Dajjal: The King of the World Conspiracy

Blog Konspirasi Malaysia

Dajjal: The King of the World Conspiracy header image 2

Teori Penguasaan Hujan Oleh Dajjal

August 13th, 2007 · 8 Comments · Teori Konspirasi

oleh Ibnuyaacob

 

Hadith Berkaitan….Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi…”

Keupayaan Dajjal

Keupayaan Dajjal dapat diringkaskan seperti berikut:

  • Dapat mengarah langit menurunkan hujan secara spontan
  • Dapat mengarahkan bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan
  • Dapat menyebabkan tanam-tanaman dan binatang ternakan tidak menjadi.

Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan keupayaan Dajjal yang amat dasyat ini adalah  tergolong dalam bentuk “fitnah” paling besar di akhir zaman kelak. Keupayaan Dajjal mengalihkan perjalanan hukum bumi dari Barat ke Timur diakui oleh Nabi dalam banyak hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh banyak imam-imam yang muktabar.

Sebagai umat Islam adalah wajib kita mengimani apa yang dinyatakan Rasulullah SAW, disamping itu wajarlah kita meluaskan ruang pemikiran kita tentang keupayaan Dajjal yang paling hebat ini.

“Menerbitkan Matahari Dari Barat”

Teori 1 : Pembinaan Mega Studio Tanpa Dinding dan Wayar

Pelan kasar penyelidikan untuk mengalihkan peredaran bumi sudah dilakar sejak beratus tahun. Cuma hasil dan kemajuannya baru nampak kini. Konsep utama teknologi gelombang satelait enam penjuru dapat dilihat  pada logo fahaman Cabbala atau ritual ibadat gerakan Illuminati.

Pengalihan Hukum Peredaran Bumi

Bumi berputar setempat dengan kelajuan 1000 km/j dari arah Timur (terbit matahari) ke arah Barat (terbenam matahari) dan melakukan pusingan mengelilingi matahari dengan kelajuan 65,000 km/j. Dengan kelajuan yang luar biasa itu amat menakjubkan objek-objek dibumi tidak pula terpelanting keluar. Objek di bumi pula ditarik rapat ke bumi dengan bola graviti yang berada di tengah-tengah perut bumi.

Untuk membuatkan bumi berputar ke arah berlawanan maka 3 perkara perlu dilaksanakan iaitu Menghentikan Putaran, Memutarkannya Semula dan Mengekalkan Putaran.

Penulis percaya bahawa hukum ini tidak boleh dipecahkan kerana ia sudah masuk peringkat kiamat akhir. Dajjal menyedari hal ini (Dajjal juga mengkaji “al-Quran” untuk tujuan memesongkan umat Islam), dan si laknat itu masih mahu meneruskan hawa nafsunya yang sering mendesaknya menandingi kuasa tuhan. Dia mahukan kuasa seperti tuhan, dia mahu kuasa menurunkan hujan, kemarau, ribut, banjir, gempa bumi berada di tangannya.

Jalan yang paling mudah ialah membina studio besar tanpa dinding yang boleh menggerakkan sesuatu unit sebagai agen tiruan. Unit-unit tiruan itu ialah awan tiruan, langit tiruan, matahari tiruan, kilat tiruan, puring beliung tiruan dan bermacam-macam lagi lagi perkara tiruan. Ingatkah kita kepada pesan Rasulullah SAW dan nabi-nabi sebelumnya iaitu “berwaspadalah dengan fitnah-fitnah yang dibawa oleh Dajjal”. Pernahkah kita mengkaji perkataan fitnah itu. Apakah takrifan bagi fitnah? Kenapa nabi tidak mengguna perkataan menyerang atau memaksa atau membunuh?

Kita tinggalkan dahulu perkataan FITNAH itu (akan dibincangkan di bab yang lain).

Semua unit-unit tiruan ini perlu disediakan di seluruh bumi (mustahil juga, mampukah Dajal berbuat demikian?). Selepas disediakan, unit-unit ini mestilah telah siap dipasang di sesuatu tempat agar mudah Dajjal mengarahkan cuaca berubah melalui arahan suara. (rujuk artikel rumah pintar, arahan melalui suara).

