupun diajar di msjd2 ataupun di internet, ia adlh Tasawwuf ibadat shj bukn Tassawuf Hakikat- wallahu a’lam

  • 15 Ahmad bin Abdullah // Apr 11, 2010 at 7:52 am

    yup…tariqat tu method/cara/praktikal dia tasawuf…pastikan guru mursyid, jgn cari guru yg kejar bilangan anak murid, guru yg melenting bila ditegur, yg sayang dunia, yg tkt ilang rezeki…

  • 16 surah18 // Apr 11, 2010 at 11:24 am

    salam.. sy dah baca semua artikel kt blog yg humaira bg tu.. http://kubranewszamany.blogspot.com/ drpd pembacaan sy kt artikel n soal jawab dari blog tersebut, atuk tu mmng seorang yang berilmu. tapi die bukanlah mengajar ilmu tasawuf kat blog beliau,malah beliau manyeru sesiapa yg berminat utk belajar berjumpa dgn guru secara berdepan. bacalah blog tersebut,artikel tentang jin kt blog tu memang susah nak jumpa kt blog lain.

  • 17 cia // Apr 11, 2010 at 12:14 pm

    man…..tasawuf tu mainan hati…….hanya diri sendiri saja yg tahu dan akhirnya menjadi ikhlas dan mendapat redha Allah dlm setiap perbuatan kita………guru sy dah meninggal 2 tahun lepas…. so sy sedang mencari guru musyhid yg lain…ada bagitahu…..

    tapi, guru lama sy kata tauhid, feqah dan tasawuf,,,, adalah 3perkara yg wajib kita belajar dan wajib kita lakukan….panjang lagi ilmu ni….lain kali saja….insyaallah…..amin…

  • 18 anis // Apr 11, 2010 at 1:07 pm

    yes true……saya juga suka baca blog abatasa atuk zamany tu……actually kalau kita mempunyai akal yg sihat kita akan dapat tahu sesuatu itu batil atau tidak…..just baca at the same time alert…kalau sesuatu yg bagus ambil , kalau tak bagus tinggalkan…..saya yakin lama kelamaan kita akan dengan sendirinya jadi arif terhadap sesuatu penulisan itu…..

  • 19 Ahmad bin Abdullah // Apr 11, 2010 at 3:22 pm

    cia…kalo jumpa pon tlg bgtau!

  • 20 surah18 // Apr 11, 2010 at 4:41 pm

    kat blog atok zamany tu ada bg contact guru tasawuf. bc kt komen artikel tentang jin,muka surat 1.

  • 21 cia // Apr 11, 2010 at 11:16 pm

    Kubra…. bagaimana dgn syahid Kubra…zamany..??????

  • 22 Man // Apr 12, 2010 at 4:50 pm

    cia, ahmad bin abdullah- anda berdua tinggal di mana? saya belajar drpd guru saya Ust Shahul Hamid an-Naqsyabandiy di P.Pinang. Mengambil sanad dpd Tuan guru Hj Sanusi. Kalau tk salah saya dia juga ada mengambil sanad dpd Tuan Guru Dr Jahid Sidek
    http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/Pulau-Pinang-Malaysia/USTAZ-HJ-SHAHUL-HAMID-BIN-MPH-SEENI-MD/394159770462?v=wall&ref=mf

  • 23 cia // Apr 12, 2010 at 10:39 pm

    ana tinggal di KL……..moga Allah merahmati kamu dan keluarga kamu…….guru sy sanad Tok Kenali dr Kelantan…tp dah meninggal……

  • 24 Zihan // Apr 13, 2010 at 4:42 am

    TAZKIRAH UNTUK KAWAN-KAWAN

    Apabila telah tiba hari kiamat kelak maka diperintahkan malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala sebanyak 3 kali. Tiupan pertama sebagai peringatan, tiupan kedua untuk mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi dan tiupan ketiga untuk menghidupkan kembali semua umat, bermula dari umat Adam a.s. hinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Setelah semuanya mati, tinggallah Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Hamalatul Arsy. Allah lalu memerintahkan Malaikat maut (Izrail) mencabut semua nyawa malaikatnya. Maka Allah bertanya,”Wahai Izrail ! Siapa yang masih tinggal ?” Jawab Izrail,”Engkau Ya Allah zat yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selamanya,yang tinggal hanyalah aku seorang, hamba yang lemah dan tidak berdaya.” Lalu Allah berfirman,”Wahai Izrail ! Tidakkah engkau tahu, setiap yang bernyawa itu akan merasai mati. Aku menjadikan engkau untuk kau menjalankan tugasmu dan kau juga harus merasai mati.” Maka pergilah Izrail ke suatu tempat di antara syurga dan neraka (menurut sebahagian riwayat) untuk mencabut nyawanya sendiri. Apabila nyawanya dicabut, menjeritlah Izrail seperti orang gila. Andaikan masih ada makhluk yang di muka bumi, nescaya semuanya mati kerana jeritan yang dahsyat iu. Berkata Izrail,”Kalaulah begini kesakitan yang dialami semasa dicabut nyawa, sudah tentu ketika mencabut roh orang-orang mukmin aku akan cabut dengan cara yang paling lembut sekali.”

