Dajjal: The King of the World Conspiracy

Blog Konspirasi Malaysia

Dajjal: The King of the World Conspiracy header image 2

Mesin Merentas Masa Tidak Akan Wujud (Bahagian 1)

May 10th, 2009 · 21 Comments · Rancangan Rahsia Dajjal, Teknologi Akhir Zaman

oleh Ibnuyaacob

time_mac

Dunia perfileman barat amat beriya-iya mempromosikan filem yang bercorak “merentas masa”. Mereka cuba mengakademikkan angan-angan dengan mencipta pelbagai teori matematik dan fizik. Maka muncullah formula-formula palsu untuk mencipta mesin merentas masa.

Konsep Einstein dalam Teori Relativiti

Dunia kajian merentas masa dari pandangan barat dikatakan dipelopori oleh profesor Yahudi bernama Albert Einstein. Profesor ini dalam kajian-kajian awalnya mengatakan masa boleh direntas sekiranya kita dapat menjumpai ruang masa ini.

Menurut pakar fizik dan astronomi, John Wheeler, Wormhole adalah sejenis ruang perjalanan pintas ke arah tempat yang jauh dan masa. Melalui wormhole, manusia dapat pergi ke satu generasi ke generasi yang lain dalam jarak masa yang singkat.

Manusia juga dapat memilih tarikh, tahun dan tempoh yang dikehendaki untuk pergi ke sana dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan sekatan.

Antara filem yang paling mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia tentang time travel ialah Back to the Future. Kebijaksanaan seorang profesor yang berimej rambut ala Einstein telah berjaya membantu seorang remaja kembali ke masa lampau.

  

(Dari kiri) Albert Einstein, John Wheeler dan Hermann Wehl

Namun begitu, John Wheeler yang sudah membangunkan teori Wormhole sejak 1957 sendiri tidak mampu memberikan bukti-bukti kukuh untuk menyakinkan masyarakat tentang kemampuan merentas masa.

Wheeler sendiri kelihatan banyak menciplak idea-idea Hermann Wehl dari Jerman yang sudah pun berteori tentang wormhole sejak 1921.

Keghairahan Dunia Akademik Dalam Isu Merentas Masa

Merentas masa adalah satu angan-angan yang cuba direalisasikan oleh dunia akademik barat. Ringkas kata, Dajjal memang tahu ianya tidak akan berlaku tetapi ia mahu masyarakat dunia berusaha ke arah angan-angan kosong yang tidak akan berlaku sehingga kiamat.

Jikapun Allah mengizinkan ada mesin yang mampu merentas masa, maka orang yang paling bermasalah ialah Dajjal itu sendiri. Apakah mungkin syeikh-syeikh Arab sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus billion dollar untuk melancong dengan mesin tersebut?

Jika ada orang Islam yang mempunyai mesin masa, sudah pastilah Dajjal akan menghadapi masalah paling besar kerana 10 tahun dari sekarang kemungkinan besar teori bahawa Samiri yang disebut dalam surah Toha adalah Dajjal mungkin sudah banyak terima pakai.

Apabila teori Samiri adalah Dajjal diterima pakai, maka lebih baiklah orang Islam pergi berjumpa dengan Samiri yang mengikut rombongan Bani Israel merentas Laut Merah dan membunuhnya terus. Mungkin itulah yang paling banyak akan berlaku.

Masalahnya, masyarakat Islam tidak mahu menerima hakikat dan masih seronok berteori dengan Teori Relativiti ciptaan Albert Einstein itu. Amat menghairankan…

Bukti Mesin Merentas Masa Tidak Akan Tercipta

#Bukti 1 : Peringatan Rasulullah

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan manusia tidak dibenarkan atau diizinkan merentas masa lampau (past) dan pergi ke masa hadapan (future).

