Dajjal: The King of the World Conspiracy

Blog Konspirasi Malaysia

Dajjal: The King of the World Conspiracy header image 3

About

Blog ini diwujudkan untuk melontarkan suatu bentuk pemikiran baru tentang permasalahan Dajjal atau disebut AntiChrist atau False Messiah. Blog ini akan cuba membentangkan permasalahan Dajjal melalui penyelidikan, penelitian dan tafsiran dari sumber-sumber berikut;

  • Al-Quran dan hadith
  • Hasil Kajian penyelidik dari Barat
  • Fakta sejarah Islam dan Barat
  • Isu-Isu semasa (politik, ekonomi dan budaya)
  • Perbincangan-perbincangan dengan ahli-ahli agama dan akademik

Permasalahan Dajjal

Blog ini melalui artikel-atikelnya akan mengkaji sebarang perkara berkaitan Dajjal sama ada dari segi pemikirannya, asal usulnya, fizikalnya, strateginya dan konspirasinya. Disamping itu, permasalahan Dajjal ini akan diselidik keberkaitannya dengan Imam Mahdi, Nabi Isa, Yakjuj Makjuj dan masyarakat Yahudi sendiri.

Disamping itu, ia juga akan cuba membawa aliran pemikiran baru kepada para pembaca Muslim agar tidak lagi berfikir bahawa Dajjal itu sejenis manusia gergasi, raksasa atau makhluk asing yang akan menghuru-harakan masyarakat.

Blog ini cuba mendorong pemikiran pembaca Muslim bahawa:

  • Dajjal itu telah hidup beribu-ribu tahun dan sedang hidup sekarang ini di suatu tempat tertentu atau mungkin sudah muncul.
  • Dajjal pencetus kepada konspirasi membunuh nabi-nabi Bani Israel termasuklah Nabi Isa.
  • Dajjal adalah pencetus Revolusi-revolusi di Eropah, Asia dan Tmiur Tengah.
  • Dajjal adalah perancang utama kepada Perang Dunia Pertama, Kedua dan Ketiga.
  • Dajjal bukan dilahirkan semula tetapi telah lama lahir.
  • Orang-orang Yahudi bukan merancang sesuatu agenda untuk menyambut kedatangan Dajjal tetapi Dajjal lah yang memberikan strateginya kepada orang-orang Yahudi untuk melaksanakan agendanya.
  • Dajjal mencipta sejarah dunia, dan kebanyakan fakta-fakta buku teks sejarah telah diubahsuai dan masyarakat menerima fakta yang silap.
  • Dajjal telah menubuhkan organisasi-organisasi sulit yang telah pun berusia ratusan tahun dan masih aktif sehingga sekarang seperti Illuminati, Freemason, Nazi dan sebagainya.

Penelitian Peringkat Nano Dalam Al-Quran dan Hadith

Dalam soal permasalahan Dajjal walaupun disajikan dengan pelbagai bahan-bahan penyelidikan hebat dari pengkaji-pengkaji barat, namun sebagai umat Islam kami percaya sumber asas yang sahih adalah al-Quran dan Hadith.

Oleh itu, melalui blog ini kami cuba membawa pembaca untuk meneliti dan mengkaji ‘klu-klu’ tentang Dajjal yang tersembunyi di dalam al-Quran dan hadith. Bagi mendapatkan rahsia klu-klu ini, kami percaya kajian serta penyelidikan Peringkat Nano adalah terpenting sekali.

Firman Allah SWT;

“Itulah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh keberkatan supaya mereka memperhatikan keterangan-keterangannya dan supaya orang-orang yang mengerti dapat memikirkan.”

(Surah Sad, ayat 29)

Allah berfirman lagi bahawasanya;

“Tidakkah mereka mahu memperhatikan isi al-Quran ataukah hati mereka terkunci.”

(Muhammad, 24)

Seringkali kita mendapati permasalahan Dajjal dibincangkan oleh kebanyakan pengkaji-pengkaji Muslim dibuat secara ‘pukal’ iaitu menghimpunkan seluruh hadith-hadith berkaitan Dajjal kemudian merumuskannya dalam satu artikel atau kajian.

Di sini kami cuba merungkai dan menyelongkar satu persatu huruf, kalimah demi kalimah dan ayat dalam setiap hadith atau al-Quran. Kami percaya penelitian peringkat nano boleh memberi kepada kita klu yang amat munasabah dan paling relevan dalam melihat permasalahan Dajjal ini.

Ini merujuk kepada pesanan Allah SWT melalui firman-Nya;

“Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu adalah sebagai penjelasan bagi setiap sesuatu.”