  • 25 aima // Apr 13, 2010 at 11:06 am

    Mana ko dapat sumber yang mengatakan tiupan sangkakala 3 kali ni zihan..ape yg aku tahu n dengar tiupan sangkakala cume 2 kali je.sila rujuk surah az-zumar ayat 68

  • 26 shift // Apr 13, 2010 at 11:41 am

    bro, bukankah simbol mata satu ada pada bendera keadilan…?

    dollar us pun ada mata satu, ia juga bukan kebetulan..

  • 27 cia // Apr 13, 2010 at 11:24 pm

    keadilan itu dajjal visi malaysia ke…?//?

  • 28 anis // Apr 14, 2010 at 12:24 am

    sebenarnye dia orang ahli politik ni semua tak tahu .atau sekarang mungkin mereka realised yg itu semua lambang dajjal sedikit demi sedikit…..ada yg masih tak realise yg mereka adalah puppet dajjal…

  • 29 spam // Apr 14, 2010 at 1:45 am

    abis pakcik yang cacat tuh..dajjal lah..cemana..nih ?klau sme tuh dajjal…

  • 30 anonymous1 // Apr 14, 2010 at 6:51 am

    Salam.. ada yang mengatakan tarekat/sufi ni bidaah.. boleh jelaskan?

    Satu lagi, ada yang mengatakan tarekat/sufi ni hanya fokus kepada majlis2 zikir dan tidak pernah hiraukan masalah ummat.. Walau apa pun yang terjadi di Palestin atau bumi umat Islam yang lain, mereka tetap tumpu pada majlis zikir mereka.. boleh jelaskan tak?

  • 31 Humaira // Apr 14, 2010 at 9:32 am

    Kepada yang baru nak mengenal apa itu Tasawuf. Bolehlah dapatkan buku ini “Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya” yang di tulis oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri terbitan Telaga Biru.

  • 32 cia // Apr 14, 2010 at 12:29 pm

    Tariqat Naqsyabandiah Al Aliyyah Sheikh Nazhim Al Haqani…..belum dibuktikan dgn sahihnya….

    Jabatan Mufti Negeri Kedah fatwa org2 yg dah sedia sesat……..

  • 33 misteri // Apr 14, 2010 at 1:45 pm

    klu Tassawur=Tasawuf…jgn kaye org islam, bahkan org bukan islam pon dah kuasai ilmu ni…time sy spm ramai student non-muslim amik Tassawur islam and majoriti dioang dptA1 dlm subjek ni…kalah melayu kt sek saya

  • 34 Rosswell // Apr 14, 2010 at 7:36 pm

    banner keadilan pada blog anwar ibrahim juga menggunakan warna merah seperti warna waktu senja,mengikut apa yg saya bca dr blog freeourmind,wrna tersebut kegemaran bg pengikut2 syaitan freemason.boleh sesiapa jelaskan?

  • 35 assalamu'alaika ya ahmad habibuna! // Apr 15, 2010 at 3:53 pm

    segala macam bentuk ilmu dunia dan akhirat, tersurat/tersirat, hakikat/makrifat, yang pernah diketahui atau mungkin masih belum berjaya dibongkar selama ini masih menjadi misteri ilahi.

    dan pelbagai lagi misteri ilahi itu kini diyakini berada di tangan pewaris baginda Rasulullah SAWW yang paling mutakhir dan bakal zuhur sebagai tanda zaman ini bakal berakhir iaitu Yang Saling Dinanti, Imam Mahdi A.S.

    saya menyeru saudara2 sekalian supaya kembali mencarigali sejarah kebenaran susur galur keturunan baginda Rasulullah SAWW mulai selepas wafat baginda.