Persoalan perkara yang lepas (past), sememangnya wajibak diimani bahawa kita tidak boleh lagi kembali ke masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW;

“Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”

Jika masa itu boleh berpatah balik maka tak perlulah Rasulullah SAW bersabda seperti di atas. Adalah lebih baik baginda mengatakan “…kembalilah kamu ke masa lampau untuk memperbetul kesilapan.”

Baginda Rasulullah SAW yang maksum dan penghulu segala nabi sendiri tidak diberikan kelebihan merentasi masa, inikan pula kita manusia biasa yang penuh dengan noda. Hadith di atas jelas menunjukkan ketegasan Rasulullah mengenai masa.

Ia bermakna, seseorang hamba Allah tidak akan dapat mengembalikan waktu-waktu yang telah lepas. Setiap waktu dan saat yang dianugerahkan Allah untuk dilaluinya adalah amat berharga.

#Bukti 2 : Peringatan Allah dalam Al-Quran

Di dalam ayat Al-Quran, Allah SWT menegaskan dengan jelas berkenaan masa;

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran.”

(Al-Asr, 1-2)

Nah, keseluruhan surah ini sudah tepat untuk membalas semua hujah ahli-ahli fizik seluruh dunia yang cuba memperkenalkan teori merentas masa. Tidak perlulah lagi bagi kami menghurai panjang akan ia.

#Bukti 3 : Merentas masa menyalahi konsep taubat

Bukti ke 3 yang menunjukkan mesin merentas masa tidak akan tercipta ialah kerana ia membelakangi konsep taubat. Islam menyuruh umatnya sentiasa bertaubat bukan sahaja kerana dosa tetapi kerana masa tidak boleh berpatah balik.

Konsep taubat ini wujud kerana semua umat Islam harus meyakini bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lalu untuk membetulkan semula kesilapan lampau.

Setiap umat Islam disarankan memperbanyakkan taubat tanpa menunggu dosa itu wujud. Ini berdasarkan firman Allah SWT;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan orang-orang yang banyak mensucikan diri.”

(al-Baqarah, 222)

Firman Allah lagi;

“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.”

(an-Nur, 31)

Allah telah memberi amaran kepada usaha sia-sia manusia ini dengan mendedahkan bahawa semua urusan peribadi manusia dan takdir masa depannya sudah pun tertulis di dalam Lauh Mahfudz. Allah sudah pun menetapkan bagaimanakah nasib setiap hamba ciptaan-Nya.

Tags: ······

21 responses so far ↓

  • 1 adik cet // May 15, 2009 at 1:48 pm

    kemana pula perginya isa al masih..?
    nabi harun.. ? nabi khaidir?
    dan isra’ dan mi’raj rasulullah?

    adakah itu bukan satu perjalanan merentas masa?

  • 2 adik cet // May 15, 2009 at 2:06 pm

    -jika kita merentas masa kehadapan itu masih kita boleh fikirkan kerana adanya sirah nabi2..
    - jika kita boleh merentas masa kebelakang sudah tentu kita telah menjumpai diri duplicated kita sekarang. siap sembang kedai kopi kot .. hehe

  • 3 aisyahmunirah // May 16, 2009 at 7:38 am

    Humans nowadays prone to use to the phrase “I wish I could go back in time” or ” I wish I have a time machine” or ” I wish I could turn back the clock” . Usually, they say that because they regretted for what had happened in the past right? and yeah what’s the point of repenting if the time machine actually existed in this world? People would just use time machine for their own intentions either bad or good.

  • 4 ibnkhams // May 18, 2009 at 9:10 am

    isra’ dan mikraj Rasulullah S.A.W. merupakan mukjizat kedua yang terbesar yang di kurniakan oleh Allah S.W.T kepada baginda selepas Al-Quran…hanya Allah yang berkuasa melaksanakan sesuatu dengan KuasaNya…yang dibincangkan di sini mengenai “mesin” merentas masa..”mesin”…ciptaan manusia…

  • 5 mlanau // Aug 31, 2009 at 5:32 pm

    hanya Allah S.W.T. yang berkuasa melaksanakan sesuatu dengan kuasaNya. memang betul tu ibnkhams, yang diaorang melalut pi cerita benda lain buat apa, citer tentang mesin masa. dah nama mesin, ciptaan manusia lah, isu tentang isra’ dan mikraj serta nabi isa tu urusan Allah S.W.T. Kalau jawab soalan exam tentu keluar tajuk… apalah.

