
Kerajaan kemungkinan mempertimbangkan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,”
katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.
Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.
“Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.
“Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah,”
katanya.
Sumber : Malaysiakini.com
Ulasan
Judi tetap haram walaupun 0.1% dan sebagai kerajaan Islam adalah wajib mengharamkan sebarang perlaksanaan judi. Alasan keprihatinan terhadap rakyat tidak boleh digunakan kerana ia seolah-olah menggalakkan perlakuan judi.
Alasan yang diberikan oleh Awang Adek bahawa “judi tetap akan berlaku jika dikawal” tidak boleh diterima langsung malah ia seolah-olah cuba menolak hukum Allah secara diam. Perkara haram tetap haram. Jika alasan tersebut digunakan maka kerajaan juga perlu mansuhkan Akta Dadah kerana realitinya “dadah tetap dijual beli walaupun dikawal dengan undang-undang”.

60 responses so far ↓
1 Fahmishah // May 7, 2010 at 11:54 am
apabila pemimpin sekarang tidak yakin untuk mempraktikkan hukum allah.
2 Pena Maya // May 7, 2010 at 8:18 pm
Apa yang haram tetap haram.
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. [7:96]
3 anon // May 8, 2010 at 12:21 am
kufur government
4 kenji // May 8, 2010 at 4:30 am
*niat tidak menghalalkan cara*
5 cia // May 8, 2010 at 6:22 am
judi diharuskan bilamana negara maju membangun bersama rakyat(spt PR)……………
Bilamana negara dah maju dan berjaya dan banyak duit barulah kita mengsunatkan nya…..
dan wajib kita bersunat^$%%$##@$@!
6 Ahmad bin Abdullah // May 8, 2010 at 6:32 am
rasa mcm nak buat tunjuk perasaan je…eeeeeeeiisshhh…sabar2….
7 stylo // May 8, 2010 at 8:07 am
lawak tul …
cmtu kena la membenarkan zina, rompak, rasuah… kerana jika x dibenarkan pon mmg telah berleluasa..
apa punya alasan daa… rendah IQ tul
8 RBK // May 8, 2010 at 8:29 am
ORANG ISLAM ATAU PEMIMPIN ISLAM YANG MEMBENARKAN PERJUDIAN ADALAH TERGOLONG KEPADA 3 SIFAT KUFUR,ZALIM DAN MUSHRIK
9 cabai // May 8, 2010 at 1:02 pm
teringat filem p.ramlee, laksamana doremi.. patut la si sudin kata alif min nun tendang wau = sarkis…
10 Abdullah // May 8, 2010 at 4:37 pm
matlamat tidak menghalalkan cara..
hasil utk pembangunan sukan? astargfirullah..benarlah umat akhir zaman kini sudah tidak peduli lagi dari mana datangnya sumber pendapatan itu..
sama2lah kita perbaiki diri dan memberi peringatan agar Allah memberi kemenangan kepada yang hak..
11 biasa // May 8, 2010 at 4:44 pm
ermmm, pelik btul kerajaan nie, dlu mase datuk chua jd menteri kshatn, kerajaan beri jarum dan kondom percuma kepada penagih demi membendung masalah hiv, aids tapi kesan sebaliknya lebih menggalkkan, inikan pulak menghalalkan judi….ish2, kadangkala dasar yang dibuat tidak revelan langsung, yang hakiki bertentangan dengan syariat agama..dan sepatutnya harus terus berjuang mengatasinya demi agama dan bangsa..apepun, ini hanya pendapat saya>>>
12 SOA // May 9, 2010 at 3:54 am
hahaha!!!
matlamatnye x bukan ialah kerajaan just nak tax hasil judi tu je….
halal haram blakng citer…
juta2 tu beb…
rugi x tax….
13 haekm // May 9, 2010 at 2:16 pm
KAFIR=INGKAR=KUFUR=DAH TAHU TAK LAKSANAKAN….
