Biografi Pengkaji Konspirasi
Beliau dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah.
Muhammad Isa Dawud memulakan kariernya di surat khabar Al-Akhbar dan Akhbar Al-Yawm sebagai pengarang dan editor disamping menjalankan juga kerja-kerja dakwah. Selepas itu, beliau beralih pula surat khabar An-Nadwah Saudi Arabia.
Nama beliau terus meningkat selepas itu sehingga dilantik pula sebagai Pengarah Umum surat khabar harian di Arab Saudi, sekali gus merangkap Wakil Pimpinan Redaksi untuk kolum Pemikiran dan Kebudayaan Islam.
Beliau juga mengetuai bahagian Rujukan dan Pembetulan disamping bekerja sebagai penasihat bidang maklumat khusus untuk Ketua Pusat Informasi di Makkah Al-Mukarramah.
Muhammad Isa Dawud telah menulis ratusan makalah dan berbagai kajian dalam bidang agama, sastera, bahasa, sosial dan politik yang dimuatkan di pelbagai akhbar dan majalah Arab Saudi dan Mesir. Beliau kini adlaah anggota Persatuan Wartawan Mesir dan juga Press International Organization.
Ketika ini beliau sibuk memberi ceramah ilmiah, pemikiran dan kebudayaan dan menerbitkan beberapa karya di Mesir.
(sumber: buku “Dialog Dengan Jin Islam”, 1997)
Menurut Muhammad Isa Dawud, antara guru-gurunya ialah
- Prof. Dr. Yahya Hasanain (Profesor Bahasa Ibrani di Akademi Tentera Baghdad, Iraq)
- Prof. Dr. Muhammad Khalifah (bidang peradaban dan sastera bangsa Semitik)
- Prof. Dr. Abdul Halim Nuruddin (Dekan Fakulti Purbakala, Universiti Kaherah & Fayyum, Mesir)
- lain-lain gurunya yang disebut ialah Prof Dr. Faruq Dasuki, Prof. Dr. Ahmad Hijazi as-Saqa, Syeikh al-Arif Billah Muhammad Abu Zahra, Syeikh Abdul Halim Mahmud, Ir. Ahmad Abdul Wahab dan Syeikh Ahmad Deedat.
Satu ungkapan yang menarik yang dinyatakan beliau ialah ” ….saya mempunyai pengetahuan tersendiri tentang kewujudan ad-Dajjal di Bermuda. Dia adalah pencipta piring terbang.
Ungkapan di atas, kami andaikan suatu bentuk “penegasan” maklumat yang bukan main-main. Kami percaya ada maklumat lain tentang Dajjal yang diketahui oleh Muhammad Isa Dawud tetapi tidak dinyatakan penuh di dalam buku.
Kemungkinan pendedahan secara total hanya membuatkan orang awam bersalah-sangka dan kemungkinan membahayakan nyawanya sendiri. Apabila beliau memberitahu dengan yakin bahawa Dajjal adalah pencipta piring terbang, maka kami mengambil jalan untuk mempercayainya kerana buku karangannya tersebar ke seluruh dunia.
Sudah pasti beliau sendiri sudah bersedia untuk berdebat dengan orang ramai yang mengengkari “penegasan” beliau tentang Dajjal. Dengan umurnya kini (tahun 2009) yang sudah pun mencecah 57 tahun, sudah pasti banyak fakta-fakta yang tersedia di dalam pemikirannya.
Artikel berkaitannya;

4 responses so far ↓
1 azmi // Sep 20, 2009 at 4:21 pm
a,kum…sy ingin mendapatkan buku bertajuk siapa penghuni dunia sebelum manusia karangan isa dawud tp sehingga sekarang ni pun masih gagal….sy berharap isi uku tersebut ada dalam page ini…..
2 umie // Jan 15, 2010 at 9:32 am
assalamualaikum,boleh beri saya alamat dan no tel. Madrasatul Daeratul Maarifil Wataniah? terima kasih
3 me // Jan 17, 2010 at 4:13 pm
DR Isa Dawud, ttg buku kemunculan Dajjal di Segitiga Bermuda, mengapa banyak sekali cerita2 yang sepertinya banyak menghayal
4 Mie_Melaka // Feb 4, 2010 at 12:54 am
Buku karangan beliau saya tidak anggap sebagai satu yang menghayal dalam pemikiran…tetapi lebih kepada satu pendapat yang alternatif dari pendapat biasa. Setelah membaca karangan beliau saya dapati bahawa sesetengah pandangan yang beliau utarakan bertepatan dengan keadaan yang berlaku kini…antara buku-buku beliau yang telah saya miliki ialah:
1) Dialog dengan Jin Islam
2) Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
3) Imam Mahdi Di Ambang Pintu (Jilid 1 & 2)
4) Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia
Leave a Comment