(Nahl, ayat 89)

Asas Sumber Teori Konspirasi di Malaysia

Blog ini juga ingin mendakwahkan kepada masyarakat Islam agar tidak hanya duduk berdoa tetapi hendaklah ada usaha ilmu yang dijalankan untuk memahamkan diri kepada permasalahan Dajjal ini.

Islam telah menetapkan untuk mencapai sesuatu yang dihajatkan hendaklah dilakukan tiga perkara iaitu usaha, doa dan tawakal. Tindakan hanya berdoa untuk menghindari diri daripada Dajjal samalah seperti berdoa untuk selamat ketika di dalam kereta tetapi tidak memakai tali pinggang keledar.

Kita haruslah memahami bahawa elemen Usaha dan Doa harus berjalan serentak manakala Tawakal diniatkan selepas sesuatu kerja sudah selesai dilakukan.

Kami percaya dan sedar bahawa tidak semua orang mampu dan berkesempatan membuat kajian tentang perkara-perkara ini. Maka blog ini amat berguna untuk mereka yang berminat membuat penelitian secara umum tanpa perlu bersusah payah lagi keluar mencari fakta.

Diharap data-data mentah dalam blog ini boleh menjadi sumber kepada Conspiracy Theorists dari Malaysia agar mampu melahirkan teori-teori konspirasi.

Kami amat menggalakkan dan teruja untuk melihat anak-anak muda dari Malaysia yang sedar tentang konspirasi Dajjal agar timbul mengetengahkan pelbagai teori konspirasi. Kami amat berharap blogger-blogger Conspiracy Theorists Muslim dari Malaysia bangun memperkenalkan teori masing-masing.

Kami berharap blogger-blogger tidak hanya bergantung kepada teori-teori dari barat sahaja. Kami mahukan blogger-blogger Muslim berani menampilkan hipotesis masing-masing.

Dan kami percaya di Malaysia ramai yang berkemampuan ke arah itu kerana 99 peratus blogger konspirasi di Malaysia ialah MUSLIM.

Platform Kepada Conspiracy Theorists Muslim

Blog ini juga bertindak sebagai platform untuk mana-mana blogger Muslim yang berminat terjun ke bidang kajian konspirasi Dajjal sama ada part time atau full time.

Kami bukan menyediakan peluang pekerjaan tetapi menyediakan artikel-artikel permulaan untuk blogger-blogger konspirasi baru.

Di sini kami menyediakan artikel-artikel dan banner untuk blogger baru yang mahu membuka blog kajian konspirasi. Artikel yang banyak akan meyakinkan pembaca tentang sesebuah kajian dan seterusnya meningkatkan kunjungan pembaca ke blog-blog tersebut.

Oleh itu, mana-mana blogger baru yang mahu menceburi bidang ini bolehlah mengambil artikel-artikel di blog ini untuk dijadikan tampungan artikel dalam blog tersebut. Kami juga menyenaraikan beberapa artikel terpilih yang telah mendapat hits yang tinggi.

Perletakan artikel-artikel yang mempunyai hits tinggi ini diharap dapat membantu meningkatkan hits di blog-blog penyelidik baru. Hits yang tinggi akan memberi semangat kepada blogger untuk melakukan kajian.

Kami bersyukur Allah meletakkan batu asas pembinaan blog ini dengan kukuh di mana hanya dalam tempoh 1 tahun 6 bulan, blog ujian kami iaitu Dajjal.wordpress.com telah mencapai pengunjung melebih 100,000 orang.

Kunjungan yang ramai menunjukkan masyarakat dahagakan maklumat berkaitan konspirasi dan permasalahan Yahudi.

Memastikan Conspiracy Theorists Muslim Keluar Dari Aliran CI Barat

Walaupun kebanyakan maklumat-maklumat konspirasi adalah bersumberkan kajian Conspiracy Theorists dari Barat, tetapi sebagai CI Muslim, harus diingat bahawa masyarakat barat membuat penyelidikan berasaskan elemen-elemen pengukuhan dari Injil.

Mereka seringkali menyesuaikan setiap kejadian konspirasi dengan tanda-tanda di dalam kitab Injil sedangkan kita penyelidik Muslim amat percaya Injil Kristian sekarang adalah tersasar jauh dari Injil tulen sama ada dari segi fakta, huraian dan cetakan.

Tetapi itu bukanlah salah mereka, itu adalah hak mereka melakukan begitu kerana mereka beragama Kristian.