ALLAH DAH WAJIBKAN SUPAYA JALANKAN HUKUM2 NYA DI ALAM INI…SURAH 24:1..RENUNGKANLAH WAHAI MANUSIA
14 misteri // May 9, 2010 at 5:08 pm
rasenye isu najib nak tambah lesen judi dlm negara ni ade gak disebut leh anwar dalam ceramahnye baru2 nie tp yg paling memalukan ialah bukan saje PAS n PKR malah ade sebahagian ahli DAP juga yg turut menetang tindakan tersebut….pada pandangan saya najib x laen x bukan memalukan agama islam, bangsa melayu n negara islam…org melayu lulus lesen judi,org cina DAP menetang judi…APE NIE
15 kidalisme // May 11, 2010 at 12:28 am
kite skg ni bknnye status negara islam, tapi negara sekular pimpinan org kufur+munafik…
sbb tu hukum Allah sume dorg buat maen jek,
16 syaibah79 // May 11, 2010 at 5:55 am
Adakah kerajaan juga akan menghalalkan zina (pelacuran) kerana jika tidak dihalalkan ianya tetap akan berlaku..?
“Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya perkara-parkara yang meragukan (syubhah), maka tinggalkanlah ia”
17 dol // May 11, 2010 at 8:25 am
awang adek ni dlu x sekola agama…pikiran dia mmg agak bangang la…agak2 klu krjaan kluarkn lesen,judi tu jd halal la?x dosa la?bodo pnye awang adek!
18 sangnilautama // May 11, 2010 at 3:55 pm
NI BLOG ANTI KONSPIRASI ATAU ANTI KERAJAAN??
19 anon // May 12, 2010 at 12:59 am
dua-dua. konspirasi memang selalu berkaitan dgn kjaan. elehh macam kau tak biasa.. purak-purak saja kau..
20 ORGMUDA // May 12, 2010 at 10:00 am
ada gak saya terbaca ari tu kat paper ingatkan negara lain tengok2 MALAYSIA rupanya…terkedu seketika apa nk jadi 10 thn akan datang klu lesen nie di keluarkan,,,
cukup2la kedai perjudian haram yang x di banteras dlm negara nie,,,nk tambah perjudian yang “halal” pulak maka akn semakin rosak la negara kita kerana alasan utk membangunkan suakn tanah air,,,memang rasa sangat bodoh kalau undang2 cam nie di luluskan….klu cam nie cam na ORGMUDA nk undi kerajaan hanya untuk menghalalkan yg haram…..
21 Ahmad bin Abdullah // May 12, 2010 at 11:48 am
yup…mcm mana la 10thn lagi nnt…org2 tua akan mati, yg akan teruskan org2 muda jugak…anak2 kita tgh membesar…hmm…
22 Kilat // May 12, 2010 at 1:23 pm
Dan akhirnya kerajaan telah luluskan lesen judi ini.. kata orang muda : maaasssyyuuukkk!
http://www.malaysiakini.com/news/131567
23 johan // May 12, 2010 at 4:03 pm
bangunlah semua umat islam…bila lagi kita nak buat undang2 mengikut ISLAM ynag sebenar….laksanakan lah hukum hudud di malaysia….kes2 buang bayi makin menjadi….judi dihalalkan….apa suda jadi dengan malaysia….???kenapa rakyat masih buta..??pemimpin plak nak buat pendidikan seks di sekolah….nak stabilkan ekonomi untuk rakyat….adakah ini jalan penyelesaian..???mahukah negara kita dilanda musibah seperti tsunami…???
24 johan // May 12, 2010 at 4:10 pm
cukup2lah sandiwara kerajaan selama ni…..sampai bila kita terus mengikut undang2 yang dibawa penjajah sejak merdeka……adakah hukum Allah itu terlalu kejam bagi manusia sejagat…????adakah manusia lagi hebat daripada Allah….adakah akal manusia melebihi Allah…
25 johan // May 12, 2010 at 4:13 pm
kembalilah kepada al-quran sebagai rujukan…..hayatilah kisah umat2 terdahulu….janji Allah itu benar…..
26 wan_sbh // May 12, 2010 at 4:18 pm
rasa nak menangis tengok keadaan umat islam skang….x bersatu n terumbang ambing…..semua mengejar dunia semata-mata…
27 wan_sbh // May 12, 2010 at 4:21 pm
gunakan semua saluran media…..blog…facebook atau apa sahaja…..kita perlu bertindak…..sebarkan kepada seluruh anak muda…..
