Dajjal: The King of the World Conspiracy

Blog Konspirasi Malaysia

Dajjal: The King of the World Conspiracy header image 2

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)

May 1st, 2009 · 20 Comments · Uncategorized

oleh Ibnuyaacob

swflu

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.

Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.

Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah …

Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

(Gambar) Dr. Ralph Steinman (Kiri) University of Rockefeller

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.

Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.
Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?

Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.

Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.

Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.

Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.

Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?

Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada  1 Oktober 2008;

“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?

Wallahu’alam …

perhatian_down

Tags: ···

20 responses so far ↓

  • 1 kerol // May 2, 2009 at 1:50 pm

    nampaknya ada unsur nak menjana untung di samping melarikan fokus di setiap negara akan perencanaan mereka yg sebenarnya.

    mempropagandakan sesuatu penyakit (setelah melancarkan wabak) menyebabkan kerajaan2 di setiap negara boleh terlepas pandang pada isu2 utama yg panas.

    cuma pendapat.

  • 2 cucu tok senik // May 2, 2009 at 4:20 pm

    terima kasih atas info

  • 3 Ariff // May 2, 2009 at 11:03 pm

    Ustaz….boleh x ustaz sertakan rujukan ustaz di setiap akhir artikel supaya boleh dibuat rujukan ……sekian

    semoga terus berjaya di dalam mendedahkan kegiatan dajjal dan iblis

    lagi satu

    Ustaz ada tonton Dokumentari THE ARRIVALS di youtube atau http://www.wakeupproject.com mengenai DAJJAL dan Iblis serta persatuan mereka FREEMASON dan illuminati?

  • 4 ustzul // May 4, 2009 at 12:59 am

    Andaian telahan hati saya dikuatkan dengan tulisan ini. Kes ini berlaku setelah Barack Obama berjanji nak mendedahkan kejahatan Bush di penjara abu gharib

    Ratusan Kuliah ada di sini

    http://kedaionlineanda.com/

  • 5 singa // May 9, 2009 at 8:14 am

    boleh tak..setiap penulisan ustaz di sertakan dengan rujukan……iaitu dari mana sumber itu dapat….laman web, buku, journal dan lain-lain lagi

  • 6 taharada // Jul 9, 2009 at 4:39 am

    dasat.. dan bagus… penilaian ustaz tuh sama apa yang saya rasa semasa ia terjadi… apa yang saya nampak sekarang adalah penyebaran ini adalah salah satu cara Amerika ingin keluar dari krisis ekonomi… kita sedia maklum…Amerika dan Israel ekonomi mereka di jana oleh penjualan senjata…oleh kerana tiada peperangan besar yang berlaku..kekuncupan ekonomi negara mereka menyebabkan mereka terpaksa mengambil cara alternatif seperti perang gerila yang mana mereka menyebarkan penyakit selepas itu mereka sendiri yg akan mengeluarkan vaksin seperti di dalam artikel ustaz itu. Ini adalah untuk menjana semula ekonomi mereka yg sejak kebelakangan ini telah mengalami penurunan yg drastik. Ekonomi negara timur tgh ( Arab) sudah mulai meningkat naik tetapi tidak pada mereka. Jadi dengan keadaan seperti ini ekonomi negara mereka akan dpt d jana semula selain dapat menguasai dunia semula di dalam ekonomi. ermmm ini adalah pendapat saya laaa tp telahan sy sama seperti Ustaz…teruskan usaha penyelidikanmu agar dpt menyampaikan info yang lebih tepat,padat dan dinamik. sekian

  • 7 Nuruddeen // Jul 12, 2009 at 2:24 pm

    Yahudi memang terkenal dengan taktik membunuh secara besar-besaran. Banyak kes seperti meracuni talaga di eropah dan penfitnahan terhadap wanita sebagai “perempuan sihir” akhirnya terjadi pembunuhan dan “penyakit” yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