Dengan tersedianya semua unit tiruan ini, maka Dajjal akan mudah ke mana-mana tempat untuk dia berdakwah, yakni dalam erti kata lain, dimana-mana sahaja dia berada maka Si Laknat itu mampu memberikan arahan kepada “medium elektronik yang siap dipasang”, dan berlakulah keadaan cuaca seperti yang dikehendaki. (Rujuk artikel berkenaan “Rumah Salji” di Malaysia)

Pelan Persediaan Unit-Unit Tiruan oleh Dajjal

Pelan tindakan menyediakan semua perkakasan-perkakasan amat kompleks dan memerlukan suatu perancangan yang rapi. Ini termasuklah memastikan setiap penjuru bumi dilengkapi kelengkapan yang canggih, yang mana kelengkapan itu berupa suatu bentuk yang tidak disedari manusia bahawa ia adalah kelengkapan pembinaan studio gergasi.

Pembinaan studio gergasi ini harus dilakukan tanpa disedari manusia akan cara ia berfungsi agar Dajjal dapat menipu (memfitnah) semua manusia bila ia keluar nanti. Sebelum melaksanakan tugas besar ini, yang obejktifnya adalah “Dajjal mampu mewujudkan cuaca, mengalihkan matahari, kesuburan tanah dan ternakan“, suatu bentuk eksperimen perlu dijalankan secara kecil-kecilan (pilot project).

Lokasi terbaik melakukan eksperimen ini ialah studio Hollywood yang serba canggih itu yang menjadi syurga semua manusia tanpa iman dalam dunia. Kita sudah sedia maklum akan siapa Lembaga Pengarah Hollywood iaitu seorang Yahudi yang ekstremis.

Hollywood amat sesuai untuk suatu projek percubaan sebelum suatu projek sebenar berjalan. Menyelami projek percubaan (trial project) amat penting bagi kita kerana kunci projek mega Dajjal untuk menjadi tuhan akan terbongkar sedikit demi sedikit.

Ya! Benar ada yang mengatakan “Buat apa susah-susah nak fikir, biarlah semua tu terjadi, Dajjal memang akan muncul, Allah dah tetapkan, kita tak boleh buat apa. Kalau kita tahu rahsia Dajjal sekali pun Dajjal tetap akan menjadi orang jahat dan menentang Nabi Isa dan Imam Mahdi.” Ya benar, ianya semua takdir Allah. Jika itulah hujah yang kita guna untuk tidak mahu berfikir dalam hal ehwal Dajjal maka hujah di bawah ini adalah lawannya.

Menaiki motosikal dalam keadaan tidak bertopi keledar adalah amat bahaya dan semua orang mengetahuinya. Jika jadikan ‘takdir’ sebagai alasan untuk tidak mahu berfikir mengapa kita memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, polis bukannya ada selalu di jalanraya, bukankah jika Allah berkehendak untuk ia mati, di mana pun ia boleh mati. Oleh sebab itu, jika orang bertanya kepada kita “Ali mengapa tidak memakai topi keledar, bahaya nanti boleh mati? Kita sepatutnya menjawab “Takpelah Mat, mati adalah takdir tuhan”. Tetapi realitinya kita tidak menjawab begitu malah kita sendiri memakai topi kerana takut mati atau cedera. Tindakan memakai topi adalah tindakan berjaga-jaga agar kita “tidak ditakdirkan dalam golongan yang tercedera”.

Samalah juga dalam hal ehwal Dajjal, berfikirlah untuk tidak tergolong dalam kelompok yang termakan fitnah Dajjal.

Berbalik hal studio mega tadi, kita perlu melihat statistik studio Yahudi ini dalam menghasilkan filem-filem berkaitan keadaan cuaca, perubahan alam, gempa bumi, ledakan nuklear, banjir dan sebagainya. Perkara yang perlu dikaji ialah;

  • bilangan filem yang dihasilkan.
  • Siapakah pengarah dan penulis skrip (adakah mereka anggota illuminati atau freemason atau kelompok rahsia lain atau sekurang-kurangnya mereka berbangsa Yahudi seperti Steven Spielberg)
  • Melihat plot atau kronologi cerita tersebut.
  • Konsep yang digunakan dalam mencetuskan bencana alam tiruan.

Tags:

8 responses so far ↓

  • 1 kd // Aug 25, 2009 at 1:12 pm

    dajjal itu manusia.makhluk atau kumpulan?

  • 2 hamdan72 // Aug 26, 2009 at 6:52 am

    Kan ikut hadis, dajal besar original tu seekor manusia rupa sebenarnya buta sebelah mata, suka merantau serata dunia menyebarkan fitnah dan ditangguhkan ajalnya (imortal) sehingga hari kiamat. Dia ada kuasa makhluk jin, ilmu teknologi menjangkaui batas, ilmu fitnah putar belit dan teramat kaya dengan emas dan wang. Dia telah menjalani pembedahan plastik untuk menutup rupa sebenar dia supaya orang tidak kenal dia.

