oleh Ibnuyaacob
Beratus-ratus laman web dari seluruh dunia menceritakan dan menghebahkan tentang Dajjal atau Antichrist ini. Setiap pendedahan yang dinyatakan boleh disimpulkan kepada beberapa perkara:
- Keupayaan Dajjal meracuni pemikiran umat manusia sejak tahun 1800.
- Keupayaan konco-konco Dajjal menguasai ekonomi dunia.
- Keupayaan organisasi-organisasi sulit Dajjal menguasai pemerintahan dalaman setiap negara di dunia.
- Keupayaan agen-agen Dajjal menggunakan teknologi terkini dalam meneroka dunia angkasa melalui UFO.
Kesimpulannya, Dajjal yang kita kenali itu merupakan manusia yang maju gaya pemikirannya. Seperti kata Muhammad Isa Dawud, “….dia adalah anak yang genius..”
Tapi kita terlupa akan seseorang yang ditakdirkan akan melawannya…
Iaitu Nabi Isa a.s.
Ciri-Ciri Manusia Maju
Dajjal dikatakan maju dan menguasai segala ilmu disebabkan perkara-perkara berikut:
- Hidup terlalu lama sejak sebelum kelahiran Nabi Musa.
- Telah merantau seluruh pelusuk dunia sejak beribu-ribu tahun.
- Mempelajari pelbagai bahasa di dunia.
- Melihat sendiri perkembangan tamadun masyarakat dunia.
- Mengetahui selok-belok tempat di dunia.
- Dan lain-lain lagi…
Maka, saya percaya Nabi Isa a.s. yang ditakdirkan Allah SWT untuk melawan Dajjal dibekalkan juga dengan perkara-perkara berikut:
- Kemajuan pemikiran dan teknologi setanding atau lebih daripada Dajjal.
- Kekuasaan ilmu teknologi moden yang melampaui pemikiran manusia.
- Strategi peperangan yang lebih maju.
Nabi Isa adalah manusia maju yang bakal diturunkan Allah SWT sesuai dengan tempoh masa hidupnya yang lama seperti Dajjal. Adakah Allah akan menurunkan hamba-Nya ini dengan tangan kosong sahaja untuk melawan makhluk termaju.
Apa yang perlu dibimbangi?
Sebagai umat Islam, saya amat bimbang tentang tiga perkara:
- Pada ketika Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat, tiada seorang pun tahu ia adalah Dajjal. Mungkin disebabkan wajahnya telah diubah.
- Pada ketika munculnya Imam Mahdi, tiada seorang pun sedar dia adalah Imam Mahdi kecuali orang-orang tertentu yang ditakdirkan Allah sahaja.
- Pada ketika turunnya Nabi Isa, tiada seorang pun sedar ia adalah Nabi Isa kerana ketika itu manusia berada dalam keadaan jahil dan sentiasa merasakan dunia masih lagi bukan era akhir zaman.
Apabila membaca hadith Rasulullah SAW, kita mungkin hanya berfikir Nabi Isa turun dari langit kemudian terus membunuh Dajjal. Anggapan sebegini mungkin timbul kerana hadith berikut ringkas sahaja dan kita akan mengandaikan kejadian tersebut hanya berlaku sekejap sahaja.
Tetapi sebaliknya, kemungkinan kejadian tersebut lebih lama dari yang kita dijangkakan.
Wallahu’alam….

8 responses so far ↓
1 Ali // Jul 30, 2009 at 11:41 pm
Salam..tentu la Nabi Isa AS yg akan menentang dajjal lebih kuat dari dajjal..bersama sama la kita membaca surah al khafi bagi menlindungi diri kita dari fitnah yg akan dibawa oleh dajjal.
2 hafiz // Oct 7, 2009 at 2:01 am
saya amat tertarik dengan pandangan dan pendapat dari web ini.. saya harap dapat mengikuti perkembangan ini supaya sedar akan siapa kita dan dimana kita sekarang pada masa ini..
3 kidd // Oct 7, 2009 at 3:48 am
salam.saya bersetuju dgn apa yg dinyatakan penulis.saya telah mengikuti blog ni dari dulu.kbanyakkan info & ilmu adalah sgt bermanfaat.ia membuka minda saya.
saya ingin meminta penulis untuk mengkaji kenyataan didalam internet ini bahawa yahudi telah menempah pedang titanium.apakah benar?
4 bikirperak // Oct 20, 2009 at 7:45 am
Salam ….amat baik info dan ilmu penulis ini jelas terang dan nyata ….semoga penat lelah penulis ini memberikan manafaat untuk seluruh umat nabi akhir zaman…yang leka dengan permainan dunia cuma…
wallahu’alam
5 pedudukbumi // Jan 28, 2010 at 4:31 pm
Bagi saya… Dajjal adalah seorang yg sangat hebat… kalau tidak.. takkan ALLAH mengutuskan Nabi Isa A.S dan Imam Mahdi menentang Dajjal… sekadar pendapat saya
Wallahualam
6 hairie // Mar 20, 2010 at 12:27 pm
saya amat terharu dengan panduan risalah ini tentang kedatangan nabi isa dan imam mahdi ke bumi untuk menjadi penyelamat manusia daripada godaan dajjal dan fitnahnya dan bacalah surah al khafi ia akan menjadi benteng kita daripada dajjal .
7 safv // Apr 5, 2010 at 7:57 am
salam
maaf saya tidak bersetuju dengan pendapat bahawa Nabi Isa akn menentang dajjal dengan teknologi….
jika kita beranggapan kita prlukan teknlogi ia brmakna kita tlah trmakan umpan mrka. Adakah kita lupa bahawa salah satu cara untuk mlemahkan umat Islam ialah dengan meletakan keyakinan terhadap pekara “logik” sehingga mngurangkan kebergantungan kita dengan Allah Taala. Kjayaan ssbuah ngara dan individu d ltakkan dlam pnguasaan ekonomi dan kekayaan…..
Saudara sekalian yakinlah dengan Allah..
Allah SWT tak perlukan teknologi, ekonomi utk beri kmenangan kpada kaum Muslimin hatka Allah Taala sendiri tak perlukan kita untuk mmprtahankan Agama Islam…
Allah Taala beri amanah ini untuk mninggatkan darjat kita d syurga kelak sbgaimana Allah kurniakan kpda para Anbia walhal ada Anbia yg lansung tidak mmpnyai pngikut dan ada yg shahid dan Allah ttap mmberi kejayaan d akhirat…
Kita jangan lupa keputusan Allah dlm Prang Badar, tanpa teknologi yg sepadan(gna plepah tamar) dan jumlah yg sdikit, mereka berjaya….atas khendak ALLAH SWT
8 Ibnu isa // Jun 15, 2010 at 8:15 am
Siapa usaha ALLAH akan bagi dia balasannya… ALLAH dah janji.. Ilmu teknologi ni pon berasal dari Allah.. Segala ilmu milik Allah… berkaitan teknologi,maybe rencatan teknologi akan berlaku[dgn izin Allah].. tapi nabi isa turun waktu dajal dah x de kekuatan [waktu tech dye da lmah]……
Leave a Comment