Dari situasi ini, kami amat berharap semua artikel-artikel dalam blog ini cuba mempamerkan suatu penyelidikan konspirasi berasaskan pendekatan Al-Quran dan hadith.

Pesanan Kepada Pembaca

Digalakkan anda melontarkan buah fikiran, pandangan atau kritikan tentang setiap persoalan yang dikemukakan melalui artikel.

Kemungkinan setiap artikel mempunyai teori-teori yang dibentangkan. Teori adalah bermaksud perkara yang 50 50, yakni kemungkinan 50% betul dan 50% tidak betul.

Pembentangan secara teoritikal dipilih kerana kita sebagai manusia tidak layak meramalkan masa depan secara tepat dan setiap manusia tidak boleh mendabik dada bahawa apa yang diramalkannya itu tepat. Sekiranya tepat, itu hanyalah sekadar setitis ilmu dari air laut yang Allah kurniakan. Dan tidak akan ada orang yang mengesahkan bahawa setiap perkara itu tepat dan boleh diikuti.

PERHATIAN

Ibnuyaacob hanya menulis di blog ini dan dajjal.wordpress.com sahaja. Sekiranya pembaca menjumpai nama ‘Ibnuyaacob pada blog-blog lain dan laman-laman sosial ia adalah kebetulan sahaja dan kemungkinan pemilik blog itu mempunyai nama timangan yang sama.

- blog admin (moonmedia)

16 Comments

16 responses so far ↓

  • 1 mohammad // May 13, 2009 at 2:45 pm

    assalamualaikum tuan.

    saya antara pembaca baru di dalam laman ini.

    ada satu cadangan dari saya, agar tuan meletakkan tulisan2 lama tuan di sebelah kanan atau kiri,saya rasakan agak susah untuk membaca artike2l paling awal yang pihak tuan lakukan.

    laman ini menarik, jujur dari hati ini, tetapi apabila terus melompat kepada isu yang dipamerkan tanpa dapat merujuk kepada artikel2 terdahulu,suatu yang sangat kosong di dalam kepala.

    mohon pihak tuan dapat menimbangkan cadangan in.

    salam sejahtera buat kalian.

  • 2 Samhani // Aug 9, 2009 at 2:01 am

    Assalamualaikum..

    Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan sebuah blog yang penuh informasi. Saya antara pembaca blog tuan yang dahagakan maklumat, pengetahuan, dan tazkirah yang datang daripada kerja keras penyelidikan.

    Saya memohon izin untuk mencedok maklumat dari sini. Semoga Allah memberkati kalian

  • 3 FaizalAzri // Sep 4, 2009 at 10:15 am

    sebenanyar sy sgt kagum dengan artikel anda dan rakan2 konspirasi seperti “http://futurephenomenon.wordpress.com/”

    kami dari kitabngeri berbesar hati untuk berkongsi Ilmu dengan saudara @ team2 konspirasi.

    insyaAllah dengan Ilmu kami yang tidak seberapa mungkin dapat membantu.

  • 4 bvlgari // Oct 18, 2009 at 1:11 am

    saya ada satu permintaan. bolehkah ibnu yaacob membuat ulasan mengenai MLM yang paling pantas berkembang dalam sejarah dunia, MONAVIE?

    saya merasakan terdapat keraguan dalam identiti monavie. maaf jika point2 yang saya gunakan tidak disokong dgn dalil, tp saya yakin ilmuan seperti ibnu yaakob pasti memahami usul saya dan pernah mendengar poin2 tersebut.

    monavie merupakan MLM terpantas dlm sejarah abad ini dgn mencatat keuntungan USD1bil tahun pertama dilancarkan. monavie adalah MLM yg menjual jus goji yang baik untuk kesihatan dan awet muda kerana mengandungi antioksodan yang tinggi.

    point 1: simbol - logo korporat monavie.
    simbol ini menyerupai angka 666 yang diketahui merupakan angka dajjal. ada juga simbol ni nampak seperti huruf mesir, Ra (sun-god) ataupun di panggil Young, tuhan kemudaan. Young dan Ra banyak di sebut dan disimbolikkan dalam persembahan Jay-Z.

    point 2 - nama - monavie
    adakah ia ada maksud disebaliknya? mona-V? V dlm hebrew bermaksud 6. mengapa mona?

    point 3 - bahan - buah beri goji dan bovine fat.
    beri goji ni diambil di mexico, zaman aztech byk menggunakan beri goji yg diketahui sbg rahsia awet muda. apa kaitan beri goji sebagai antioksidan/awet muda dgn Ra/young -tuhan kemudaan? atau kaitannya lebih klasik lg antara goji-aztech-Ra-dajjal?