  • 6 Afif // Sep 9, 2009 at 7:51 am

    Bukti paling besar mesin masa tidak akan wujud ialah….
    Jika mesin ke masa lampau akan wujud, sudah tentu kita atau nenek moyang kita, atau dinosour sudah berjumpa dengan manusia dari masa depan……

    Pasti cucu kita punya cicit akan balik kezaman kita mencari kita……

    Ada akal, fikirlah……….
    Ada panduan(Al-Quran As-Sunnah), manfaatkanlah……….

  • 7 Secondwave86 // Sep 22, 2009 at 7:24 am

    isra’ dan mikraj Rasulullah S.A.W bukan perjalanan merentas masa. Baginda S.A.W naik ke langit pada saat dan ketika itu. Kemudian turun semula pada waktu itu juga. Merentas masa bermaksud datang ke masa depan contohnya masa kita.

    Nabi Isa A.S dinaikkan ke atas dan akan turun semula pada akhir zaman nanti. Bukannya Baginda dah ada di akhir zaman sekarang, tetapi akan turun akhir zaman nanti.

    Harap dapat difahamkan maksud yang saya cuba sampaikan. ALLAH SWT LEBIH MAHA MENGETAHUI.

  • 8 Khairil Anuar // Dec 19, 2009 at 10:39 am

    Sy fikir x mustahil mesin masa boleh wujud. Sbb ya lah, mmg ada diterangkan konsep taubat, etc. Tp perlu diingat bhw mesin masa belum lg dicipta mrk yg telah meninggal dunia telah pun meninggal dunia meghadap Allah Ta’ala. Dan jika org yg merentas masa tu cuba mengingatkan org tu semasa mudanya supaya bertaubat, sesungguhnya dia tidal mampu kerana itu sudah ketentuan Allah. Suka saya ingatkan bahawa tidak mustahil utk merentas masa, tetapi mustahil utk mengulangi masa atau kembali muda. Kena faham betul2 ayat tu. Cuba kita renungkan sejenak bhw nabi pernah bersabda bhw tidak ada seorang rasul pun yg diutuskan oleh Allah melainkan mereka pasti mengingatkan kaum mereka tentang bahayanya dajal. Umum tau bhw dajal al masih muncul di akhir zaman iaitu setelah diutuskan nabi Muhammad, mengapa pula kaum sebelumnya perlu dingatkan tentang kemunculannya?

  • 9 Khairil Anuar // Dec 19, 2009 at 10:41 am

    Sy fikir x mustahil mesin masa boleh wujud. Sbb ya lah, mmg ada diterangkan konsep taubat, etc. Tp perlu diingat bhw mesin masa belum lg dicipta dan mrk yg telah meninggal dunia telah pun meninggal dunia menghadap Allah Ta’ala. Dan jika org yg merentas masa tu cuba mengingatkan org tu semasa mudanya supaya bertaubat, sesungguhnya dia tidal mampu kerana itu sudah ketentuan Allah. Suka saya ingatkan bahawa tidak mustahil utk merentas masa, tetapi mustahil utk mengulangi masa atau kembali muda. Kena faham betul2 ayat tu. Cuba kita renungkan sejenak bhw nabi pernah bersabda bhw tidak ada seorang rasul pun yg diutuskan oleh Allah melainkan mereka pasti mengingatkan kaum mereka tentang bahayanya dajal. Umum tau bhw dajal al masih muncul di akhir zaman iaitu setelah diutuskan nabi Muhammad, mengapa pula kaum sebelumnya perlu dingatkan tentang kemunculannya?