28 johan // May 12, 2010 at 4:29 pm
akibat terlampau banyak makan duit haram macam nilah jadinya…terlampau ikut hawa nafsu dan membelakangkan ajaran islam…..
29 anon // May 13, 2010 at 12:39 am
nanti yg judi kapir, mutad, tak sedar dah mutad. wolrd cup tu.. pigi je warung kopi, tepi jalan, dlm hotel, kompleks, intenet bola judi.. bengap.
30 putra // May 15, 2010 at 4:11 pm
CIA…AP KO MENGARUT NIH??
AKU TAK PAHAM LERR…TLG JELASKAN…BIARLAH DAPAT DIFAHAMI WPUN BERBAHASA BUNGA….
cia // May 8, 2010 at 6:22 am
judi diharuskan bilamana negara maju membangun bersama rakyat(spt PR)……………
Bilamana negara dah maju dan berjaya dan banyak duit barulah kita mengsunatkan nya…..
dan wajib kita bersunat^$%%$##@$@!
31 Ahmad bin Abdullah // May 16, 2010 at 3:47 pm
dia perli tu…
32 naurah // May 17, 2010 at 6:36 am
en najib apa matlamat utama anda dalam memimpin Malaysia (negaraku yg tercinta)…
im blured..
33 cia // May 20, 2010 at 1:05 am
putra….mufti malaysia kata judi harus di malaysia….so,
naurah…. najib memimpin kita ke neraca “pembangunang”…itupun nak blured…????
34 dijot // May 20, 2010 at 1:25 am
Ya Allah..selamatkan lah semua umat Islam dari kermukaan Mu..selamatkan lah semua Umat Islam dari tergelincir ke Neraka Mu yang amat pedih siksaannya Ya Allah..Ampun kan lah segala kejahlilan kami..Aminnn
35 al mujahid // May 23, 2010 at 2:50 am
emm.. dalam surah al baqarah ayat 219 kan ada sebut yang keburukan judi ni lebih besar dari manfaatnya. allah suruh kita BERFIKIR dalam ayat yang sama. jadi, kesimpulannya, orang yang nak menghalalkan judi ni ialah orang-orang yang jahil sebab tak pandai berfikir walaupun dah ada petunjuk yang nyata(al-quran).setuju tak?
36 saY No to AlL leADerS // May 25, 2010 at 3:16 pm
AWAS!!! SKRG BGLANGSUNG KEMPEN AMBIL SUNTIKAN H1N1…ONE WORLD GOVT = USAHA MENGURANGKAN POPULASI DUNIA…..CHEMTRAILS..SOUNDS FAMILIAR?? LOOK UP THE SKY..ITS HAPPENING NOW..WAKE UP MALAYSIANS!!!!
37 lutut // May 26, 2010 at 1:47 am
say no to all politicians, bahaya ke chemtrail tu? itu yg disembur oleh kapal tebang dlm garis lurus di langit tu kan? bukan untuk pembenihan awan ke?
38 saY No to AlL leADerS // May 26, 2010 at 10:44 am
GOOGLE CHEMTRAIL..GOOGLE..H1N1 VACCINE SIDE EFFECTS..TOLONG TOLONG JGN KASI ANAK GADIS ANDA SUNTIKAN HPV YG WAJIB DI SEKOLAH..KNP DIDALAM AKHBAR SETIAP DIALOG NAJIB BERAKHIR KE ARAH NEW WORLD ORDER???
39 saY No to AlL leADerS // May 26, 2010 at 10:49 am
LATEST 2012 OLYMPIC MASCOT..SEE IT TO BELIEVE IT!!!!
40 black // May 27, 2010 at 12:46 am
tiada kompromi…
maner bley nk kluarkan lesen judi…
kiter tidak boleh menghalal kn bender yg haram…
kiter negara islam…
knp perlu ader pertimbangan terhadap perkara tersebut dgn hanya untuk mengelakkan perjudian haram… hurmm, perkara nie di tentang 100% oleh sy…
41 Aku Sembunyi... // May 27, 2010 at 6:24 pm
Kedai Cyber Judi (bukan Cyber cafe) akan tumbuh seperti cendawan.. anak kini kita lihat di cyber cafe, 10 tahun akan datang cyber mana tak tahulah.. masalah macam ini kita duduk2kan.
