oleh Ibnuyaacob

Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.
Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala.
Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu “Penjajahan” dan “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.
Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D’ ini sebagai peringatan sekelian mukmin.
Pengertian Bulan-Bulan Masehi
- 1. Januari - berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
- 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
- 3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
- 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
- 5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
- 6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
- 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
- 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
- 9. September - berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
- 10. Oktober - berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
- 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
- 12. Disember - berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.
Nama Asal Hari-Hari Masehi
- 1. Sunday - berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.
- 2. Monday - berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
- 3. Tuesday - berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.
- 4. Wednesday - berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
- 5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.
- 6. Friday - berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.
- 7. Saturday - berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.
Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.
Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.
Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.
Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.
Misalnya disiplin ilmu ‘Psikologi’ yang sekarang banyak diajar di universiti-universiti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.
Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk “Opinions of the Citizens of Uthopia“. Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :
- - Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk “The Moods of Psyche” dan “Hints and Notices”.
- - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu ‘Ihya Ulumuddin’. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.
Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama ‘Psikologi‘, yang berasal dari perkataan ‘Psychos‘ (Jiwa) dan ‘Logos‘ (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.
Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.
Wallahu’alam.

11 responses so far ↓
1 halif // Jun 2, 2009 at 7:30 am
pendapat saya , apa yang saudara paparkan melalui artikel dilaman web ini boleh menyesatkan umat Islam dan juga boleh memesonkan akidah mereka. Nasihat saya, lebih baik saudara berhenti dari menyiarkan artikel-artikel seperti ini. Sesungguhnya setiap muslim itu telah diberi al-Quran dan hadis sebagai panduan. Saya juga nasihatkan supaya saudara segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
2 Zulkarman // Jun 7, 2009 at 4:39 am
Bengap lo ko ni,
cuba bace bahagian ‘about’ kat menu utama blog ini. Bace elok2 apa yg ditulis. Ntah2 ko yg tak bace quran dan hadith kot.
wakakaka….
3 kopi o teh tarik // Jun 7, 2009 at 7:21 am
to halif
ni lg sorg bodo..
kalo hang kata hang ikt al-quran dan hadits..
pasai apa hang tak letak comment spy kita ikut ja kalendar islam..
ramai org islam bodo na la ni..
to bloggers
hati2,mkin ramai hentam blog ni nampak..
4 Amuk // Aug 29, 2009 at 5:47 pm
great website!!!
12 tahun lalu semasa saya bersekolah menengah, saya ingatkan hanya saya seorang yg sedar dan setuju tentang teori dajjal selepas saya membaca buku MID.Sejak dari itu saya membuat initiatif sendiri untuk mengkaji tentang UFO, peperangan, teknologi masa, worm holes, antigraviti dan lain lain..selepas saya membaca website ini saya amat menyukainya apabila kesemuanya di kaitkan dgn hadis dan Al-Quran..cukup bagus web ini teruskan!!!!
5 nabila // Aug 29, 2009 at 7:22 pm
to halif..
ke ko yg tak bc Quran?blog ni amat berinformasi siap dgn dalil dan hadis2 sahih.
ape maksud saudara biler mengatakn penulisan penulis blog merosakkan akidah umat islam?
kiter disuruh mengkaji,mengkaji dan memgkaji. kemudian memahami dan mendalami..al quran kitab Allah yg tersembunyi banyak maksud tersirat dan tersurat..hanya orng yng tidak berfikir dan tdk berilmu saja yg akan berpandangan spt saudara.
kepada penulis blog, terusakn usaha anda..semuga dgn berkat kegigihan anda mengupas sekian byk korupsi dan perancangan yahudi serta kuncu2nyer akan menyedarkan umat islam bhw kita kian menuju ke alam penghancuran..
6 Noor Muzamil Mohamad // Aug 30, 2009 at 1:24 am
Kepada nabila,
Memang bulan Syamsiah dan Qamariah kedua2nya diiktiraf oleh Islam. ini dibuktikan dengan penyataan dalam al-Quran (surah al-kahfi) bahawa Ashabul Kahfi telah tidur selama 300 tahun atau 306 tahun. Bila dikira2 306 tahun Qamariah iaitu sama kalendar Islam dan 300 tahun tahun Gregorian (kalendar kita pakai skang ni)
namun seperti nabila katakan nama2 bulan yang kita guna seperti january, february dll adalah unsur2 jahat yang telah diterapkan oleh golongan yang menyembah matahari dan lucifer sejak sekian lama utk mendewa2 kan makhluk dan menerapkan kepercayaan pagan….