  • 10 nasuha // Jan 3, 2010 at 12:26 pm

    salam,emm…xbanyak ilmu nak citer pasal benda ni…tapi stakat nak tahu sejauh mana kebenarannya,leh rujuk mistisfiles…search jer “mistisfiles” kat yahoo…pastu leh komen…

  • 11 Dr Riz // Jan 3, 2010 at 7:49 pm

    Salam, kasihan tengok fakta yang hampir semuanya tak syncronize dengan science dan agama. Saya rasa elok anda jangan keluarkan hujah mengatakan para theoretical scientist ni buat equation palsu dan cuba menyalahkan einstein. Einstein dah buktikan theorem am dan khasnya dari Al-Quran oleh saintist-saintist islam. Saya tak pasti anda tahu atau faham konsep time dalation, wormhole, space-time yang mana semua ni theory yang dibuktikan Al-quran, contohnya isra’ mikraj. Dalam konteks manusia, memang manusia tak kan boleh merentas masa sebab faktor manusia yang berjisim tetapi ada kajian-kajian foton-foton boleh merentas masa dengan lengkungan masa ataupun wormhole. Ada juga kajian yang menggunakan simbolik blackhole, merentas didalamnya. Dan faktor merentas masa itu sahih dan boleh wujud dari segi hypothecalnya seperti method-method yang disebutkan. Cuma memerlukan device dimana device2 ini hampir mustahil untuk beroperasi pada sistem manusia. Sebenanrnya sebelum anda menulis artikel dengan membabi buta, sila keluarkan fakta-fakta sains tentang masa yang terkini sebab mostly dah dibuktikan al-quran. Saya meragui sesetengah org yang cetek ilmunya tapi mahu menyampaikan satu idea yang tidak disandarkan hujah2 konkrit munasbah, retorik semata-mata. persamaan albert einstein adalah penipuan? sungguh malang nasib2 org yg tidak mengetahui. Janganlah jadi bodoh sombong kerana limitasi fakta2 untuk berhujah

  • 12 Hazri // Jan 4, 2010 at 3:37 pm

    Betul tu, artikel atau blog yang sangat cetek dari sgi fakta dan penegsahan, artikel ini langsung tidak relevan dan tak boleh diterima pakai sebab mengecam sesuatu tanpa dalil-dalil kukuh, idea relativiti einstein pun korang menidakkan, sape korang yang tiada ilmu menidakkan sesuatu? memalukan org melayu je..yang memang dah dibuktikan malas membaca dan meneroka ilmu, sy cadangkan blog ini ditutup sebab pencorakan ilmunya kolot dan tidak munahsabah.

  • 13 aminuddin // Jan 5, 2010 at 3:27 am

    Lawak! lawak!

    Dr. Riz tanya kmdian Hazri jawab. Padahal…dua2 tu org yg sama. Cuma guna ID lain2.

    Buat malu Melayu je, buta komputer. Menipu plak tu.

  • 14 Han // Feb 12, 2010 at 3:17 pm

    Salam,saya sokong 100% pendapat Dr.Riz @ Hazri..penulis blog ni memang tak cukup ilmu lah!!saya mmg percaya pengembaraan masa memang wujud dan dah pun dapat dibuktikan oleh ilmu sains sekarang ni..sekarang ni mmglah mustahil tapi 100 ke 200 tahun sape tau!!! Kuasa Allah tak terbatas..topik ni dah pun ada dalam Al-Quran secara terang-terangan..kita sebagai umat dan org melayu terutamanya kenalah rajin2 buat kajian dan buktikan pada orang barat yang kita juga boleh menandingi mereka dalam perkara ni!!