42 Hamba Allah // May 28, 2010 at 4:04 pm
Salam..maka bertepatanlah dengan hadis nabi tentang peristiwa akhir zaman..
semoga kita mendapat manfaat dan mempersiapkan diri…
Janji Allah kepada hamba yang berada dijalan_Nya akan mendapat keredhaan..
sama2 kita muhasabah…salm..
43 Editor HM // Jun 6, 2010 at 6:53 pm
Apapun, yang haram tetap haram…
Better mansuhkan lesen judi,
ia boleh meruntuhkan institusi keluarga..
44 gee // Jun 8, 2010 at 6:38 am
commonlah pemimpinku..jgn jd umpama pemimpin buta.iqraq!iqraq!kalau dia sbg pemimpin x tegas..pd siapa kita nk hrpkan lagi.ntahlah,mals nk komen part ni.malu apabila ada pemimpin yg suka2 menghalalkan yg diharamkan Allah.
45 Hazany // Jun 10, 2010 at 12:41 pm
bagus jugak dpt dicopy info2 dlm blog ni sebarkn pd kwn2 di fb, twitter, frenster, dlm blog sndiri ka…sbg mmbuka mnda n mata kwn2 seagama kita yg msih ‘enjoy tidur’….bleh tak admin???
46 Awek Gedik // Jun 19, 2010 at 12:30 pm
Nama je kerajaan Islam, tapi bodoh dalam memahami ajaran Islam… JUDI TETAP HARAM… BODOHHHHHH….
47 Zulkarnain // Jul 1, 2010 at 5:36 am
Tak diluluskan pun. Itu kan cadangan je? So sapa yang bodoh skarang? Itu le lain kali tunggu keputusan, jgn maki dulu. Baru le berakal. Kurangkan emosi ok?
48 Ahmad bin Abdullah // Jul 1, 2010 at 10:31 am
x diluluskan setelah pertimbangkan suara org ramai…bukan setelah baca ayat pengharaman judi dlm al-quran…ayat al-quran yg muhkamat pon nak pertimbangkan lagi…
49 anis // Jul 2, 2010 at 2:55 am
yessssssss….very…kalau dorang rujuk kat dalam al quran dah tentu dorang tahu apa tu hukum hukumnya, bukannya setakat judi je….tapi negara kita tetap jugak ngan hukum sekular….
50 misteri // Jul 2, 2010 at 7:07 am
to hazany: sebarkan je, biar terbukak mata umat2 islam kt malaysia nie asyik pikir nak enjoy ni….time2 world cup ni ntah brapa ramai budak sek ponteng klas gara2 x dapt bangun pg…sibuk tngok world cupnye pasal la……solat subuh pon ntah ke mana campaknye…..perang armageddon dan nak meletus tp dioang ni masih leka dengan world cup dioang
51 7th scream // Jul 2, 2010 at 7:09 am
stuju gan pndpt korg..
52 senah perihatin // Jul 4, 2010 at 8:50 am
sape kte kte ni ngare islam…..ngare islam sptutnye mjlnkn hukm islam(hkm hudud)…pemimpinnye pon kn melaksanakn tggujwb sbgai org islam dgn sempurna…..
53 spam // Jul 17, 2010 at 3:58 pm
judi islami barangkali..hik2…
54 Panglima Panji Hitam // Jul 19, 2010 at 5:59 pm
UMNO bukan ISLAM.. UMNO lebih mirip kepada KEBANGSAAN.
Sahabat2 ku yg sebangsa lagi seagama, salam sejahtera.
Bukan maksud ku untuk membuta tuli meletakkan UMNO itu di kedudukannya sebagai KEBANGSAAN yg membawa Bangsa Melayu ke lembah neraka, inilah bukti0bukti dimana pemimpin-pemimpin Melayu kita pada hari ini mengaburi kita dengan kata-kata manis serta berbagai lagi sumbangan-sumbangan yang melekakan kita dari mengingati Allah.