    saya terjumpa dlm 1 artikel monavie bhw ia mengandungi sedikit bovine fat/lemak lembu. tetapi IFANCA & PPIM sudah mengesahkan produk ini halal.

    point 4 : jus
    sebuah kompeni yg menghasilkan energy drink ‘Lost 5-0′ di US, monster terang terangan meletakkan simbol dajjal - piramid dan mata satu di labelnya beserta pesanan - “For centuries, cults & governments have used juice to subdue & conform the masses. Now after extensive R&D..Lost enterprises has harness the HYPNOTIC power of juice. THE TRUTH HURTS”. Its a juice..from the most fast growing company ever.

    Adakah semua ini kebetulan atau satu rancangan new world order? Jika tuan dapat memberikan satu panduan bagi kami, maka semoga saya tidak tersesat menjual barang ini. Saya baru mendaftar, padahal saya sudah menngetahui mengenai produk ini awal tahun lg sebelum ia datang ke malaysia. Cuma baru terfikir ini semua hari ini pula. Harap tuan dapat pesanan ini.

  • 5 orang // Nov 19, 2009 at 7:53 am

    ape pndapat tentang video di youtube “The Arivals”?

  • 6 umar al-khatab // Dec 7, 2009 at 3:43 pm

    umat islam tidak akan sesat jika berpandukan al-quran dan hadis.

  • 7 umar al-khatab // Dec 7, 2009 at 3:53 pm

    Jatuhnya kota konstantain bermakna keluar lah dajjal.

  • 8 hidayah // Dec 21, 2009 at 7:49 am

    macam mana nak tengok atau tahu jawapan yang ditanya oleh bvlgari tentang monavie tu. saya tengok botol dia semacam je. macam botol arak. orang ppim pernah menafikan pemberian sijil halal oleh mereka dalam Ikim.fm. kalau ada jawapan emel saye ye. jazakallahukhairan kathira.

  • 9 hassan // Jan 24, 2010 at 6:50 am

    Assalamualaikum, IbnuYaacob boleh tak memberi penerangan tentang yakjud dan makjud pula. Tentang perkara ini kurang penjelasanya, Terima kasih semoga Allah memberikan hidayah dan taufiknya kepada anda.

  • 10 Ahmad Fadzil bin Abdullah Thalith // Feb 3, 2010 at 3:27 pm

    Assalamualaikum…rata-rata ramai yang telah sedar dan faham tentang illuminati, siapa illuminati, apa yang mereka perjuangkan, kaitan dgn dajjal dan bermacam-macam lagi…tapi ramai yg seperti kagum dengan mereka, dan b’cerita tentang mereka di kedai-kedai mamak, dlm kelas, sng cerita dekat mana2 saja…tp apakah inisiatif kita semua? rata-rata yg bercerita hanya bercerita, tiada inisiatif untuk berubah…sedarkah anda bahawa iman itu sangat penting? bagaimana nak tempuh era dajjal ni kalau iman x kuat? selemah-lemah iman ialah “mengubah” kemungkaran dengan hati, tapi dlm zaman ni, org tgk kemungkaran tanpa rasa apa-apa, adakah itu dipanggil beriman? sedar x sedar kita dah termakan dgn fitnah dajjal…apa inisiatif kita? pemimpin negara yang BERGELAR ISLAM pun kita terima sahaja…mana pemimpin yang mengamalkan Al-Quran dan Sunnah (sunnah di sini bererti cara/jalan Rasulullah, cara baginda mentadbir, cara baginda menyelesaikan masalah dan mcm2 lagi) sepenuhnya? banyak pergerakan Islam yg decalre mengikut al-quran dan sunnah, tp kenapa semua bergerak secara berasingan? x de inisiatif untuk bersatu? semua saling “pangkah-memangkah” antara satu sama lain…x pernahkah pemimpin2 pergerakan islam seperti tabligh, hizbut tahrir, dan mcm2 lagi berjumpa dan berbincang untuk bersatu? luaskan pemikiran anda..”jihad bukan sahaja mengangkat senjata….” tp kita sekarang memang tolak terus part mengangkat senjata tu…negara2 islam OIC, yang mana hantar tentera untuk membantu umat islam di palestin? kita ini beragama islam, kalau dah islam, x de lagi pengertian bangsa atau semangat asabiyah..!! tolong lah muslimin, tolonglah bersatu kerana Allah, demi Islam…adakah kita hanya akan menunggu Al-Mahdi? sempat ke kita tunggu dia? Kita tau bila kita mati? entah-entah kalau Al-Mahdi datang pon masih kita x ikut dia…tolong la kembali kepada islam yang sebenar…pemikiran kita semua diracun oleh illuminati ni…semua term seperti POLITIK, DEMOKRASI, semua dah diajar dgn istilah-istilah barat…mana cara pentadbiran Rasulullah? mana hukum-hukum hudud? adakah kita hanya beriman dan mengikut sebahagian daripada al-quran, sebahagian daripada islam?? buka mata!! mana semangat juang para-para mujahid terdahulu? engineer2 islam, pemikir islam, mana kamu semua? anda bekerja untuk siapa? buatlah sesuatu, ciptalah sesuatu untuk digunakan di jalan Allah..!! Allah kurniakan anda akal fikiran, jangan hanya sibuk mengumpul harta untuk keluarga anda sahaja..!! jgn asyik fikirkan masalah kewangan anak2 anda..!! orang2 kaya islam, apakah istilah menyumbangkan harta di jalan Allah? terbatas kepada derma2 masjid? dermalah sesuatu untuk kajian..!! untuk pembinaan pertahanan dan penyerangan..!! kita biarkan saja diri kita untuk menjadi hamba illuminati zionis ni…sedarlah dunia ni sementara sahaja, x payahla kumpul harta banyak2…Allah turunkan amanah dkt gunung, gunung x sanggup…pernah x kita tau apa amanah2 tu? ramai yang bekerja gila2 cari duit, kemudian menunaikan semua yg ada dlm rukun islam sebagai syarat, dan rasa dah cukup untuk mengadap Allah…ingatlah, setiap detik kita hidup akan dipersoalkan ke mana kita guna hidup kita…saudara islam kita kena sembelih kena rogol, kita just fikir “kesian…..jahatnya yahudi”, kemudian bila jumpa family trus lupa apa yang kita tgk td…bangkitlah muslimin…!!! tolonglah bersatu…!!!