  • 15 Ahmad Fadzil bin Abdullah Thalith // Feb 12, 2010 at 11:14 pm

    assalamualaikum…

    saudara-saudara, hnya Allah yang MAHA MENGETAHUI…

    ilmu manusia hanya seditkit sangat sangat sangat kalau nak dibandingkan dengan ilmu Allah…

    dan jika kita tahu sesuatu yang memberi manfaat, kita sampaikanlah…tapi janganlah kita tegur orang lain yang x banyak pengetahuan mcm kita dengan cara selain islam…tegurlah dengan lembut dan berhikmah…ilmu bukan sesuatu untuk kita memandang rendah kepada umat islam yang lain…

    kalau ada yang salah, tegurlah elok2…

    semoga Allah ampunkan kita…semoga Allah tunjukkan kita jalan yang benar dan lurus…semoga Allah mengangkat seorang daripada kita(umat Islam) yang hidup mati hanya untuk Allah, yang mengamalkan Al-Quran dan sunnah sepenuhnya dalam hidupnya sebagai pemimpin kita…semoga Allah satukan hati-hati kita…

  • 16 Dzoul // Mar 11, 2010 at 12:42 pm

    Salam saudara…fakta yg diberi kurang hujah…

    Ketika rasulullah isra dan miraj…melihat umatnya setelah wafatnya kelak akan berpecah…ketika baginda melihat keadaan begitu, mengapa baginda tidak mengubah keadaan itu? Mengapa tidak memberi pesan kepada yang berpecah itu? Persoalan yg saya berikan adalah bukti baginda mampu melihat pada masa akan datang, tetapi tiada kuasa untuk mengubahnya.

    Kemudian baginda melihat manusia disiksa dineraka? Bagaimana itu berlaku?

    bagi pandangan saya secara dasarnya, perkara itu tidak mustahil berlaku atas kehendak Allah. Setiap pengetahuan tentang masa akan datang atau melihat pada masa lampau adalah tidak mustahil, tetapi kita tak boleh mengubahnya.

    Untuk merenstas masa, kita perlu keluar drp keterikatan pada masa..atau dalam kata lain kita perlu keluar drp ruang dan masa itu sendiri…wallahualam…sekiranya Allah berkehendak ‘Kun Fayakun’

  • 17 Mr. Nazzeyta // Apr 21, 2010 at 5:27 am

    Salam..mmg kiter sebagai manusia x kan boleh merentasi masa..dan sampai bila2 pon x kan boleh..kenapa dan mengapa..hanya Allah Maha Mengetahui..ape yg dilihat oleh nabi Muhammad saw di neraka masa israk mikraj tuh..hanyalah bayangan yg ditunjukkan Allah swt kepada baginda sebagai peringatan..dan atas sebab itu lah..baginda menyampaikan pesanan untuk umat2nya…melalui para sahabat2nya..

  • 18 zhulmy // Jun 9, 2010 at 8:39 am

    bangus

  • 19 MR.K // Jun 9, 2010 at 5:54 pm

    salam. hanya Nabi dan wali yang boleh merentasi masa.. mesin? impossible.. wormhole? karut.. sudah tentu bagi jasad2 yang dapat melepaskan dirinya dari ruang masa, boleh sampai ke mana sahaja dengan tidak perlukan masa.. apa ertinya sebuah lohong yang jadi shortcut tu? pelik benor teori2 ni.. adapun jasad yang sedang berada di luar ruang masa, tidak boleh masuk ke dalam ruang masa pada titik yang berlainan.. dia mesti kembali pada titik asal dia keluar tadi.. apa yang berlaku pada jasad tu, ketika dia keluar dari ruang masa? huhu sudah tentu dia sedang berada pada alam yang ghaib.. dia boleh mencerap apa-apa sahaja perkara yang berada di dalam ruang masa dari semenjak awal masa dan akhirnya masa… tetapi, dia tidak akan boleh ubah apa-apa.. meskipun dia melihat perkara yang akan berlaku pada dirinya.. dia tidak boleh ubah apa-apa.. sebab? jika perubahan berlaku, maka apa yang dicerapnya ketika di luar ruang masa itu adalah tidak benar.. orang kafir berangan-angan nak merentasi masa.. huhu.. pastu ade jugak yang nak menyokong tu.. emm.. belajar tasauf dan tauhid sebelum belajar ilmu sains.. sains cume memperkata hakikat kebendaan yang menjalani hukum zahir yang telah ditetapkan keadaannya.. yang mana masa pun telah ditetapkan bersama.. emm.. pelik2 manusia nii…