    Dajal-dajal kecil (anak-anak buah dia) pula dianggarkan ada 30 ekor. Kuasa2 jin mereka kurang sedikit dari dajal besar tapi juga ditakuti dan masing-masing ada kelebihan tersendiri. Mereka bukan muncul secara mendadak tetapi muncul perlahan-lahan seekor demi seekor, dari zaman ke zaman, dirahsiakan dari pengetahuan masyarakat umum, sehingga tibanya hari kiamat.
    Diteorikan dajal-dajal kecil ini juga boleh hidup lama sekitar 250~300 tahun setiap seekor daripada mereka.

    Ok, dajal-dajal kecil ni sudah lama berkomplot membantu dajal besar semenjak zaman nabi lagi menyesatkan sekumpulan manusia-manusia sesat (secret societies) untuk bertambah menyesatkan lagi ramai manusia yang sesat di dunia. Mereka menyediakan kesenangan dan kemewahan hidup kepada sesiapa yang mengikuti mereka dengan balasan kena berbuat jahat dan fitnah bagi pihak mereka. Rangkaian francais mereka ialah hampir 90% global.

    Dianggarkan telah muncul sekitar 23~25 ekor dajal kecil sepanjang 2000 tahun ini di seluruh pelusuk dunia meresap ke pelbagai bidang pemerintahan. Pengikut2 setia sesat mereka teramatlah ramai dan telah dibutakan dengan nikmat2 nafsu duniawi yang diberikan.

    Kepada sesiapa yang kurang percaya dengan semua ini, sesungguhnya kamu telah menolak kebenaran yang telah tertulis dalam hadis. Hadis nabi telah mengingatkan kita tentang bencana besar akhir zaman ini. Jangan duduk senang lenang saja disuapkan kesenangan duniawi. Berjihadlah kita.

  • 3 kopi o teh tarik // Aug 26, 2009 at 5:36 pm

    belum pernah sy dgar akan mane2 takrif hadis yg diwartakan oleh ulama2 nusantara menggunakan perkataan ‘ekor’ yg seakn binatang bg dajjal..bukankah dia seorang manusia?

  • 4 kopi o teh tarik // Aug 26, 2009 at 5:43 pm

    cukupkah kalau kita gunakan 10 ayat terakhir surah al-kahfi sbg ‘topi keledar’ spt yg dikatakan Rasulullah?

  • 5 hamdan72 // Aug 26, 2009 at 8:30 pm

    ’seekor’ dajal. hmm memang sesuai guna ayat ’seekor’ tu dengan sifat dia. seorang dajal macam mulia sangat. tak payah lah guna ayat seorang.

    tidak cukup sekadar baca 10 ayat terakhir surah al-kahfi. ibarat sekadar cakap kosong walaupun kita bersungguh-sungguh niat. kita perlu jihad beramai-ramai hamas bila negara diserang musuh :)

    sesiapa tidak setuju jihad, teruskan duduk diam perlahan-lahan disuap. kite masih dalam keadaan aman-damai pun. takdenye sesapa nak ganggu negara kite.

  • 6 ijam2020 // Sep 15, 2009 at 10:08 am

    “sesiapa tidak setuju jihad, teruskan duduk diam perlahan-lahan disuap. kite masih dalam keadaan aman-damai pun. takdenye sesapa nak ganggu negara kite”

    *memang ler aman damai tp kalau setakat aman damai kelas ketiga( C class ) nak buat ape…

  • 7 hasliza // Sep 24, 2009 at 6:16 am

    Nak faham lebih jelas psl dajjal nie baca la buku ‘Membongkar Misteri Dajal’ penulis Muhammad Nurani Maarif keluaran Hijjaz record..harga kat kedai dlm rm37.90 tp klo oder tros rm32 je..saya ternampak buku ni kat kedai buku n tros beli..memang agak detail n logik diterima akal..banyak perkara2 yang xterfikir oleh akal kita yang cetek nie..dekat sgt dgn kita rupanya.berhubung kait sejak zaman nabi sulaiman hingga sekarang..sejarah kelahiran n monumen2 yg berkaitan dgn manusia laknat tu..bacalah untuk kefahaman yang lebih jelas..yang penting perlukan kesabaran n minat untuk menimba ilmu nie..bacaan berat yang perlukan minat..salam..

  • 8 baem snail // Oct 16, 2009 at 3:39 pm

    teori yg mcm studio bsr tu mcm pnah ade dlm cte truman show…lakonan jim carrey sebagai watak program realiti yg dia sendiri x sdr..

Leave a Comment

Wallhualam

© 2007–2008 Dajjal: The King of the World Conspiracy — SitemapCutline by Chris Pearson