    berpegang teguhlah dengan keyakinan yang wajib dicarigali tentang Imam Mahdi A.S. sebagai perisai kita untuk membongkar dan menggempur usaha musuh2 kebenaran sejati yang sekian lama cuba memadamkan sejarah susur galur waris paling suci ini yang bersanad terus tanpa putus sejak zaman penciptaan Nabi Adam A.S.

    waris keturunan Ahlul Bait baginda Rasulullah SAWW yang terpelihara kesucian mereka adalah cucu cicit yang mewarisi keturunan suci para nabi dan rasul di zaman sebelum Nabi Muhammad SAWW lagi.

    jika freemason dan illuminati dikatakan mewarisi keturunan para musuh kebenaran, tidakkah kita mahu mencarigali kebenaran yang diwarisi oleh Ahlul Bait baginda Rasulullah SAWW yang suci dan terpelihara, berkat izinNya Yang Maha Esa?

    sabda Rasulullah SAWW,” Orang yang paling jahil dan paling rugi adalah orang yang tidak mengenal imam di zamannya.”

    tasawwur/tasawwuf atau apa sahaja cabang ilmu Islam yang pernah kita ketahui tidak akan membawa kita menghampiri kebenaran jika ianya tidak bersanad daripada Ahlul Bait baginda Nabi Muhammad SAWW.

    Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad.

  • 36 ala behlul // Apr 15, 2010 at 3:57 pm

    err, saya dah baca kebanyakan artikel di blog kubranewszamany tu, nampaknya tiada apa yg menarik dan tiada manfaat melainkan ianya cuma intepretasi biasa seorang pembaca/pengkaji kitab2 lama, tidak lebih dari itu.

    tidak ada pencerahan yang mendamaikan di blog tersebut. maka saya tidak akan ke sana lagi.

    lebih baik saya baca redmummy.com

  • 37 cia // Apr 19, 2010 at 10:37 pm

    …allulsunnah wal jamaah mencintai rasullullah saw dan keluarga baginda dan para sahabat , jgn lah dibenci dan dicaci para sahabat, seperti kamu tak mahu keluarga Rasullullah saw dibenci dan di caci oleh “sunni”……… kerana mereka pun mencintai ahli keluarga ali dan fatimah dan seluruhkeluarga baginda……….selawat……

  • 38 abatasa // Apr 20, 2010 at 7:12 pm

    Salam kepada semua pembaca,

    Kepada sdr ala behlul. saya dapat merasakan anda tidak membaca dengan sepenuhnya artikel di dalam blog kubra@zamany tersebut. Jika kita ingin meneliti permasalahan agama, kita harus berhati-hati dan jika boleh ia diulangi agar dapat menangkap maksud yang tersirat.

    Untuk pengetahuan semua, penulis blog ini (zamany) adalah seorang yang banyak pengetahuan dan berpengalaman dalam selok belok berkaitan kerohanian Islam. Dia adalah cucu kepada syiekh tariqat naqsyabandi, pernah mengembaraan ke seluruh nusantara dalam usaha meningkatkan kefahamannya dalam pengajian tasawuf.

    Berjumpa berbagai aliran dan mengkaji pelbagai bentuk ilmu kebatinan. Satu peristiwa beliau pernah menaiki “tikar terbang” dan kereta kuda terbang, berjumpa makhluk-makhluk di alam ghaib dan sebagainya.

    Sdr ala behlul, anda mungkin bukan ahli yang benar-benar meminati ilmu berkaitan tasawuf ini atau pun anda tidak mempunyai asas sepatutnya untuk menghayati apa yang cuba disampaikan.

    Berkaitan tasawuf ini sebenarnya amat rumit untuk dianalisa oleh bukan ahlinya kerana ia mencakupi ilmu tersirat, ghaib dan halus (seni). Memang benar kata sdr Ibnu Yaacob diatas.

    Jadi sesiapa yang ingin mengetahuinya wajarlah mendapatkan sumber bacaan asas terlebih dahulu umpamanya buku kecil bernama “Mengenal Diri dan Wali Allah”. Dari sini perlahan-lahan meningkatkan pengetahuan kepada yang lebih berat dan mendalam.

    Harus diingat tasawuf adalah ilmu memperbaiki “hati” menjernihkan jiwa serta membersihkan daki dosa. Setelah hati itu bersih dengan sendirinya cahaya akan meliputi seluruh hati sanubarinya. Mulailah ia dapat melihat dan mentafsir sesuatu dengan jelas dan tepat. Terbuka mata basir yang tertutup selama ini, maka ia akan melihat hal-hal yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

    Begitulah serba sedikit ulasan mengenai tasawuf yang menjadi pakaian ahli sufi. Jalan termudah ialah menyertai kumpulan tariqat muktabar atau belajar terus dari guru mursyid (pastikan dahulu guru itu benar-benar mursyid).