  • 8 Hanuar // Jul 26, 2009 at 7:13 pm

    Saya memang yakin pandemic ni didalangi oleh zionist amerika dan Israel. Saya juga yakin, gembar gembur kononnya berlaku kiamat pada 2012 disebabkan planet Nibiru melintas berhampiran bumi itu pun dari zionist yang ada menyimpan hasrat mengurangkan penduduk dunia yang berjumlah xx billion kepada 500 juta orang saja. Pandemic virus H1N1 ni adalah salah satu cara mereka. Betulkah planet Nibiru wujud ? Kenapa gamabr betul planet tu tak pernah disiarkan. Yang ada hanya lukisan saja. Kalau pun wujud, betulkah planet tu akan melintas berhampiran bumi ? Macamana NASA tau ? Ramalan ? Dari dulu pun banyak ramalan NASA buat kononnya komet itu dan ini akan menghentam bumi hingga dikatakan Australian lenyap dari muka bumi. Takda pun. Tu semua teori dan konspirasi untuk melenyapkan penduduk manusia khususnya umat Islam. Saya juga ada terbaca artikel yg mengatakan, USA sudah bersiap sedia membuat kubu atau tempat tinggal didalam gunung untuk sebahagian rakyatnya. Bila rakyat dunia habis mati, para zionist dan freemason bercadang akan membuat peraturan dunia baru dibawah kawalan mereka yang dinamakan NEW WORLD ORDER.

  • 9 edwin // Aug 5, 2009 at 3:08 am

    bagaimana dengan SARS tempoh hari? dengar kata ia adalah senjata negara China

  • 10 pis // Aug 7, 2009 at 6:21 pm

    mmg smua rcgn yahudi suruhan dajjal. comfirm.sbb kite kn tau yg dajjal yahudi tu aldh pembawa kejahatan n kerosakan.mmg makhluk jahat…bile ade je bende yang x kene n somting msti yahudi tu.islam baik .pikir la

  • 11 VoY@ge // Aug 8, 2009 at 4:46 am

    Tuan2 yg dihormati oleh Allah…

    Sy mengesyorkan tuan2 bacalah buku bertajuk, Membongkar Misteri DAJJAL karangan Muhammad Nurani Maarif. Buku ini amat bagus bagi mereka yang meminati perihal konspirasi yg direncanakan oleh pengikut2 Dajjal dan Dajjal sendiri. Penulis cuba membongkar asal-usul Dajjal dan kaitan si laknat ini dengan tamudun2 misteri seperti Mayan, Mesir Purba, China Purba dan Atlantis… Turut disertakan dgn kajian mengenai artifak2 purba yg dipercayai berkait rapat dgn keberadaan Dajjal laknatullah.

    Walaupun penulisannya banyak dipengaruhi oleh karya Muhammad Isa Dawud, tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, teori yg diutarakan sangat bagus untuk diguna pakai dan sebagai langkah berjaga2 dari fitnah Dajjal.

    Apa yang penting, dalam membongkar konspirasi2 di dunia ini, kita perlulah mempersiapkan diri kita dgn amalan2 yg menjuruskan ketaqwaan terhadap Allah Azza Wajalla.

  • 12 entah mengapa // Aug 12, 2009 at 7:54 am

    serangan seperti dapat mewujudkan panic situation di mana seluruh dunia akan sibuk dengan serangan biologi ini..akan tetapi kita mungkin tidak sedar apakah yg akan berlaku selepas ini…berdoalah semoga dilindungi dari bencana2 ciptaan manusia yg durjana..insyallah

  • 13 gaguga // Aug 12, 2009 at 3:00 pm

    terkejut juga bila dah tahu pendedahan ini..senoroknya mereka yang berjaya mempanickan masyarakat dunia.. minta dilindungi anak2 kita dari bala yang menimpa umat akhir zaman khususnya umat islam

  • 14 wave // Aug 16, 2009 at 10:10 am

    memang tidak dinafikan bahawa segala yang terjadi ada kaitan dengan dajjal yang mungkin sekarang ni seronok melihat dunia yang kelam kabut. namun semua tu tidak akan terjadi tanpa izin Allah. Pasti ada hikmah di sebaliknya dan Allah tidak akan biarkan sesuatu kejadian itu tidak berjalan penyelesaian. tapi kadang2 dalam keadaan yang kelam kabut ini si dajjal lagi suka hati melihat manusia berbalah dan saling menuding jari antara satu dengan yang lain @ perpecahan, kemarahan dan dendam. berkata-kata bukan pandai, berdiam bukan pengecut, jangan lah kita mengikut rentak dajjal yang sentiasa mencari peluang kealpaan manusia. hanya Allah yang berhak menuntut.

    saya berkata bukan pandai, hanya luahan rasa.
    salam

  • 15 t // Aug 23, 2009 at 4:28 am

    aku da dengar cite ni dr sorang mmber yg ngah stdy kt russia..n cube sebarkan..tp ramai yg xpecaye…so tq for dis info.