Sudah jelas sama sekali buat kita bahawa pemimpin-pemimpin UMNO yg saya sendiri pernah sanjungi menghalalkan yg haram. Kini saya telah insaf dan yakin bahawa hanya yang sebenar-benar nya dalam makna kehidupan itu ialah ISLAM, negeri yang di perintah di bawah daulah Islamiyah.
Pemimpin-pemimpin UMNO yang disanjungi ramai ini telah memimpin sebahagian besar dari kita ke arah kekufuran & sesat dari jalan yang diredhai Allah. Jelas sekali, pera pemimpin kita pada hari ini adalah pemimpin jahil & kufur terhadap kebesran Allah SWT. Mereka menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal.
Apakah kita akan berfikir semula wahai tuan-tuan & rakan-rakan ku? Adakah kita menimbangkan semula sokongan kita terhadap UMNO yg jelas menghalalkan yg haram? Tepuk dada tanyalah iman kita masing-masing.
Sekian. Wasalam
55 Panglima Panji Hitam // Jul 19, 2010 at 6:26 pm
Jika Perdana Menteri kita itu benar-benar Islam yang zuhud, mengapa masyarakat di Tanah Air bertuah ini masih kacau bilau?
Mengapa Pemimpin-pemimpin kita tidak membanteras judi yang sedia ada dalam negara?
Mengapa tidak dilaksanakan hukum Islam yang telah di firmankan Allah dalam Al-Quran?
Mengapa tidak di banteras segala gejala rasuah & penyelewengan yang berlaku dalam kepimpinannya dan juga sebahagian rakyatnya?
Apakah layak Malaysia menjadi negara Halal Hub setelah mempertimbangkan lesen judi?
Adakah Para pemimpin-pemimpin ini tahu dosa-pahala & juga Syurga-Neraka?
Apakah mereka mengenal diri mereka sebenar-benarnya & juga mereka kenal sedalam-dalamnya tentang Allah?
Mengapa dibiarkan sisitem sekular yahudi dan nasrani berkembang di Tanah Air bertuah ini?
Mengapa dibiarkan rakyat-rakyatnya menderita dengan kesempitan hidup akibat kos sara hidup yang tinggi serta ekonomi yang bergelumang dengan perkara-perkara haram seperti riba’ & syubhah?
Cuba teliti semula sistem kerajaan yg dibina Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW (selawat & slam keatas baginda) ketika di Madinah dahulu…
Fikir-fikirkanlah, samada anda masih keteliduran & masih menjunjung pemimpin-pemimpin yang memimpin anda ke lembah neraka jahanam. Kembalilah kepada fitrah mu, kembalilah semula ke jalan Allah!
Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan ALLAH & Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!
56 anis // Jul 20, 2010 at 1:42 am
baru baru ni saya tengok sharizat dijemput memberi keterangan dalam slot wanita apa tah??? dalam tv1…..dia menyebut tentang mahkamah syariah , tentang melantik hakim wanita dalam mahkamah syariah….dia menceritakan kedudukan wanita hari ini dalam malaysia yg sepatutnye maju….abis bila soal hukum hudud…..saya baca dulu , dia kata hukuman tu terlalu kejam…..macamana dia boleh kata hukum allah tu kejam…..dia ni gila kot???
57 ridzuan // Aug 14, 2010 at 3:05 pm
jgn sampai malaysia kena sunami baru tahu benda yang haram tetap haram ini pula menghalalkannya…..cakap negara islam…cakap macam budak2….
58 ridzuan // Aug 14, 2010 at 3:08 pm
tapi kita kena ingat ekonomi malaysia siapa yang kuasai….sebab itu kita ibarat lembu kena cucuk hidung…..
59 Shah // Aug 28, 2010 at 12:44 pm
Salam sume.., aku setuju ngn pendapat korang..marah2 pasal umno teruk…aku pun menyampah ngn pemimpin Taghut ni…..tp ape yg korang ckp harap akan diubah masa PRU13 nnt…jgn ckp jer skrg…last2 nnt umno bg kain pelikat terus pangkah derang…so pakat2 la tukar sekali gov tgk camne…cakap x kene, tendang pun x kene…adoiii…(Johan raja lawak)
60 Proven // Aug 29, 2010 at 8:17 pm
Leave a Comment