    Ketahuilah bahawa zikir itu menenangkan hati. Bagi gulungan pengamal tasawuf ini, zikir tidak pernah mati, sentiasa hidup dalam jaga ataupun tidur.

    wallahua’lam.

  • 39 papabran // Apr 23, 2010 at 7:21 am

    mana nak dapat buku mengenal diri dan wali allah?

  • 40 hamzah // Apr 25, 2010 at 11:06 pm

    salam sejahtera sahabat. saya belajar di kedai kopi aje

  • 41 cia // Apr 25, 2010 at 11:34 pm

    banyak lah negara Islam tertegak dgn demokrasi setelah memenangi pilihanraya……dgn pilihanraya negara kita aman, makmur, bebas dan terjagalah aqidah umat Islam….itulah yg terjadi di Palestin dan Afghanistan…dan akan tertegaklah negara Islam malaysia……takdirrrrrrrrrrrrr

  • 42 misteri // May 2, 2010 at 9:48 am

    salam semua…saya yakin saudara-saudari dalam blog ni bijak2 belaka…sbnarnya bru2 ni sy ade menonton video berkenaan kaitan obama & osama kononya video tersebut cuba menyatakan bahawa osama & obama adalah individu yg sama dgn melakukan cara2 penyuaian wajah…n saya agak yakin dengan teori2 dr video tersebut…mohon pandangan saudar2 sekelian

  • 43 misteri // May 2, 2010 at 9:50 am

    oh ye saudar2 sekelian blh menonton video tersebut di youtube…just type obama & osama pastu click kat video yg paling atas skali dlm list

  • 44 cia // May 3, 2010 at 5:53 pm

    misteri, itu cuma ilmu yg tidak memberi munafaat utk diri dan org lain ,…maka buat bodoh aje…

  • 45 anis // May 4, 2010 at 1:12 am

    but sometimes it can be very true , sebab kita tak tahu apa perancangan pelik dia orang ni , very secret agenda , sebab dia orang banyak buat orang keliru….ibaratkan mereka suka mempermainkan kita semua seperti silap mata…tengoklah osama sampai sekarang pun tak kemana…..

  • 46 hamzah // May 4, 2010 at 3:26 am

    buat saudara saudara budiman muga dikasihi allah jua.
    memperkata kan tasawuf tidak semudah yang kita rencana kan.tasawuf memerlu kesabaran yg kental, tanya hati kita untok apa kita memilih jalan tasawuf.hati lah yang akan bertasawuf baru di ikuti jasad pelaksana tasawuf agar kesenian atau kehalusan terbentuk perlahan lahan dan kesudahan nya akan terbuka hijab hijab halus yg menutupi ruang atau jalan menuju kepada tuhan.kehalusan ini akan menghakis sifat aib diri bagi menjadi manusia dan insan mulia di sisi allah .di sisi allah hanya di tanya kenal maka menjadi satu keghairahan penghuni dunia berikhtiar mencari dan menyuluh di mana tuhan .
    akhir kata saya bahagia kalian berforum hanya pelihara lah catitan anda tdk menyakiti sesama kita ,utama kan adab.
    wasallam

  • 47 wan_AlRadi // May 5, 2010 at 10:00 am

    Ada sesiapa boleh kongsikan pemahaman mereka dan serba sikit boleh huraikan apakah sifat api yang membakar Nabi Ibrahim itu…Apakah perasaan Nabi Ibrahim a.s ketika dirinya dibakar oleh api…?

  • 48 wan_ArRadi.. // May 8, 2010 at 4:27 pm

    Api tetap sifatnya panas tapi dgn izin Allah ia dijadikan sejuk… Nabi Ibrahim a.s adalah hamba yang sangat disayangi Allah…masakan hamba yang menyerah diri kepada Allah dan berusaha membuat kebaikan tidak mendapat perlindungan Allah..jadikan ini satu iktibar..

  • 49 wan_ArRadi.. // May 8, 2010 at 4:33 pm

    Oleh itu, wahai Ahli Ilmuan sekelian, dengan izin Ilmu dari-Nya, mari kita teruskan perbicaraan ilmiah ini dengan jalan yang baik(berpesan-pesan) tak menjadi kesalahan, semoga dapat disematkan jiwa ini dengan hati-hati yang tenang agar dapat keberuntungan di hari kemudian nanti..Dia-lah Allah yang hanya kepada-Nyalah jiwa2 boleh menjadi tenang…wAllahualam..