  • 11 shahidat // Feb 4, 2010 at 2:44 am

    salam.saya sedang mencari speaker utk bagi talk tentang Konspirasi Dajjal. Saya berminat utk menjemput encik sebagai speaker. Bagaimana saya boleh berhubung dgn encik??

  • 12 Abu Hasan Chan // May 4, 2010 at 6:07 pm

    Please visit my Blog :

    http://abuhasanchan.blogspot.com/2010/01/my-musings.html

  • 13 sentosa // Jun 11, 2010 at 4:34 pm

    Saya tertarik dengan kajian tuan. disini saya ingin berkongsi bersama dengan rakan2 semua tentang Konspirasi musuh2 islam dan kesannya kepada kita.

    documentary bertajuk The Arrivals

  • 14 Nur Aurora // Jul 4, 2010 at 5:46 am

    Assalammualaikum wbt,
    Alhamdulilah, saya terjumpa blog ini.
    Saya telah menonton video The Arrivals, dan semenjak itu mula timbul pelbagai persoalan yang dikepala. Sebelum ini juga, saya suka membaca buku cerita ‘barat’ dan dan juga menonton wayang “Hollywood’ terutamanya. Saya mula perasaan persamaan watak, jalancerita. . . namun amat sukar untuk berkongsi dengan orang kerana saya tak tahu bagaimana nak memulakan perbincangan. Apabila membaca blog saudara, rasanya ‘puzzle dalam kepala saya’ mula terbentuk dan saya mula memahami sedikit demi sedikit. . . . Alhamdulilah, sesungghnya kalau kita mencari kebenaran, Allah akan bantu. Insya Allah.

    Saya ingin sekali menyebarkan maklumat ini kepada kaum keluarga dan rakan rakan. Insya Allah.

  • 15 nadi // Aug 24, 2010 at 2:31 am

    assalamualiakum, kepada penulis-penulis yang berminat untuk menerbitkan buku islamik, kami mengalu-alukan saudara/saudari untuk menulis bersama KARYA BESTARI sdn. bhd.

    bersama menegakkan islam!

  • 16 nadi // Aug 24, 2010 at 2:35 am

    berminat menulis buku-buku islamik?

    hubungi kami di:

    http://www.karyabestari.blogspot.com
    email: nadirah.ahmad@dasarcetak.com.my
    nadi.1987@yahoo.com

Leave a Comment

Page 1 of 0
Wallhualam

© 2007–2008 Dajjal: The King of the World Conspiracy — SitemapCutline by Chris Pearson