  • 16 darwishridzwan // Aug 25, 2009 at 2:16 am

    thanks for the beautiful info on those damn americans the hypocrites of all human (dajjal). keep it coming and u ‘ll be blessed

  • 17 pensel // Aug 26, 2009 at 7:29 pm

    ada kemungkinan juga.

    Rasulullah pernah berkata “Jika datang kepada kamu sesuatu berita dari kalangan musrik, maka kajilah dahulu”

  • 18 hamdan72 // Aug 27, 2009 at 5:22 am

    pandai sungguh para komen di sini. saya saspek korang suma. :)

    untuk bersedia drpd ancaman dashat dajal, kita harus:
    1) melaksanakan ibadat 5 rukun islam spt 2 kalimah shahadah, sembahyang serta banyak baca kitab, doa zikir, jihad diri etc

    2) ingat rujuk hadis sahih dulu sebelum berteori. sesapa yg arif pasal hadis ni, silakan jgn malu2 kucing. jangan simpan buku2 hadis tu dibiarkan berhabuk. sesudah tu, kita kembangkan teori tersirat yg boleh dibangkitkan yg boleh diterima dek akal. apa yg dibahaskan oleh ibnuyaacob sememangnya membuka minda.
    kalo ada sesapa dirasakan tersilap dalam memberi rujukan hadis/teori, sama2 kita perbetulkan sesama kita ke landasan betul. bincangkan hal kopirasi ni selagi mampu.

    3) apabila ancaman darurat kritikal/bencana nak kena kita dalam sehampir waktu nanti dimana perbincangan demokrasi bukan jalan penyelesaian, kita pertama sekali perlu bersatu padu jihad. tak nak berjihad akan menjurus ke arah menyerah kalah/jadi hamba kuli/pengkianatan kepada musuh apabila ditawan.

    senario dunia skarang hampir mana2 kamu lihat pun ada masalah yg tak pernah selesai. bukan itu saja, ianya diterukkan lagi dengan perang saudara, perang idologi, perebutan kawasan, demonstrasi liar, lempar sana sini. tuding sana sini. masing2 rasa diri sendiri betul. penuh dgn huruhara, kekeliruan, dendam dan merebak.

    bagi yg rasa aman sejahtera skarang ni, kamu ada 2 pilihan. 1) persiapkan diri dgn apa2 yg patut kerana rela tak rela kamu semua akan dilibatkan ke dalam konfrantasi ini.
    2) teruskan hidup disuap keenakan duniawi @ wang, harta benda, makanan, nafsu etc. apapun, lebih mudah memilih alasan kesenangan hidup drpd berjihad mempertahan kebenaran. besar kemungkinan sesapa tergolong dalam 2) ni akan mengkhianat/jual maruah & badan kerana takut mati demi pertahankan kesenangan duniawi mereka.

    Sekian. logik kan komen gua.

  • 19 nizam // Aug 28, 2009 at 2:27 pm

    bersedialah utk menghadapi akhir zaman dan dajjal tu memang akan muncul,nabi Muhammad S.A.W pun dah berpesan tentang dasatnyer fitnah dajjal nih,kat tv pun kita bleh nampak tentang 7 sign of Appocalypse,7 deadly sin,dan macam2 lagi lah,mereka nak tunjuk seolah-olah mereka lebih tahu tentang semua nih,pada sesiapa yg tak kuat iman memang senang terpedaya,ingat lagi pesan rasullulah tentang betapa cepatnyer fitnah dajjal ni merebak

    laman web http://www.wakeupproject.com/ yg saudara Ariff cadangkan tuh agak bagus juga

  • 20 arif23 // Sep 9, 2009 at 11:07 am

    terima kasih diatas info ini….bersama2 lah kita berusaha dan berdoa agar tipu daya kafir2 ini digagalkan…”Allah adalah sebaik2 pelindung dan mengagalkan tipu daya”

Leave a Comment

Wallhualam

© 2007–2008 Dajjal: The King of the World Conspiracy — SitemapCutline by Chris Pearson