  • 20 MR.K // Jun 9, 2010 at 6:26 pm

    sebelum wujudnya dimensi dan masa ini, kita hanya terdiri daripada ruh YANG TIDAK TINGGAL DALAM RUANG MASA.. wallahualam mcm ne hakikat ruh.. ia tidak boleh diceritakan, sebab setiap yang apa yang mampu dicapai oleh akal kita, adalah sesuatu yang selain ruh itu sendiri, maka, x perlu tahu hakikat ruh itu.. makanya siapa ruh tu?? kitelah ruh itu.. wktu dalam kandungan, Allah ikatkan kite(ruh) dengan jasad yang kite gune sekarang ni.. dengan pancaindera, dan akal, kite mengenal dunia dengan apa yang kita kenal sekarang nilah.. kita ada penglihatan, ada pendengaran, ada rasa dsb.. dan kita juga melalui semua perkara di dunia ini dengan melalui masa.. ok.. now.. kembali pada cerita ruh tadi.. kenapa ya kita x dapat nk ingat ap yg berlaku sewaktu kite berada di alam ruh tu? Mksudnya sebelum kite dipakaikan Allah dengan pakaian jasad ni?? Kenapa?? Sebab, sekarang ni, jasad yang kita pakai ni cuma menyimpan, mentafsir dan memproses maklumat tentang apa yang dicerap oleh pancaindera kita start dari pancaindera kita mula berfungsi, yaitu mestilah bermula dari kelahiran kite.. Makanya, tidak perlu berangan-angan untuk keluar dari ruang masa.. Sebab, tidaklah layak, suatu bentuk objek pun dari dalam dunia ni untuk diformulakan sehingga terlepas dari ruangan masa itu sendiri.. Mereka yang kononnyaa cakap teori2 berkenan tu tepat dengan alquran, ape dalilnya? Apa dalil yang mengatakan kajian yang diorang buat tu berketepatan dengan alquran.. Sampai sekarangpun, kita tidak tahu hakikat kejadian zarah.. masih dengan teori.. masih kate kononnya elektron beredar2 mengelilingi nukleus.. sedarlah.. x perlu berangan-angan.. x perlu pergi ke masa depan atau belakang.. sembahyang leklok.. ngajilah leklok.. itu yang akan dikire Allah nnti.. sedarlah wahai ruh2 yang telah sekian lama dirantai nafsu yang menggelapkan kalian.. :)

  • 21 MR.K // Jun 9, 2010 at 6:33 pm

    Allah x mandang cerdik mana hang dan teknologi hang.. Allah mandang cerdik mana hang dalam urusan mentaati perintah Allah.. Apa hikmahnya dalam urusan merentasi masa?? Allah bagi kelebihan pada Nabi dan Wali-walinya sebgai tanda kebesaran-Nya.. Tanda dia mampu berbuat apa sahaja dengan apa yang diinginkan-Nya.. Sungguhlah celaka bagi manusia yang berharap sesuatu yang melampaui batas.. Huhu.. Boleh lah nak merentasi masa, tetapi bukanlah dengan teknologi yang terikat dengan material2 zahir ni, tapi dengan jalan kebatinan, yaitu jalan kewalian.. itu jerrr caranya.. :).. Itupun, manusia yang diangkat darjatnya jadi wali Allah tu pun x mintakla dari Tuhannye untuk dapat perkare2 yang pelik terjadi.. Cume dia berada di luar kemampuan akal kite tentang apa yang berlaku padenye.. :)

Leave a Comment

Wallhualam

© 2007–2008 Dajjal: The King of the World Conspiracy — SitemapCutline by Chris Pearson