  • 50 Lukman Hakim // May 26, 2010 at 6:56 pm

    pelajarilah semua bentuk ilmu agama untuk memenuhi jiwa kita, dan berdoa kepada ALLAH SWT supaya diberi petunjuk dan berselawat keatas nabi junjungan Muhammad SAW. Jangan kita bermusuhan kerana perbezaan pendapat. Sedangkan Imam 4 mushaf boleh berdialog tanpa pergaduhan, ini perlu diambil iktibar. Kita perlu buang busuk hati dan dengki sesama kita.

  • 51 Hazany // Jun 10, 2010 at 12:31 pm

    Adab berguru dalam tasauf adalah berdepan. tak boleh melalui internet/surat/telefon/lain selain berdepan. ada hikmah disebalik. carilah guru yg murshid iaitu maksud murshid adalah guru yg dipimpin rohaniah.

    walau sedikit ilmunya tapi jika ia mushid bolehlah berguru dgnnya. dalam sufi bkn mncari guru yg tinggi ilmunya, tapi sejauh mana prjalanan batinnya kpd Allah.

    sememangnya dajjal amat takut dgn org2 sufi ini sebab tu disebarkan fahaman bhw tasauf ni sesat. knapa takda fitnah kata bhw fekah sesat?

    tidak rasul jika tidak nabi, tidak nabi jika tidak wali, tidak wali jika tidak sufi, tidak sufi jika tidak mngambil tarekat. ramai ahli tarekat sukar mnjadi seorang sufi, apatah yg tidak mngambil tarekat.

    ambil la info di jabtan agama ngeri masing2 tentang2 tarekat yg msih wujud dan sah selamat utk diambil bahagian. mmg zaman sekarang amat byk tarekat yg sesat..hati2lah…berdebat dgn guru tarekat tidak salah jika niat hndak mncari kbenaran/pemahaman…yg penting beramal la dgn tekun dan sabar.

    dlm tarekat mmg banyak dugaan seribu satu jenis muslihat nafsu syaitan utk nyesatkan kita. jadi hati2 lah dan sentiasa berdamping dgn guru. kuatkan ibadah di mlm hari dan berpegang pd tali allah. bkn berpegang pd guru.

    jgn berdebat ttg tarekat mana yg btol/bagus…smemangnya stiap2 tarekat amalannya lain2 tapi matlamatnya sama. bezanya kita disisi Allah adalah takwa ssorang…bknnya tarekat yg popular/cepat mncapai makrifat…wassalam…

    bg pndapat saya ini sebuah blog yg paling cemerlang/berilmiah dlm internet dan dlm seumur idup saya…syabas!

  • 52 Nurani Maarif // Jun 11, 2010 at 8:33 am

    Barangsiapa yang mengenal Tuhannya maka akan diberi kenal akan musuhnya bahkan Allah akan tunjukkan siapa musuh dihadapannya, walahua’alam.

  • 53 jejari // Jun 18, 2010 at 3:11 am

    Ilmu yang WAJIB umat islam pelajari:
    1. Ilmu Tauhid
    2. Ilmu Feqah
    3. Ilmu Tasawuf

    Penyakit zahir tidak akan dapat di ubati melainkan berjumpa doktor atau tabib, begitu juga dengan penyakit hati tidak akan sembuh melainkan dengan mempelajari dan mengamalkan ilmu tasauf, iaitu ilmu thariqat yang memberi manfaat dan ilmu syariat.

    Dengan permulaan perjalanannya bertaubat nasuha dari segala maksiat yang zahir dan batin dan belajar ilmu usuluddin setakat yang fardhu ain.

    Ilmu thariqat itu memadai bagi orang awam diketahu dan di amalkan mengikut apa yang terkandung di dalam kitab Minhajul Abidin karangan Imam Ghazali.