7 mlanau // Sep 7, 2009 at 4:50 pm
to haliff… saya warga borneo
walaupun baru baca blog ne sekitar sebulan lalu, dan baca semua artikel mengikut kesesuaian sendiri, baru nampak komen macam anda…
Tak faham dengan frasa yang anda bagi
…artikel dilaman web ini boleh menyesatkan umat Islam dan juga boleh memesonkan akidah mereka. Nasihat saya, lebih baik saudara berhenti dari menyiarkan artikel-artikel seperti ini. Sesungguhnya setiap muslim itu telah diberi al-Quran dan hadis sebagai panduan.
lepas tu suruh penulis blog bertaubat… anda betul atau tidak. atau sekadar bertopengkan nama ja. aku yang cetek ilmu ne pun tahu tentang penyelewengan ilmu oleh cendiakawan barat terhadap ilmu yang diasaskan oleh cendiakawan Islam.
kalau saudara haliff betul-betul ikhlas, kemukakan hujah dan fakta. bukannya ayat melalut yang takda hujung pangkal. silalah berhujah dengan penulis blog (saya rasa penulis blog sudah bersedia berhadapan dengan orang seperti anda). malahan pembaca setia blog ini pun dapat berhujah… insyaalah
saya sangat berminat dengan perbahasan dan hujah penulis blog kerana diselitkan dengan fakta dan bukti yang amat kukuh (ayat al-quran & hadith junjungan besar Nabi Muhammad SAW). walaupun sudah ada ijazah dalam bidang sejarah, saya yang mendapat pendidikan sekular di malaysia (takda pilihan-kerana lokasi, latarbelakang keluarga, kewangan, dan sebagainya) memang jarang disajikan dengan tulisan sebegini. sejarah tulisan barat yang disajikan pun sudah nampak kepincangan bila dibandingkan tarikhnya.
tahniah kepada penulis, setiap artikel saya cadangkan kepada penulis untuk dibukukan dan diterbitkan (tingkatkan skop perbincangan berdasarkan tajuk sedia ada - jika dibandingkan dengan jumlah artikel, saudara penulis boleh menghasilkan berdozen2 buku dakwah) Insyallah ia boleh menjadi panduan yang amat berguna kepada umat Islam. Sama2lah kita berjihad demi Islam. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
8 as // Sep 23, 2009 at 7:31 am
salam.saudara, saya br mengikuti tulisan saudara ini sejak minggu lepas.sungguh memeranjatkan apa yg saya temui di sini.info saudara amat berguna & berasas.sy pernah terbaca mengenai pemesongan yahudi yg jelas dlm bidang perubatan moden (brtentangan dgn ajaran/amalan nabi muhammad s.a.w).cthnya; nabi melarang umat islam memakan organ dlmn haiwan spt paru,hati,jantung dll ttp perubtn moden mggalakkan pesakit yg kurang darah memakan organ dlmn trsbt.bygknlah formula ini yg disyorkn oleh doktor2 seluruh dunia kpd semua pesakit2 yg kurang darah/tknn darah rendah padahal sbnrnya itu agenda meracuni mereka.sy pn br trperasan sjk trbaca artikel pengakuan seorg guru yg melalui pengalaman trsbt (anknya bertmbh teruk slps mencuba kaedah ini).harap info ini dpt dikongsi bersama.sy juga brharap penulis & teamnya dpt meneruskn usaha membongkar rahsia2 & agenda2 yahudi spy diketahui umum.
9 ekarl // Nov 17, 2009 at 2:42 pm
halif,,
ko skrg ikut calendar ape?..da konfirm ko ikut calendar yg ade skrg ny kn?..xpyh la ko nk ckp yg penulis ny dia sesat.nmpk sgt ko ny berpengetahuan yg agak cetek.
kpd penulis blog,sy amat kagum dengan ape yg anda tulis krn dpt menambahkan ilmu di dada saya.thxx
10 ORGMUDA // Dec 14, 2009 at 6:30 am
kepada saudara halif,,,,aku kesian dengar ang kata cam 2..kaluu la hang islam yang tulin hang x kn kata cam 2,,,cuba ang muhasabah balik diri ang……meby ang x dapat didikan yang sepatutunya aku rasa
walupun kita nie jahil tetang agama skali pn,,jangan dok sekat org len nak berdakwahdgn cara bek
moga ALLAH buka skit hati ang,,,,amin
11 tenang semua tenang // Feb 8, 2010 at 4:19 pm
tenang semua tenang…saudara halif tu aku rasa cuma salah faham aja tu…aku rasa dia tu bukan pengikut setia blog ni, mungkin ini adalah artikel pertama yang beliau baca setelah terserempak dengan link blog ini di google sewaktu beliau sedang mencari keyword ‘rahsia bulan dan hari’ di google…mungkinla…dan sewaktu membaca artikel ini beliau tak baca dengan betul2 setiap baris ayat2 yang ditulis dan hanya membaca sepintas lalu sebegitu sahaja dan lantas beliau merasakan penulis blog ini mengagung-agungkan nama2 tuhan berhala yahudi dan nasrani ini…kepada saudara halif, lain kali bila membaca, baca dengan betul2…kasi faham betul2 supaya x timbul fitnah…
Leave a Comment