    Mengenai jalan ke arah mendidik akhlak / hati, keterangan terperinci boleh juga di dapati dari kitab Siyarus salikin juz3.

    http://www.jejariaccess.com/blog/?s=tasauf

  • 54 ntah // Jul 2, 2010 at 7:22 am

    salamualaikum..nak tanya
    dkat mana nak bersoal jawab..untuk mengatahui dengan menyeluruh tentang pegangan akidah parti islam semalaysia..dan pandangan nya kepada orang islam yang di luar jemaahnya…

  • 55 papanselaju // Aug 13, 2010 at 4:55 pm

    ilmu fardhu ain ada 3

    1. ilmu ttg akidah
    2. ilmu feqah
    3. ilmu tasawuf

    “amalan yg banyak tetapi niat selain maksud kerana Allah swt, maka amalannya tertolak. amalan yg sedikit tetapi dilakukan semata2 kerana Allah swt, sudah mencukupi utk keselamatan di akhirat.”

    ilmu tasawuf nih ilmu berkenaan dgn hati… amalan yg banyak, tetapi hati penuh ujub, kibir, riak, sombong,hasad, dengki, cinta mabuk dunia, yakin makhluk maka hati ini dalam bahaya, bahkan jauh dpd kenal Allah.

    bila hati lurus, niat jadi lurus. bila niat lurus, iman pun lurus. bila iman lurus, segala pergerakan amalan anggota badan sorg hamba itu menjurus semata2 mencari redha Allah.
    maka kesannya Allah jadikannya sbg muttaqeen, mutawakileeen, sobireen, zuhud, selalu syukur, melihat kelemahan diri, selalu muhasabah diri dan mempunyai nafsu mutma’innah

    maka ini lah yg dimaksudkan oleh satu hadis nabi saw lebih kurang mafhum “ketahuilah di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, bila baik, maka baik lah seluruh tubuh. dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah daging itu adalah hati”

    maksud khusus tariqah ialah, agar tabiat n hati manusia gemar dengan perintah Allah dan membenci laranganNya, merasakan kelazatan beribadat dan merasa dukacita jika membuat maksiat. inilah TUJUAN n hasil daripada tariqah.

    yang lain di dalamnya (zikir, ibadah, riadah, tafakkur, sughul, mujahadah, sulook, dll) adalah ASBAB agar segera sampai kepada TUJUAN.

    namun hari ini ramai orang menyangka bahawa ASBAB itu adalah tujuan tariqah. padahal kebanyakannya adalah bidaah. kerana DARJAT semua cara itu adalah ASBAB pada tabiat, bukannya TUJUAN. maka mengikut kehendak dan keadaan yg berlainan cara itu harus dibaiki untuk sampai kepada TUJUAN.

    Yang TERPENTING adalah perkara di dalam SYARIAT kerana SYARIAT itu WAJIB diamalkan SEPANJANG ZAMAN.

    rim kereta, kalau tak mempunyai skru, fungsinya tak sempurna. tapi, ada pun skru tapi tak ada rim kereta+tayar dipasangkan pada kereta, maka kereta itu cacat tak berfungsi sama sekali.
    rim kereta -SYARIAT, skru2 - ZIKIR/TARIQAH
    kesimpulannya, 2 -2 penting.

    jadi ilmu ttg didik hati dan nafsu ini penting kwn2 semua.. utk ilmu tarbiyah hati ini, seperti kata HAZANY, takleh guna telifon, internet, ceramah berapi2, borak2 di kedai kopi, tapi perlu berguru.. antara usaha kafir yahudi akhirzaman utk merosak org islam sekarang nih, adalah renggangkan umat islam dgn para ahlullah dan para ulama..maka perlu kpd guru2 mursyid yg bersanad sampai rasulullah saw.. nak ambik tariqah biarlah yg mursyidnya amal sunnah n syariat, akhlak n taqwanya tinggi, sebelum azan berkumandang lagi, dah terpacak solahnya di saf yang paling hadapan.

  • 56 papanselaju // Aug 13, 2010 at 5:10 pm

    kesan dpd tariqah yg betul, ketaksuban kpd hidupan nabi saw dan sahabah ra akan melebihi dpd ketaksuban wali2 Allah itu sendiri.

    jadi wali, ataupun dapat terbang ataupun ratusan keramat, bukanlah maksud.

    bagaimanakah dpt amalkan segala perintah Allah, setiap nafas hamba itu dpt hadirkan hidupan nabi saw dari hujung kaki ke hujung rambut dalam keadaan apa jua sekali pun secara istiqamah, yakni agama yg sempurna

    amal agama yg sempurna
    adalah hakikat maksud setiap mukmineen utk cari redha Allah.

    istiqamah perkara yg kecil dlm agama pun, adalah lebih baik dpd ribuan keramat.

    semoga Allah bagi kita taufiq utk dpt kpd agama yg sempurna. ameen

Leave a Comment

Wallhualam

© 2007–2008 Dajjal: The King of the World Conspiracy — SitemapCutline by Chris Pearson